🐈🐾 • Chapter ⁰²

241 28 7
                                    

- Dark side -

- Dark side -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bauan ubat masuk ke rongga hidung. Cahaya matahari menerjah ke sepasang mata miliknya. Lalu, sikit-sikit ia terbuka memandang keadaan sekeliling. Siling, dinding, cadar. Semua berwarna putih. Jadi dia tahu sekarang dia berada dimana. Hospital.

Kepala yang masih rasa berdenyut, disentuh lama. Rambut panjangnya disisip kemas kebelakangan telinga. Julianne bangun dari perbaringan. Entah berapa lama dia sudah berada disini. Dan... Bagaimana dia boleh ada disini?

Setahunya semalam dia berada didalam kereta. Sekarang dah berubah tempat.

Julianne cuba untuk mengingati kembali. Sesaat, ada memori lama menusuk ke minda. Semalam ada yang menyelamatkannya. Seorang lelaki dewasa bersuara garau memikat. Ya, sahih! Dia yang menyelamatkan dirinya semalam. Tapi siapa dia?

"Babe! Are you okey?"

Dia pandang ke empunya suara. Seorang lelaki datang menerpa ke arahnya. Ditarik laju Julianne masuk dalam dakapan. Rambutnya dia usap mahu menenangkan.

"Babe, I'm so sorry sebab tak jawab panggilan you. I tidur awal semalam. I penat baru balik dari London. I'm sorry, babe. So sorry. I janji lepasni I tak buat lagi dah." Pelukan makin erat. Disertakan sekali ciuman di ubun-ubun kepala Julianne.

Sedangkan Julianne tetap setia mendiamkan diri. Dia sudah terbiasa akan pelukan lelaki ini. Tak rasa istimewa sikit pun.

Lelaki yang memeluknya sekarang digelar sebagai kekasih. Namanya Sam. Sam Sebastian Vettel. Sudah tiga tahun mereka bersama. Tapi itulah... Julianne hanya menganggapnya sebagai seorang kawan. Tapi tidak bagi Sam yang menganggapnya sebagai kekasih. Nak tak nak, Julianne terpaksa juga mengiyakan hal itu. Terpaksa demi menjaga hati. Lagipun Julianne cuma mahu mengisi kesunyian hidup. Tak lebih. Dia cuma sunyi dan sepi. Kerana itu, dia menerima Sam masuk dalam hidup.

"Babe, you dengar tak apa yang I cakap ni?" Soal Sam dengan wajah gelisah. Wajah kekasihnya disentuh lembut. Mereka bertatapan lama.

"Babe... Baby Jen... You dengar tak apa yang I tanya ni?" Sekali lagi Sam menyoal. Dia rasa pelik bila Julianne senyap tak bercakap apa. Selalunya ada saja suara yang ingin berceloteh.

"Sam... I nak break."

Kata-kata ringkas itu buat Sam mati kata. Matanya tak henti berkelip. Dia tak percaya apa yang baru dia dengar tadi. "Wha-what? Hey, what are you talking about? You nak kita break? Because of what? Are you cheating on me, Julianne? You dah ada orang lain ke?" Tuduhnya laju. Tak ada belok-belok.

Julianne menggeleng. Tangan Sam yang masih di rahang wajahnya ditolak tepi. Dia bangun dari katil. Kemudian, berjalan menghampiri tingkap bilik wad. Mata memerhati tenang di kawasan luar. "No, Sam. I mintak break bukan sebab I curang tapi I just tired what we do together. I dah tak boleh nak teruskan hubungan ni. I penat. I tak nak tipu hati..."

REDAMANCY LOVE ( ✓ )Where stories live. Discover now