• ost chapter 09 •
Matahari pagi kian menyinari hari. Dalam sebuah bilik tidur besar terlihat satu susuk tubuh sedang nyenyak tidur. Dia adalah Zyran Alistair Ar-khaleed. Lepas saja dia pengsan, langsung dia dibawa ke rumah villa ini oleh pekerja Julianne. Di sekitar rumah sini ada beberapa pengawal peribadi yang menjaga. Jadi, memang tidaklah Zyran dapat melarikan diri semudah mungkin.Cahaya yang menembus kain langsir rapat menyuluh ke mata Zyran. Semerta, matanya terbuka. Airis memerhati keadaan sekeliling. Corak, kedudukan almari dan meja solek, ruang besar dalam bilik agak lain. Sah! Ini bukan biliknya!
Bingkas dia bangun dari pembaringan. Kepala dipicit sekejap. Rasa pening masih lagi melanda. Dipaling muka ke kanan dan kiri. Tak ada siapa dalam bilik ini kecuali dia. Hanya semata-mata dia! Seketika dia hairan. Dimana dia berada sekarang. Ruang nampak lain. Suasana pun rasa lain. Dia yakin ini bukan rumahnya!
Malas hendak berteka teki, Zyran turun dari katilnya lalu berjalan keluar pergi kearah balkoni bilik. Meliar dia melihat kawasan sekeliling. Nampak seram kerana dipenuhi dengan pokok bakau dan hutan. Gila! Rumah orang atau rumah hantu yang dia duduk sekarang ni?
Saat dia memerhati hutan sana, mata Zyran terpandang sesuatu. Kecil matanya meneropong. Kalau tadi dia pelik rumah dalam hutan, sekarang dia pelik kenapa ramai lelaki yang berdiri saja di kawasan lapang rumah? Gila, gila dan gila! Zyran merasakan dia berada dalam kurungan penjara. Di pintu masuk penuh pengawal. Memang tidaklah dia berjaya keluar!
"Good morning, Zyran Alistair Al-Khaleed," sapa seseorang.
Laju Zyran paling tubuh kebelakang. Wajah Julianne yang sedang tersengih sinis dilihatnya. Wanita itu berpakaian baju tidur satin. Agak seksi tapi Zyran tak ada perasaan terliur sekalipun. "Tempat mana kau bawa aku ni, Jane? Kau dah gila ke?!" Nyaring dia menyoal.
Julianne hanya bereaksi biasa. Tetap mengukir senyum. Tak ada tanda dia mahu marah atau apa. Sejurus itu, dia angkat kaki putihnya duduk di sofa dalam bilik. Disilang kakinya gaya seorang wanita diva. Kedua tangannya diletakkan dibahagian tepi sofa. Sekali pandang memang nampak Julianne orang yang sangat merbahaya.
"I cuma bawa ke tempat yang I rasa sesuai untuk kita luangkan masa bersama. You cuma duduk dekat sini selama sebulan je. Kalau you tak berjaya penuhi segala permintaan I, I akan lepaskan. Don't worry, my love," ujarnya selamba.
Kembang kempis dada Zyran menahan amarah setelah mendengar kata seperti sebuah syarat. Ah! Dia paling benci benda yang berkaitan perintah!
YOU ARE READING
REDAMANCY LOVE ( ✓ )
RomantikApa terjadi kalau seorang wanita yang gemar menukar lelaki seperti pakaian? Bukan jatuh cinta tetapi hanya ingin mengisi kesunyian hidup dan mengikis apa yang patut. Dia adalah Julianne Janessa. Wanita bekerjaya dalam bidang pereka fesyen. Dia tida...