BAB 48 | DENDAM CINTA 2

1.8K 115 24
                                    

ANAK mata Zafar tak lepas dari merenung seorang wanita yang sedang menangis teresak-esak. Dahi licinnya berkerut keliru. Dalam kepala timbul beberapa soalan yang tak terluah dengan kata-kata. Siapa perempuan tu? Kenapa dia menangis?

"Introduce, Orkid Dhialisa. Kau boleh panggil dia Lisa." Seperti tahu apa yang sedang bermain di kepala lelaki itu, segera Harraz memperkenalkan Lisa di khalayak. Lisa yang masih menangis dijeling sekilas. Harraz mendengus. Perempuan dengan air mata memang tak boleh dipisahkan!

"Nanti nama dekat batu nisan adik kau tu ganti dengan nama dia, Orkid Dhialisa." Bukan saja-saja dia beritahu, melainkan hendak memastikan Zafar bersedia lebih awal. Tidak mahu ada kekecohan yang timbul semasa pengebumian nanti.

Terbelalak luas retina Zafar. Spontan dia datang mendekat pada Harraz lalu kolar baju lelaki itu dicengkam kuat. Sama-sama mendongak dan saling membalas tatapan. Melihat bibir yang tercunggit senyuman sinis, satu tumbukan hampir dilayang pada muka Harraz sebelum suara seorang perempuan memekik meminta dia berhenti.

"Apesal tak tumbuk? Takut?" Provok. Tawa mengejek terlepas dari bibirnya.

"Enough, Harraz! You ni kenapa cari pasal dengan orang?" Lisa yang mula naik hantu, menjegil marah ke pihak Harraz. Pembuluh darah menggeletar hebat menahan amukan. Jangan sampai satu tahap dia pula yang kerjakan lelaki itu.

Harraz diam tak membalas. Tangan disilangkan ke dada. Renungan membunuh dihantar ke wajah merah Zafar. Kalau tak kerana ada Lisa bersama mereka, banyak lagi kata-kata kesat yang mahu diludah ke muka lelaki itu. Hati mendongkol geram. Egonya tercabar dengan perbuatan berani mati Zafar tadi. Orang miskin tak kenang budi!

"Marissa macam mana?" tegur lagi satu suara asing, berjalan ke bilik wad yang menempatkan Marissa. Kepala dijengah sedikit, memerhatikan susuk tubuh wanita yang masih diulit lena. Terlepas satu keluhan berat sebelum kembali menutup pintu wad.

"Aku minta doktor bagi ubat tidur. Biarlah dia berehat lama sikit sampai majlis kebumi tu selesai nanti." Mudah dan selesai satu masalah. Dengan penuh rasa bangga dia rasakan ideanya cukup bijak. Dek kepentingan diri, orang lain yang menjadi mangsa situasi.

"Kau gila?!"

"What?!"

Serentak, suara nyaring Lisa dan Damian bergabung. Berombak kasar dada Lisa mendengar bicara Harraz. Sudahlah dia dipaksa buat kerja bodoh ini. Lelaki itu pula sewenang-wenangnya mengatur rancangan tanpa memikirkan akibatnya nanti.

Drama tiga orang manusia itu diperhatikan dengan perasaan curiga. Ada sesuatu yang tidak kena, tapi Zafar sendiri tidak pasti apa. Marissa... Siapa pula perempuan tersebut? Mengapa dirinya menjadi topik hangat oleh ketiga-tiga individu ini?

"Gila tak gila. Kalau bukan sebab aku nak tolong korang berdua, aku tak buat kerja gila ni. Sendiri cari masalah, orang lain pula yang nak kena settlekan. Tak pasal-pasal aku kena cari 'korban' untuk si Lisa ni. Nasib baik arwah adik mamat tu ada. Huh, dari dulu sampai sekarang tak sudah-sudah menyusahkan aku!"

Sakit hati, mulalah mulut nak mengungkit kisah lama. Damian dengan perangai kaki perempuannya bikin kepala Harraz diserang migrain. Dah pandai buntingkan anak dara orang, tahu pula meminta bantuannya. Si abang yang cipta masalah, dia pula yang perlu menanggung beban. Dia juga yang kena cari penyelesaian. Tapi itulah, kalau dah namanya Harraz Damian, bukan mahu berterima kasih malah makin banyak songeh!

"But, you fake kan kematian I tak lagi teruk ke nanti? And you tak perlu pun heret orang yang tak bersalah dalam hal ni." Akal warasnya memprotes dengan tindakan Harraz. Keluarga Zafar langsung tak bersalah. Jadi, kenapa perlu libatkan orang luar itu dalam masalah?

3.0 | DENDAM CINTA 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now