🐈🐾 • Chapter ⁰³

201 31 7
                                    

-TIBA-TIBA -

• Votes and comment for the next chapter! •


Petang itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Petang itu. Jam empat petang. Terlihat seorang lelaki berpakaian t-shirt putih dan seluar cargo berwarna biru gelap sedang berbaring di bawah kereta. Ditukang segala kerosakan yang ada di situ. Memang sudah jadi rutin dia untuk memperbaiki apa yang patut. Lagi pula dia kan mekanik. Dan bengkel yang ada sekarang pun miliknya. Alistair shop services.

"Zyran!" Terdengar suara garau lelaki memanggil keras namanya. Langsung itu, Zyran mendorong tubuhnya keluar dari bawah kereta.

Satu identiti menyapa anak mata.  Orang yang sama setiap masa kalau bengkel sudah berubah tanda ke 'open'. Siapa lagi kalau bukan Zen Zeng Hou. Lelaki berketurunan cina yang merupakan sahabat karibnya. Kalau tak kerana Zen, mungkin bengkel ini pun tak dibina. Banyak jasa si Zen ni.

Setelah mengenal pasti siapa yang memanggilnya, dia kembali ke posisi bawah kereta. Dibiar saja Zen bersendirian. Malas nak bersembang. Zen kalau ajak bersembang, tak ada benda lain. Semua cerita pasal lirik lagunya saja. Haih.

Melihat gaya Zyran yang seakan mahu melarikan diri, terus berubah memek muka Zen. Dari ceria terus berubah suram. "Zyran. Dengar lah dulu. Aku nak bercakap ni."

Eh, Zyran ni. Boleh pula dia tak nak dengar aku bersembang.

"Aku dengar sih, Zen. Belum tuli. Kapan aja aku gak dengar apa yang kau ngomongin?"

Zen garu kepala. Aduh! Kalau Zyran dah mula cakap Indonesia, memang jenuh nak buka kamus semata-mata nak terjemah balik. Mana dia faham sangat!

"Jangan cakap bahasa kedua kau, Zyran. Cakap lah Melayu. Aku ni lembab sikit nak faham bahasa kau yang itu," ujarnya jujur sebelum dia bergerak duduk di kerusi plastik berdekatan Zyran.

"Cakap jelah apa yang kau nak cakap. Aku nak buat kerja aku ni," balas Zyran mendatar. Kali ini dia menggunakan bahasa melayu. Fuh! Barulah senang si Zen nak bersembang.

Zen tertawa kecil sebelum dia meneruskan perbualan. "Kau nak tahu tak, Zyran. Aku sebenarnya..." Jeda. Zen sengaja membiarkan percakapannya tergantung.

"Sebenarnya apa?" Malas-malas Zyran menyoal. Masih sibuk memperbaiki bawah kereta tanpa memandang langsung wajah Zen yang sedang tersengih kerang busuk.

"Sebenarnya..." Lagi sekali Zen membiarkan ayatnya meleret.

Zyran makin malas melayan. Dengusan nafas berat kedengaran jelas. Betul-betul macam tahan marah. Tangan sebelahnya dikeluarkan. Terlihat satu spanar besar di tangan beruratnya itu. "Sebelum aku baling spanar dekat kepala kau, lebih baik kau cakap. Aku ni nak buat kerja."

Seraya itu, Zen tertawa besar. Suka dia mengacau sahabatnya itu membuat kerja. Dia pun tahu Zyran orangnya bagaimana. Tak boleh nak multitasking. Kalau buat kerja kena satu-satu. Baru fokus.

REDAMANCY LOVE ( ✓ )Where stories live. Discover now