Setiap karakter hasil dari imaginasi dan karangan author...setiap adegan,tempat,waktu tidak berkaitan dengan kehidupan nyata
Hanya sekadar fun2
Harap bijak dalam membacaXiu Yan adalah wanita muda terkaya di china,kerana dengan umurnya yang masih muda dia sudah mempunyai segala kekayaan yang tiada batasnya.Xiu Yan juga merupakan wanita yang memiliki kecantikan luar biasa yang membuat para wanita merasa iri terhadapnya,tetapi dia bukanlah wanita yang mempamerkan kecantikan kerana dia seorang yang berhati dingin dan tidak berperasaan,dia dikatakan wanita yang tidak tersentuh kerana terkenal dengan sikapnya yang kejam membuat semua orang termasuk tokoh penting negara menghormatinya.namun demikian ramai tokoh2 penting yang ingin berkerjasama dengannya untuk memanfaatkannya,namun dia bukanlah gadis bodoh yang mudah dimanfaatkan kerana dia adalah wanita tercedas dan terhebat yang diakui oleh semua orang,dia juga merupakan seorang yang berdikari kerana hidupnya dari kecil sudah menjadi anak yatim piatu,
Namun wanita muda yang dikatakan bernama Xiu Yan
Sedang berjalan dengan langkah yang tenang menuju aiport dengan diiringi oleh bodyguard kerana ramai peminat yang mengidolakan dirinya menghalangi laluanya.namun dia tidak menghiraukannya kerana akan membuang waktunya,setelah beberapa detik akhirnya sampai di tempat tujuannya,Xiu yan memesan tiket lalu bergegas naik ke atas pesawat yang akan bertolak sebentar lagi tanpa menghiraukan peminatnya yang sedang melambaikan tangan kepadanya.Setelah beberapa minit pesawat yang dinaiki Xiu Yan berlepas.Di atas pesawat tersebut,Xiu Yan yang merasa bosan mengeluarkan earphone yang ada disaku bajunya lalu memasangkan di telinganya,kepalanya berpaling ke arah tingkap pesawat,ketika asyik mendengar lagu sekilas memori masa lalunya yang kelam terlintas dipikirannya,namun Xiu Yan menepis pemikirannya dengan menutup mata kerana masa lalunya sangat menyakitkan dan sesuatu yang susah untuk dia lupakan.ketika Xiu Yan menutup mata tubuh nya terasa bergoncang lalu dia tersadar kembali,ketika Xiu Yan membuka mata dia melihat semua penumpang terlihat khawatir dan para pramugari yang berlari kelam kabut seperti sesuatu yang buruk akan terjadi. Namun Xiu Yan tidak menghiraukannya dan memalingkan wajahnya ke arah tingkap pesawat lalu berkata dengan tenang."apakah ini akhir dari hidupku"lalu dia menutup mata sambil tersenyum dan berkata didalam hati "ibu ayah aku akan mendatangi mu".
Setelah itu pesawat yang dinaiki Xiu yan terlibat dalam kemalangan persawat terhempas dan melibatkan semua pekerja yang bertugas di atas pesawat tersebut dan para penumpang termasuk Xiu yan yang menjadi korban.
YOU ARE READING
MY DESTINY
FantasyXiu Yan seorang gadis muda yang berpengaruh dan dihormati oleh semua orang termasuk tokoh penting negara,namun sesuatu yang tidak terduga telah terjadi dan menyebabkan hidupnya berakhir, Xiu Yan menjadi mangsa korban diantara para penumpang yang ter...