"Ni kau ke?"
Astra mengangkat muka, melihat ke arah telefon yang baru dicampak Diane dihadapannya. Dia melihat layar sekilas lalu mengalih perhatian ke arah Diane yang berdiri tegak dengan wajah muram. Pandangannya berganti menatap telefon semula.
'ROM HARDY NEW LOVE INTEREST? WHO IS THE MYSTERY GIRL?'
Huh?
Dahinya berkerut membaca artikel itu. Beberapa keping gambar dia dan Hardy keluar beberapa hari lalu sudah dijadikan sajian laman web gosip. Mujur saja wajahnya sudah dikaburkan. Ini tak lain lah, mesti kerja MSun! Jumpa MSun dengan ular, memang patut pukul MSun dulu. Pen di tangan diletakkan di atas meja, niat untuk mengerjakan assignment terbantut.
Assignment can wait. The fight goes first.
"Kau kan?" Diane kembali menyoal siasat.
"Hmm..." balas Astra mengiyakan. Tidak berminat untuk pergi lebih mendalam. Benda ini terlalu murahan untuk diberi perhatian.
"Kau ada apa-apa ke dengan Abang Dy?" Ohhhh Astra tak suka nada suara Diane sekarang, bunyi macam Astra buat salah besar. Ini sangat tidak cool.
"Kalau ada pun kenapa?"
Astra kembali mengerjakan urusannya, malas nak memanjangkan cerita. Lagipun semua soalan akan dibalas dengan ya.
Astra rapat dengan Hardy? Ya.
Astra berkawan dengan Hardy? Ya.
Astra suka Hardy? Ya.
"Jangan rapat dengan Abang Hardy!"
YA! Eh, TIDAK!
Okay, kali ini betul Astra tak boleh nak bertolak ansur dengan nada suara Diane. Dia fikir dia siapa? Pen dihentak di atas meja, gangster Klang Darul Colombia dah meresap ke dalam tubuh Astra.
"Tak, apa masalah kau? Dah la kau palau aku, tak bercakap. Tiba-tiba kau nak merentan macam ni. Kau jealous? Hah? Jealous?"
Diane bercekak pinggang, menarik nafas sebelum mula menyembur perkataanya.
"Aku jealous? Hey Astra, kau ingat sikit. Ini baru satu gossip, ada lagi berjuta cara untuk orang jatuhkan Abang Hardy."
"So?"
"So, bukak lah mata! Kau tak kenal pun lagi Abang Dy tu macam mana. Aku nasihatkan kau untuk tak terlalu rapat sangat."
"Oh, kau rapat boleh? Aku rapat tak boleh? Terpaling klaim lah ni? Ini lah akibatnya kalau terlalu delusional! Wake up, Babe. Stop being delulu, it can't be your solulu!" Ya sahabat-sahabat sekalian, ini dia. Tak pasal-pasal lelaki punya angkara boleh bergaduh dua rakan baik. Sepatutnya kawan dulu baru kamu tapi sekarang dah terbalik. Jantan dulu baru mung!
Diane diam, hidung kembang kempis menahan marah. Kalau ikutkan hati nak saja dia terbalikkan meja ni tapi itu lah, sabar. Orang kalau dah buta kerana cinta, semua benda dia tak nampak.
"Dah la aku malas nak cakap dengan kau. Buat penat!" Diane berentak kaki macam mat terap, dia terus nyah dari tempat kejadian. Masuk ke dalam bilik sampai pintu pun dihempas. Ya suka hati kau lah Anne. Kau je la boleh main hempas-hempas.
Astra memutarkan bola mata, terus dia mengemas semua bahan assignment dari atas meja. Hilang mood nak buat kerja, semua gara-gara Diane. Sekarang ni Astra tak faham satu hal, sudah lah lepas balik daripada Penang, Diane menjarakkan diri, lepas tu bila Astra tegur langsung tak disapa. Kalau cemburu, katakan!
Terus Astra masuk bilik, tukar kepada pakaian yang sesuai. Tak kuasa nak duduk dalam rumah ni lama-lama. Dia ambil beg silang dari balik pintu, sarung sneakers China Rm24 dari shopea dan terus keluar dari rumah. Kemana hala tuju masih belum diketahui.
YOU ARE READING
RomAntics
ChickLit*Light Adult Romance Kpop? Not bad. Ballad? Boleh lah. Rock? Mehhhh. Dugem? LOL. Game? YES. Bagaimana kalau si Rockers baru nak naik bertemu dengan si gadis pendiam yang suka bermain permainan online? adakah kita bikin romantis bikin paling romantis...