BAB 1

200 24 1
                                    

Masing-masing gembira tanpa merasa bersalah walau sedikit pun selepas mereka tergamak melukakan hati Hawa malam ini. Hawa menghampiri Zaleeq dan Nuha yang sedang duduk rapat di situ sambil mengambil gambar bahagia mereka tanpa mempedulikan Hawa.

"Tahniah atas pertunangan kau orang" Ucap Hawa dengan riak wajah yang tegang. Maruah nya seperti sudah dipijak sehingga hancur lumat malam ini oleh kedua-dua buah keluarga ini.

Zaleeq hanya mengerling dan Nuha pula hanya menjeling tajam. Meluat pula dia melihat muka Hawa dekat sini. Tak faham bahasa lagi ke anak pungut ni?

Bangga dia rasakan bila dia berjaya merampas Zaleeq dari Hawa. Dari dulu lagi dia merasa dengki bila Zaleeq mahu bertunang dengan Hawa. Sebah itu dalam diam dia mendekati dan menggoda Zaleeq sehingga Zaleeq jatuh cinta juga dengan nya.

Hawa tanggalkan cincin di jari manisnya. Cincin itu diperhati sebelum dia melempar cincin itu dengan kasar tepat ke muka Zaleeq menyebabkan mata Zaleeq terpejam sesaat sebelum celik semula.

"Hei, kau ni kenapa kak?" Marah Nuha bila melihat tunang nya dikasari begitu.

"Kau berdua memang pengkhianat! Aku takkan maafkan kau berdua sampai mati! Dan kau Zaleeq, terima kasih banyak-banyak atas luka yang kau hadiahkan pada aku. Moga kau bahagia dengan pilihan yang kau dah buat. Dan Nuha.."

Panggg!!! Terteleng kepala Nuha menerima tamparan kuat itu.

Panggg!! Serentak itu juga kepala Hawa terteleng ke tepi bila menerima tamparan dari Tengku Maisarah.

Mencerlung mata Hawa memandang ke arah ibu angkatnya itu bersama nafas yang turun naik.

"Berani Hawa naik tangan dengan anak mama! Dasar anak pungut!" Jerkah Tengku Maisarah geram.

Kolam mata Hawa terasa hangat. Malam ini, Tengku Maisarah telah mencampaknya semula ke tempat di mana asal usulnya dulu.

"Terima kasih mama kerana ingatkan Hawa siapa Hawa yang sebenarnya. Segala budi baik mama dengan papa, Hawa takkan lupakan sampai bila-bila. Dan Hawa tak pernah sekali pun lupa siapa diri Hawa" Hawa menghampiri meja makan.

Penat lelah dia membuat kek siang tadi untuk jantan tak guna tu, langsung tak berbaloi. Kek itu diangkat dan dibawa ke ruang tamu sebelum Hawa menungkup kek itu di atas kepala Zaleeq dan kemudian dia melumur kek itu ke muka Nuha pula.

"Ini selayaknya yang kau berdua terima. Pengkhianat!!"

"Argghhh!!!" Nuha sudah menjerit di situ. Zaleeq pula sudah kalut membersihkan kesan kek yang menutupi matanya.

"Hawa! Keluar! Berambus kau dari sini! Kau tak ada kena mengena dengan kami lagi! Berambus!" Tengku Mukmin sudah naik angin bila Hawa tak habis-habis hendak merosakkan majlis pertunangan Nuha malam ini.

Lengan Hawa dicengkam dan dia mengheret Hawa keluar dari rumah. Tubuh Hawa ditolak jatuh.

"Kau pergi! Kau jangan balik ke sini lagi! Memang tak sedar di untung kau ni!" Tengku Mukmin masuk ke dalam rumah sebelum dia kembali dengan sebuah beg pakaian milik Hawa dan kunci kereta.

"Ambil barang-barang kau ni. Jangan kau ganggu kebahagiaan anak aku" Tengku Mukmin terus menutup daun pintu dengan kasar.

Hawa mengesat airmata yang membasahi pipinya. Beg pakaian nya dicapai sekali dengan kunci kereta. Perlahan dia berdiri dan memandang sayu ke arah daun pintu yang sudah tertutup rapat itu.

Sampainya hati mereka memperlakukan aku seperti ini. Apa salah dan dosa aku? Adakah kerana aku anak yatim, maka aku boleh ditindas sesukahati?

Dengan langkah kaki yang lemah, Hawa menghala ke arah kereta myvi nya yang terparkir di situ. Enjin kereta dihidupkan, dan di saat ini dia bertekad yang dia tidak akan jejakkan lagi kaki ke rumah ini sungguh pun kedua-dua ibu dan ayah angkatnya sudah banyak menabur budi padanya selama ini.

I AM YOUR KING | eBookWhere stories live. Discover now