🐈🐾 •Chapter ⁰⁵

208 24 12
                                    

• Vote & comment •


"Sunny! What happen with you? Mummy baru je baiki you dua minggu lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sunny! What happen with you? Mummy baru je baiki you dua minggu lepas. Kenapa harini you nak rosak lagi?!" Stereng keretanya di tampar kuat.

Marah Julianne membuak-buak. Sudahlah dengan cuaca panas terik sekarang ni. Lagilah menambah bara dalam jiwa. Telefon diambil bagi melihat waktu sekarang. Sudah pukul tiga petang!

Julianne Janessa mula resah. Sepatutnya dia kena ada di kedai rekaannya sebelum jam empat petang kerana hari ini dia ada urusan dengan client yang mahukan rekaan fesyennya. Tetapi dalam keadaan kereta rosak di tepi jalan, bagaimana dia mahu pergi ke sana?

Skrin telefon tangkas di sentuh. Dicari-cari nombor telefon yang boleh membantunya. Tetapi nombor siapa yang dia mahu hubungi? Sam sudah tidak ada. Billie Myers pula mesti tengah sibuk dengan kerja. Ah! Manusia mana yang bisa tolong?

Sedang dia mencari-cari nombor yang mahu dihubungi, tiba-tiba matanya tertancap pada satu nombor yang tidak disimpan.

+6011-2x4456xx

Julianne sandarkan tubuh. Peluh yang mengalir dia biarkan saja. Kepala ligat memikirkan nombor siapa yang masuk ke dalam log panggilan. Julianne pejamkan mata seketika. Dia hampir lupa nombor itu jadi dia cuba untuk ingat kembali.

Setelah lama dia memikir, akhirnya dia dapat jawapan. Semerta, mata terbuka luas. Itu nombor dari bengkel Zyran Alistair Ar-khaleed. Lelaki yang menghantarnya ke hospital tempoh hari. Tak syak lagi, itu nombor bengkel yang menyuruhnya datang mengambil kereta. Yes! Lagi sekali dia dapat peluang untuk mendekati lelaki sombong dan jual mahal itu.

Hari ini sudah masuk dua minggu dia tidak bersua muka dengan Zyran atas alasan sibuk dengan kerja rekaan. Bukan atas alasan dia giveup mahu menggoda. No! A big no! Ini Julianne Janessa kot! Selagi dia tak dapat apa yang dia mahu, jangan harap dia mahu berhenti.

Nombor didail pantas. Hanya beberapa saja ia berdering lalu diangkat oleh pembantu kedai.

"Alistair shop services disini. Ada apa-apa yang boleh kami bantu?" Suara lelaki iaitu pembantu kedai mula menyoal.

Julianne sudah tersengih besar. Akhirnya, ada juga orang yang boleh membantu dia dalam kepanasan hangat. "Tolong datang tengokkan kereta I dekat jalan warisan 1. Kereta I tiba-tiba berhenti lepastu I panas ni. Please help me..."

"Maaf cik. Kita punya towing pergi tarik kereta tempat lain. Jadi kami tak ada orang untuk tengokkan cik."

Pemberitahuan dari pihak kedai Zyran Alistair membuatkan Julianne terlongo. Rasa barannya makin menambah. "Bagitahu boss you Zyran Alistair Ar-khaleed untuk datang dekat I! Cakap dekat dia Julianne Janessa perlukan dia. Kalau dia tak datang sebelum pukul 4 petang, siap dia I kerjakan!"

REDAMANCY LOVE ( ✓ )Where stories live. Discover now