• Ost chapter 10
- lagu pada akhir bab sebab Zyran comel nak mampus!
"So, ini adalah antara aktiviti you dengan I selama kita tinggal bersama. Jemput baca, my cutest little cat," ujar Julianne Janessa di hujung meja sana.
Seorang lelaki yang merupakan pengawal peribadi Julianne datang mendekati Zyran. Diberinya satu sampul surat berwarna coklat kepadanya.
Kini, saat ini, Zyran dan Julianne berada di satu meja yang sama. Cuma, mereka berdua duduk jauh di sudut hujung meja. Zyran pandang Julianne dan Julianne pandang Zyran. Mereka bertatapan antara satu sama lain.
Wanita itu hanya melontar pandangan dengan senyum lebar manakala Zyran masam mencuka tak mahu langsung senyum!
Lepas saja dia membersihkan diri, dia didatangi oleh pengawal peribadi Julianne yang menyuruh turun ke bawah. Katanya Julianne memberi arahan untuk berbincang sesuatu. Awalnya Zyran cuba untuk abaikan suruhan tersebut. Namun, dua orang pengawal peribadi Julianne tak habis-habis memaksa dia untuk turun juga.
Diangkatnya Zyran ke atas seperti sedang menjulang talam. Cis! Sadis betul melihatnya.
Malas hendak memikirkan hal tadi, Zyran kembali melihat sampul surat yang diberi. Ditarik pelan kertas putih yang terkandung di dalamnya. Dibaca satu per satu apa yang ditulis. Langsung itu, kening Zyran bersambung lebat. Aik? Macam pelik je aktiviti dia ni?
Aktiviti riang bersama Ms. Julianne Janessa.
Pihak lelaki haruslah menuruti segala yang telah termaktub. Sebarang perbincangan perlulah diberitahu seawal mungkin.
Aktiviti yang dilakukan seperti berikut:
1) Makan bersama setiap masa.
2) Ikut kemana saja Julianne Janessa pergi.
3) Wajib matching outfits!
4) Sentiasa senyum bila dengan Julianne Janessa.
5) Tak boleh mengatakan 'tidak' pada apa yang diarahkan.
6) Wajib wangi dan bersih setiap hari.
7) Zyran Alistair perlu jadi manja seperti seekor kucing.
8) Tidur bersama.Zyran ternganga. Terpampang dengan segala syarat yang baru dibaca. Besar mata melihat Julianne yang duduk jauh di hujung meja sana. Wanita itu nampak seakan seorang bos besar yang sedang menanti jawapan.
"Aku tak setuju dengan semua benda ni!" Bantah Zyran sekeras mungkin. Aneh betul aktiviti yang dia perlu ikut. Dah macam aktiviti penyundalan pula.
YOU ARE READING
REDAMANCY LOVE ( ✓ )
RomanceApa terjadi kalau seorang wanita yang gemar menukar lelaki seperti pakaian? Bukan jatuh cinta tetapi hanya ingin mengisi kesunyian hidup dan mengikis apa yang patut. Dia adalah Julianne Janessa. Wanita bekerjaya dalam bidang pereka fesyen. Dia tida...