2 RomAntics

47 31 8
                                    


"Weh weh, ada cerita terhangat dipasaran." Sekelompok pelajar course Masscom serentak berpaling mendengar suara Kay yang muncul entah dari mana. Kay duduk menyelit diantara Laila dan Astra. Kay berpaling kiri dan kanan memastikan tiada umat lain mendengar perbualan ini. Lagi dua orang pelajar datang mendekat masuk kedalam kelompok itu akibat teruja dengan ayat Kay.

"Korang tahu tak, budak part 5 nak buat Battle of the Band?" Kay mulakan bicara. Beberapa diantara mereka mengangguk. Kalau ini cerita Kay, tidak lah sehangat yang difikirkan kerana kebanyakkan diantara mereka sudah pun tahu akan hal itu. Lagi-lagi mereka yang rapat dengan senior-senior semester 5. Ini bukan rahsia lagi.

"Lepastu?" Tanya Ijan. Ijan yang terpaling rapat dengan abang dan akak senior, mustahil Ijan tak tahu apa-apa tentang event yang bakal berlangsung.

"Dorang nak panggil artis."

Mereka semua ternganga. Okay, ni hal baru. Ijan sendiri tidak tahu. Mereka saling berpandangan.

"Siapa nok?" Tanya Addy, si Jantan kelempuk dengan nama sebenarnya Adam.

"Tekaaaaa..."

"Daiyan Trisha?"

"Try again."

"Zaiton Sameon?" Seloroh Addy.

Mereka serentak ketawa. Kay menggeleng laju dengan tawa tersisa.

"Kalau yang itu bukan Battle of the Band. Yang itu jemputan khas untuk Malam Setiausaha, nok."

"Okay what? I love Kak Ton." Ujar Addy dengan badan terliuk liuk macam batang keladi dan akhirnya menyanyikan sedikit lagu 'Menaruh Harapan' milik biduanita negara itu.

"Jeng jeng jeng. Dorang nak panggil Rom Hardy!" Mendengarkan itu Laila terus mengetuk-ngetuk meja teruja. Seronok betul mendengar nama Rom Hardy disebut. Astra tidak merespon, hanya wajah jelek dipaparkan. Apa benda panggil Rom Hardy, euuuwwww.

"Macam tak ada orang lain nak panggil." Protes Astra, mereka semua menyorot pandangan kepada gadis itu.

"Laaa, Okay what? Mamat tu cute gila. Trust me, I can pull him." Jawab Laila dengan bangga. Mereka bersorak untuk Laila yang terkenal denga sifat percaya diri yang terlalu tinggi. Astra memutarkan bola mata.

"Tak, apa yang kau anti sangat dengan mamat tu?" Tanya Addy. Astra menghenjut bahu. Mungkin dia bingit mendengar cerita Diane yang tak habis-habis pasal Rom Hardy sampai naik jengkel dibuatnya. Apa salah Rom Hardy kepadanya? TIADA.

"Eh, kawan kau budak Art Design tu bukan kenal ke Rom Hardy? Apa nama dia? Diane eh? Weh Astra, kenalkan aku dengan dia jap." Laila tahu saja tentang Diane yang merupakan presiden RomAntics tapi belum pernah sekali berborak rapat dengannya. Astra menggeleng kepala, tak kuasa nak kenalkan. Kalau nak kenal, pergilah usaha sendiri.

"Astra!" Jerit Diane dari luar kelas. Baru saja sebut sudah pun muncul. Semoga tuhan terus merahmati Diane Rosdi.

Astra lantas bangkit sambil diekori Laila dari belakang. Tanpa segan silu Laila terus melambai kecil kearah Diane, Diane hanya tersenyum kekok. Tibah jah perempuan ni.

"Diane eh? Aku Laila, new RomAntics." Bersinar muka Diane mendengarkan itu. Seronok apabila berjumpa dengan orang yang mempunyai minat yang serupa. Astra memutarkan bola mata. Elok lah dua orang ni boleh berkawan dengan rapat.

"Wahhhh Welcome." Diane terlompat-lompat teruja bersama dengan Laila. Fangirls memang begini ke? Tanya Astra dalam hati.

"Weh Astra, aku balik lambat sikit. Ada kelas pukul 3. Kau dah habis kelas kan? Nanti kau siap dulu, petang karang aku balik kita terus gerak."

RomAnticsWhere stories live. Discover now