4 RomAntics

32 19 8
                                    


Pertama sekali, tahniah buat Rom Hardy menjadi juara carta 'Nomination Nation' pada minggu ini mengalahkan pencalonan yang lain. Single terbarunya yang bertajuk 'Fantasia' tu benar-benar berhantu.

Dan yang keduanya adalah, kenapa mamat poyo ni duduk dihadapan Astra sekarang?

Usai saja event, mereka semua siap-siap merancang untuk duduk minum bersama dengan beberapa krew lain. Itu pun sedaya upaya Astra menolak, pelbagai alasan dicipta demi meloloskan diri dari cengkaman 'kuku besi' Diane. Sakit perut lah, nenek sakit lah, kucing nak terberanak lah tapi penyudahnya Astra kena kecam sebab tak cool.

Kalau tak kerana Laila yang memujuk, dah tentu Astra pergi saja tanpa mempedulikan mereka. Lebih baik main game dari menghadap mamat perasan hensem. Dibaca: memang hensem.

Masalah terpaling besar sekarang adalah Si Rom Hardy langsung tak melepaskan tatapannya pada Astra. Bukan niat nak menjadi delusional tapi sumpah. Hardy langsung tak melepaskan tatapannya; pakej sekali dengan wajah ketat.

Apa dia marah kerana insiden yang berlaku di studio tadi? Apa Hardy takut kalau-kalau gosipnya dengan Hana Lily terlepas dari mulut Astra. Hey tolong lah, Astra mungkin pelajar MassCom tapi Astra bukan kaki gosip.

"Ehem." Suara Vick berdehem menarik perhatian semua yang duduk dimeja. Diangkatnya gelas berisi teh o ais itu tinggi ala-ala minuman keras. Lain maciam... Yang bukan-bukan je Abang Vick ni, getus Astra.

"Thank you sebab sudi lepak dengan kami walaupun dikedai mamak. Saya sebagai pengurus Rom Hardy ingin mengucapkan ribuan terima kasih, terutamanya kepada Presiden Kelab RomAntics, Diane Rosdi. Wakil ahli RomAntics yang lain, Astra dan Laila. Dan support team, Leo dan Hans."

Masing-masing tersenyum apabila nama disebut kecuali Astra. Sejak bila dia menjadi ahli kelab RomAntics? Hell no. Kelab last yang Astra ikuti adalah kelab sastera, itupun masa disekolah.

"So, Kita nak mintak Hardy untuk menyampaikan sepatah dua kata. Silakan Hardy." Sambung Vick sebelum menyorot pandang kepada Hardy. Lelaki berambut panjang paras bahu itu tak terkutik, tatapannya masih lekat menatap Astra.

"Ehem, Hardy. Hoi Hardy!" Panggilan itu masih belum bersahut, dibiarkan sepi sampaikan mereka semua terlihat kebingungan.

"Aku syak Hardy ni tidur dengan mata terbuka. Dari tadi dia pandang budak Astra tu tak berkelip." Seloroh Leo yang mendapat sambutan tawa dari Hans.

"Abang Dy!" Tepukan lembut Diane pada bahu Hardy membuat lelaki itu tersentak. Mungkin betul cakap Leo, mamat tu tertidur rasanya.

"Hardy ni mungkin dari golongan cerdik pandai sebab tu tidur mata terbukak." Seloroh Hans sambil menepuk meja dengan tawa penuh semangat. Mereka semua terdiam, cuba mencari lawak Hans dicelah-celah bunyi cengkerik dan daun gugur yang berterbangan. Dingin. Bunyi batuk dari tauke kedai mamak lagi kelakar dari lawak Hans.

"Kau okay tak?" Tanya Vick kembali kepada Hardy.

Hardy mengangguk laju "Okay. Aku okay." Balasnya selamba lalu menyedut kopi ais yang sudah mencair itu. Wajahnya bersemu merah, cuba menahan malu akibat ditangkap oleh mereka yang lain yang dia sedang asyik memandang Astra.

Hardy kembali menjeling Astra yang langsung tak menoleh kearahnya, gadis itu kekal menunduk muka menatap telefon bimbit tanpa mempedulikan mereka yang lain.

"Bro, silakan sepatah dua kata." Pinta Vick. Hardy berdehem menyingkirkan kahak yang terlekat dikerongkong, nafas ditarik dalam-dalam.

"Oh okay. Hmm, thank you sebab sudi join kitaorang. Thank you juga sebab vote. Dah tu je" Hardy mengeluh. Segala tenaga yang diguna pakai telah habis tapi cuba diciptakan senyuman nipis demi menjaga hati semua. Melihatkan perempuan dihadapannya ini membuat Hardy salah tingkah, lidah kelu, tubuh kaku, minda beku. Gituh.

RomAnticsWhere stories live. Discover now