• Comment & vote •
• ost song for this chapter •
Suasana bising memenuhi ruang litar lumba. Ramai pengunjung yang datang bersorak menyokong siapa menjadi pilihan. Namun, rata-rata orang yang datang ke litar ini semuanya menyokong lelaki berdagu belah itu. Dia ialah Zyran Alistair Ar-khaleed. Seorang mekanik tetapi dalam masa yang sama seorang pelumba kereta profesional.Sebut saja namanya, pasti ramai yang mengenali. Juara lumba berturut-turut. Tak ada lagi yang mampu menjadi pemenang. Hanya Zyran seorang sahaja!
Lelaki ini sudah siap dengan suit lengkap pakaian lumba. Helmet juga tidak kecuali. Barang penting dalam perlumbaan. Disisinya ada Zen. Dari tadi gelisah saja mukanya. Bukan harini saja muka dia gelisah, tetapi pada hari-hari Zyran mengabarkan dia akan pergi berperang di atas jalan besar sana.
"Kau betul-betul ke nak pergi ni? Kau tu baru je sihat. Ibu kaki haritu dah patah. Lepas ni, kau nak tunggu ibu jari kau putus baru nak insaf ke?" Soalnya Zen tak tenang. Kerusi plastik ditarik lalu dia duduk di hadapan Zyran. Menggeletar sakan kakinya. Shaking teruk!
"Wah! Cina pun ada insaf ke? Ini cina manyak baik hati wooo...." ejek Zyran. Acuh tak acuh saja dia menjawab.
Zen bangun dari kerusi. Ini yang dia malas kalau bersembang dengan mamat mix Indonesia ni. Ada je jawapan hauk dia bagi. "Zyran, sumpah aku tak main-main. Kau tak boleh lawan race lagi dah. Aku takut."
"Takut apanya... Aku bukan nak pergi bertumbuk. Aku nak lawan race je pun," cantas Zyran laju. Ditepuk-tepuk kasut yang sudah dipakai. Kemudian, dia bangun dan mula menggerakkan tubuh sedikit. Mahu panaskan badan sebelum mula.
"Tapi benda still melibatkan nyawa! Kau ingat kau kucing ke nyawa ada banyak?!"
Semerta, Zyran terdiam. Bila sebut pasal kucing, automatik fikirannya melayang pada Julianne. Wanita itu memanggilnya dengan gelaran, my cutest little cat. Ah! Itu semua gila! Ada ke patut muka kacak macam ni dipanggil kucing? Dasar!
Tapi bila sebut pasal Julianne. Dah banyak hari dia tak berjumpa dengannya. Masa Julianne ambil kereta pun dia tak tahu bila. Tengok-tengok kereta dah lesap. Cuma ada hal lain pula. Dah pandai ambil kereta, bayarnya tak. Haish! Dah satu hal kena contact dia pula.
"Lantaklah kucing ke, harimau ke, gajah ke. Yang penting aku nak lawan race. Kau patut ingat siapa aku Zen." Dia pandang Zen dalam-dalam. Menyuruh lelaki itu membuka mulut memberitahu siapa dia yang sebenarnya.
YOU ARE READING
REDAMANCY LOVE ( ✓ )
RomanceApa terjadi kalau seorang wanita yang gemar menukar lelaki seperti pakaian? Bukan jatuh cinta tetapi hanya ingin mengisi kesunyian hidup dan mengikis apa yang patut. Dia adalah Julianne Janessa. Wanita bekerjaya dalam bidang pereka fesyen. Dia tida...