3 RomAntics

44 25 3
                                    

Sorakan dan jeritan kuat bergema dari Studio A. Kumpulan gadis remaja, wanita, dan beberapa lelaki menjerit sambil memegang sepanduk berwarna-warni. Lampu sorot yang berkilauan menambah suasana yang sudah kacau. Sekumpulan orang sibuk di atas pentas. Beberapa yang menyiapkan set alat muzik, seorang lagi menyambungkan kabel mikrofon.

Bunyi bising semakin kuat apabila Nicky, hos rancangan 'Nomination Nation' naik ke pentas dengan cepat bersama hos bersama beliau, Braun.

"Semua bersedia, kita akan ke udara dalam 10, 9, 8," suara penerbit mengumumkan melalui alat pendengar Nicky dan Braun.

Pengurus lantai memberi isyarat untuk semua bersedia.

"3, 2, 1, We are on air," montaj di monitor menandakan permulaan rancangan. Sorakan bergema lagi.

"Hi, dan selamat datang ke 'Nomination Nation'. Anda bersama saya, Nicky Lee,"

"Dan saya, Braun Asher."

"Jadi, Braun, kita ada 5 pencalonan baru minggu ini." Nicky, tersenyum lebar, memandang Braun dengan wjaah bercahaya.

"Ya, Nicky, 5 pencalonan baru, dan kami tidak sabar untuk melihat siapa yang akan menjadi nombor 1 pada minggu ini. Minggu lepas, Fey Liany berada di carta nombor 1, tetapi siapa tahu jika pencalonan baru akan menggantikannya? Ia terpulang kepada anda, para pengundi di luar sana. Jangan lupa untuk mengundi lagu dan artis kegemaran anda untuk menjadi juara carta minggu ini."

Wajah Braun bersinar-sinar semasa dia melontar suaranya. Baru saja menapak didalam industri selama 5 tahun dan siapa sangka lelaki kacak berambut perang keemasan itu akan muncul sebagai pesaing kepada hos senior dalam bidang yang sama. Bakat yang ditampilkan lelaki itu sangat luar biasa. Personaliti yang menawan menambah aura yang sedia ada pada dirinya.

Nicky terus tersenyum. Sebagai hos, dia perlu tetap tenang, walaupun sejujurnya, dia agak terganggu oleh jeritan yang nyaring. Tetapi dia memilih profesion ini untuk merasai populariti. Dia telah melakukan ini selama bertahun-tahun dan pantang berundur menjadi mantra ajaib buat Nicky.

"Minggu ini, kita ada Escada Band!" Nicky menekankan perkataan 'Escada', dan penonton bersorak. Merek amula memperkenalkan pencalonan pada malam ini.

"Kita juga ada si suara emas, Juanita," tambah Braun.

"Dan jangan lupa kita ada indie band, The Fool's Scream!"

"Kita ada bintang baru yang sedang naik dengan Ukulelenya, Hanna Lily."

"Dan terakhir sekali, kita ada..." Sebelum Nicky dapat menghabiskan ayatnya, penonton sudah menjerit nama artis tersebut.

"Rom Hardy! Rom Hardy! Rom Hardy!" Studio A bergema dengan nama Rom Hardy.

"Kita ada Rockers bersuara padu, Rom Hardy!" Ujar Braun bersemangat.

"Wow, ramainya peminat Rom Hardy. Dia salah seorang pencalonan malam ini. Jadi, teruskan untuk bersama kami, jangan ke mana-mana. Kami akan kembali selepas pesanan penaja." Nicky dan Braun membuat gerakan eksplosif ke arah kamera sejurus sebelum montaj 'Kami akan kembali sebentar lagi' muncul di skrin.



"Abang!" Diane melambai-lambai kearah Vick yang berdiri tidak jauh darinya. Dari tadi kusyuk berborak dengan beberapa krew pentas. Vick berlari-lari kecil mendapatkan Diane dan 2 lagi rakannya, Astra dan Laila.

"Eh, Astra pun ada?" Berseri wajah Vick melihat Astra. Cantik, getus hatinya. Astra hanya tersenyum manis kepada Vick.

"Hi abang." Sapa Astra lembut.

RomAnticsWhere stories live. Discover now