BAB 11 |D×D

125 9 1
                                    

"Kemas beg baju kau," Darrean mengarah Daisy. Berkerut dahinya. Buat apa nak kemas baju.

"Pergi mana?" Darrean terus keluar dari bilik. Tak sempat jawab lagi. Dia mengambil beg untuk menyimpan baju.

Daisy duduk di birai katil. Siap juga dia mengemas baju. Darrean membuka daun pintu.

"Jom. Nanti lambat," Darrean terus memimpin tangan Daisy. Daisy sudah mula pelik dengan perangai Darrean.

Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Darrean membawa dengan berhati- hati.  Muka Daisy mula monyok.

"Kau kenapa monyok je," Darrean bertanya. Daisy mula tunjuk kearah radio. Darrean pelik. Radio?

"Aisy nak dengar lagu," Darrean agak terkejut. Itu  kali pertama Daisy membahasakan dirinya Aisy. Panggilan manja macam itu.

"Bukalah lagu apa yang kau nak dengar. Aku tak kesah."

"Betul ni?"

Darrean mengganguk. Radio di sambung dengan Bluetooth. Daisy mencari lagu yang sesuai untuk di pasang.

Tanpa Darrean sedar Daisy sedang memasang lagu Only daripada Leehi. Darrean tidak faham langsung dengan perkataan yang di nyanyikan.

"Dia cakap bahasa Alien ke?"

"Dia nyanyi dalam bahasa korea la Abang," Mulutnya tertutup. Sudah la dia tertinggi suara. Tersasul pulak. Darrean sudah tergelak.

"Abang ya," muka Daisy merah tak terhingga. Darrean kalau usik orang mesti nombor satu. Lengan Darrean di pukul oleh Daisy.

Kereta di berhentikan di depan banglo. Daisy memandang banglo itu. Banglo sapa pula ni.

"Ni rumah kita la," Rambut Daisy di belai dengan lembut. Daisy sudah tersenyum girang. Ingatkan nak culik tadi.

Mereka keluar dari kereta. Beg pakaian Daisy dipegang oleh Darrean. Daisy menjejakkan kaki ke dalam rumah itu.

"Besarnya!" Daisy teruja. Daisy terus meneroka apa yang ada di dalam rumah itu. Darrean hanya duduk di sofa.

Darrean sudah lama tidak balik ke  banglo ini. Bila di beritahu dia bakal berkahwin terus tak balik rumah. Nak korek rahsia punya pasal.

______________________________

PRANG!

Shahrail mendengar bunyi kaca pecah dari tingkat atas. Rasanya di tingkat atas hanya ada Daddynya. Shazrain tak ada. Siapa pula baling barang ni.

Shahrail mendaki tangga untuk melihat apa yang berlaku di atas. Pintu bilik Zariel di ketuk. Tiada jawapan. Pintu bilik di kuak.

Shahrail terkedu melihat tangan tua Zariel di penuhi dengan darah. Kelopak mata Zariel berair. Satu lagi tangan Zariel memegang gambar Mummynya. Zaireen.

"Daddy, bangun. Rail bawa pergi hospital. Banyak darah keluar ni," Badan Zariel mengeras. Tidak mengeluarkan sebarang kata-kata.

"Kenapa Ya Allah. Kenapa perlu mengambilnya dia dari ku Ya Allah. Aku redha jika ini takdir ku Ya Allah," Raung Zariel.

"Reen, Saya menyesal buat awak macam tu, Saya betul-betul menyesal. Saya nak awak tengok Daisy kahwin,"

"Reen, Kenapa awal sangat Awak pergi. Anak-anak Awak tak cukup kasih sayang."

"Daddy, bangun. Kita pergi hospital ya," Shahrail pujuk Zariel dengan lembut. Shahrail tersentuh dengan ayat Zariel.

Serpihan kaca itu di tepikan. Zariel bangun dari tempat duduknya. Shahrail melihat pasu kesayangan Zariel sudah pecah berderai. Itu sebab Zariel berdarah.

_______________________________

"Awak!" Disy berlari kearah Darrean. Darrean melihat muka wanita itu gelisah.

"Kenapa?"

"Daddy masuk hospital."

Mereka berdua terus bergesa ke hospital. Perjalan Kuala Lumpur ke Perak agak jauh. Daisy tertidur di dalam kereta. Darrean mengejut Daisy untuk bangun.

Pintu kereta di buka. Mereka sudah sampaibke hospital. Mereka mencari wad Zariel. Setelah Darrean bertanya jururawat, akhirnya jumpa juga.

Pintu bilik wad dibuka. Daisy melihat Daddynya dengan tangan yang berbalut. Daisy terus mendekati Zariel.

"Apa jadi Daddy?" Zariel diam. Rasanya dia sudah bertanya dengan lembut.

"Get out." Tegas Zariel. Daisy dan Darrean terkaku seketika. Salah dengar mungkin.

"I said get out!" Jerkah Zariel. Shazrain dan Shahrail terkedu apabila Daisy dan Darrean dijerkah. Daisy menunduk. Daisy menarik tangan Darrean untuk keluar.

Di luar  bilik wad, Daisy menangis semahunya. Terhinjut-hinjut bahu Daisy kerana menangis. Darrean terus memeluk tubuh genit itu.

Darrean tidak sangka itu akan jadi kepada mereka. Daisy seorang anak yang manja. Tidak mungkin Zariel buat begitu.

Darrean mengeratkan lagi dakapan. Baju Darrean sudah basah terkena air mata Daisy. Daisy tidak lagi berhenti menangis di luar bilik wad.

"Buruk muka kau nanti," Darrean membuat lawak. Daisy terus berhenti menangis. Dada bidang Darrean di pukul.  Pelukkan di lepas.

"Awak ni. Saya tengah sedih," Darrean tergelak.
Daisy memang manja. Shahrail berlari ke arah mereka.

"Adik. Berhenti menangis. Emosi Daddy tak stabil," Shahrail memujuk adiknya. Daisy sudah reda sedikit.

"Rean, kau balik la dulu rumah Daddy. Doktor kata esok Daddy dah boleh keluar," Darrean menggangguk. Mereka berdua berjabat tangan dan Darrean terus menarik tangan Daisy untuk balik ke rumah berehat.

Mereka berdua sudah berada di dalam kereta. Riak wajah Daisy tidak seperti sebelum ini.

Wajahnya muram sahaja. Darrean teruskan perjalanannya ke rumah bapa mertua.

Sampai sahaja di rumah tubuh Daisy di angkat bawa masuk kedalam rumah.

Darrean membuka pintu bilik di tingkat atas. Dia pasti ini mesti bilik Daisy kerana bilik itu berwarna pink dan terdapat banyak barang perawatan muka.

Darrean meletakkan tubuh Daisy di atas katil dengan perlahan-lahan. Darrean mengeluh kecil. Berat betul Daisy ni.

*Nak konflik ke?????

His Daisy | On GoingWhere stories live. Discover now