• vote & comment
Ost chapter
P/s : let me know kalau ada typo. Komen je. Tq.Kereta GTR R35 laju membelah jalan. Petang ini Zyran pegang pada kata Jane. Dia akan bertemu dengan wanita itu pada jam 5 petang. Jadi, inilah yang dia lakukan sekarang.
Dalam hati Zyran mengungkap kata tak suka. Benci. Meluat. Rimas! Sudah sebulan lebih hidupnya gembira kerana sudah tidak ada gangguan dari manusia tak tahu malu itu. Tapi hari ini, dia ibarat menjilat kembali ludah yang dia lemparkan. Kata dia pada Julianne, jangan berjumpa lagi. Tapi nampak gayanya, dia sendiri yang perlu berjumpa Julianne demi menagih hutang kereta. Ish!
25 minit perjalanan diambil, akhirnya tiba juga Zyran Alistair Ar-khaleed di hotel yang dikhabarkan oleh Julianne. Enjin dimatikan. Pintu kereta dibuka lalu dia melolos keluar. Cermin mata hitam yang dipakai, dia tarik naik keatas kepala. Mata melangut melihat bangunan setinggi 20 tingkat di depannya.
Gila! Tinggi sangat! Sudahlah tinggi, rekaannya pun nampak mewah semacam. Takkan semata-mata nak bayar hutang kereta Julianne sanggup datang ke hotel begini? Entah berapa bayaran untuk satu malam? Boleh jadi 1 ribu keatas.Tanpa berlama, Zyran langsung melangkah masuk ke ruang dobi. Diperhati lama ruang disekeliling. Mata meliar mencari keberadaan Julianne. Tak nampak pula dekat sini?
Malas hendak berteka teki mencari Julianne, Zyran langsung mengeluarkan telefon bimbit. Dicari nombor Julianne sambil kaki bergerak ke sofa yang disediakan.
Kontak kenalan yang disimpan sebagai 'Dangerous woman' ditekan laju. Dalam diam dia mengeluh sakan. Geram dengan perangai Julianne yang suka memaksa. Padahal, sekejap sangat mereka berkenalan. Itupun tanpa kerelaan Zyran. Dia sendiri pun tak teringin nak jumpa perempuan macam Julianne. Katanya, tak ada harga diri. Menggeletis macam ulat bulu. Suka mengarah seperti dirinya adalah wanita dominan tinggi lebih dari seorang laki-laki.
YOU ARE READING
REDAMANCY LOVE ( ✓ )
Любовные романыApa terjadi kalau seorang wanita yang gemar menukar lelaki seperti pakaian? Bukan jatuh cinta tetapi hanya ingin mengisi kesunyian hidup dan mengikis apa yang patut. Dia adalah Julianne Janessa. Wanita bekerjaya dalam bidang pereka fesyen. Dia tida...