GUESS what?
Artikel calon isteri upahan yang aku post di Facebook tempoh hari sudah membawa kepada kedatangan bala tentera lelaki-lelaki bujang kesepian tapi masih tak punya calon a.k.a tak laku atau masih tak nak kahwin menyerang markas Whatsapp dan panggilan suaraku.
Telefon aku yang memang cikai-cikai belaka ini sudah hang teruk disebabkan serangan bertubi-tubi mereka. Whatsapp aku pun dah menggila. Bila aku buka saja, terus keluar Whatsapp is not working! Sudahnya, selepas berperang untuk cuba membuka Whatsapp dengan telefon yang hang macam nak gila. Akhirnya, aku dapat scan QR code untuk terus buka Whatsapp dari dalam laptop.
Barulah aman dunia!
Nak jatuh kerusi aku bila tengok nombor yang terpapar di atas. 129 mesej! Ini baru mesej. Belum tengok lagi missed call! Satu-satu mesej aku baca. Dan tepat sekali jangkaanku, memang semua yang serang Whatsapp aku adalah lelaki bujang kesepian yang nak gunakan khidmat calon isteri upahan aku ini.
Weh! Agaklah kalau ye pun. Aku ini sorang je. Bukannya aku ada buka agensi Calon Isteri Upahan dan punya puluhan perempuan untuk dilelong. Kalau sampai 129 orang nak gunakan khidmat aku, macam mana aku nak uruskan?
Potong 12?
“Medina!” Dengar saja suara Kak Hananh melaung, cepat-cepat aku keluar dari bilik. Kalau lambat, mahu kena baling dengan sudip nanti.
“Kenapa, kak?” soalku.
Kak Hanan sedang berdiri di ruang tamu. Lengkap berapron dan di tangan tengah pegang sudip. See? Kalau aku saja-saja lambat keluar dari bilik tadi, sudip itulah yang akan melayang masuk ke dalam bilik aku nanti.
“Putera raja kau dah sampai. Hajat kekanda ingin bertemu dengan adinda calon isteri upahan.” Kak Hanan bersuara sambil bibir dijuih ke arah tingkap yang langsirnya sedikit terselak.
Aik? Fareez? Apa pula yang Fareez buat dekat sini? Rasanya kami tak ada apa-apa projek mega baru hari ini. Hari ini dan dalam masa terdekat ini. Sudah satu minggu juga rasanya aku dan Fareez tak bersua muka. Cuma lelaki itu rajin call aku pada waktu subuh untuk kejutkan aku. Lepas itu, mulalah dia nak menyindir aku macam-macam. Setiap pagi aku ditazkirah tahu?
“Menung apa lagi dekat situ? Calon suami jadian kau tengah tunggu dekat luar bawah terik matahari tu. Tak kesian ke?” Kak Hanan bersuara lagi.
“Kejap. Nak pakai tudung.” Aku terus masuk semula ke dalam bilik. Ambil tudung sarung lalu aku sarungkan saja atas kepala. Settle!
Keluar dari bilik, aku terus turun ke tingkat bawah. Kak Hanan hanya perhatikan aku. Macam tak ada niat nak pergi sambung masak dekat dapur sana. Ini mesti nak skodeng aku dan Fareez punyalah! Mode mak cik bawang Kak Hanan dah turn on! Silap langkah, mahu berevolusi KL Drift ibu dan ayah datang ke Puchong ini untuk sembelih aku.
Aku keluar dari rumah. Memang dari sini dah nampak Fareez yang sedang terpacak dekat depan pagar. Siap berkaca mata hitam dan bertopi lagi.
Tubuh Fareez aku analisis dari kepala sampai ke hujung kaki. Kalau orang tengok, mahu aku dah kena cop perempuan gersang lagi meremang. Tapi aku hanya nak tengok apa yang dipakai Fareez je.
Ringkas berbaju t-shirt polos berwarna putih dan jogger pant berwarna hitam. Berkasut sport jenama Nike. Macam pakaian orang nak bersukan.
“Encik buat apa datang sini?” Itu soalan pertama aku. Ada aura nak menghalau kan? Dahlah pagar pun aku tak buka. Muehehe.
“Mana telefon kau?” Soalan aku tak dijawab, tapi Fareez bagi soalan lain pula.
YOU ARE READING
CINDERLISA
RomanceTAJUK SEBELUM INI : CALON ISTERI UPAHAN CALON ISTERI UNTUK DIUPAH! Bujang belia, tak laku lagikan terlajak dijemput untuk mendapatkan khidmat calon isteri upahan. "RM 5,000 for each job... -FAREEZ Tapi lain yang dirancang lain pula yang jadi bila...