Pagi berikutnya, sinar matahari mula menyinari kediaman kecil itu. Udara pagi membawa bau embun yang segar, tetapi suasana di dalam bilik Xiu Yan kekal tegang. Dia duduk di atas kerusi kayu berdepan dengan meja kecil, sambil menunggu kedatangan pelayan yang telah diarahkan semalam.Tidak lama kemudian, pintu diketuk perlahan. Xiu Yan memandang ke arah pintu dengan pandangan tajam. "Masuk."
Pelayan muda yang sama dari semalam melangkah masuk. Wajahnya kelihatan letih, dengan peluh membasahi dahinya. Di tangannya, dia memegang sebuah gulungan kain yang kelihatan berisi sesuatu.
"Tuan putri," kata pelayan itu sambil menunduk hormat. " Saya sudah membawa apa yang tuan putri minta."
Xiu Yan memberikan isyarat dengan tanganya supaya pelayan itu menghampiri. Pelayan itu menurut, meletakkan gulungan kain di atas meja. Dia segera berdiri kembali dengan kepala tunduk, jelas ketakutan dengan kehadiran aura dingin yang dipancarkan oleh Xiu Yan.
"Apa ini?" tanya Xiu Yan sambil membuka gulungan itu dengan berhati-hati.
Di dalamnya terdapat selembar peta yang dilukis dengan kasar, beberapa helaian kertas yang dipenuhi tulisan, dan sebuah beg kecil berisi syiling perak.
"Ini maklumat tentang istana, tuan putri," jawab pelayan itu dengan suara bergetar. "Peta itu menunjukkan kedudukan setiap kediaman di istana ini, termasuk tempat tinggal ratu, para selir, dan juga dewan utama di mana kaisar sering berada. Kertas-kertas itu pula... Ialah maklumat tentang orang-orang penting dalam istana.
Xiu Yan mengangkat kening, tertarik dengan dedikasi pelayan itu. Dia mengambil salah satu helaian kertas dan membacanya.
Nama: Ratu Yu Lihuang
Kedudukan: permaisuri pertama kekaisaran Yu.
Kekuatan: berpengaruh besar di kalangan menteri. Dikenali licik dan bijak memanipulasi keadaan.
Hubungan: musuh utama putri Yu Xiao Yan.Xiu Yan tersenyum sinis. "Ratu Yu Lihuang... aku sudah jangka dia musuh utama," bisiknya perlahan, hampir seperti bercakap kepada dirinya sendiri. Dia mengambil helaian lain.
Nama: selir Yu Jiayi
Kedudukan: selir pertama kekaisaran Yu
Kekuatan: pandai memenangi hati orang di sekelilingnya.
Hubungan: Tidak bermusuhan secara langsung, tetapi sering menyokong Ratu Yu Lihuang.Terdapat juga beberapa selir yang lain( Tetapi disini saya hanya membahas tentang ratu dan selir pertama ). Xiu Yan meneliti maklumat itu dengan teliti. Setiap baris yang tertulis di kertas itu memberikannya gambaran yang lebih jelas tentang hierarki dan dinamik kuasa dalam istana ini. Setelah selesai meneliti maklumat itu, dia memandang pelayan itu dengan renungan tajam.
"Kau telah melakukan kerja yang bagus," katanya perlahan. "Namun, aku perlu tahu satu perkara lagi. Siapa yang paling lemah dalam istana ini? Siapa yang boleh aku gunakan?"
Pelayan itu mengangkat wajahnya sedikit, kelihatan ragu-ragu untuk menjawab. Setelah beberapa detik, dia berkata dengan perlahan, " putra kedua, Yu Wangye... dia sering dianggap lemah kerana gagal mempamerkan kebolehan seperti abangnya iaitu, Putra mahkota Yu Li Tian. Tetapi saya dengar dia seorang yang mudah dipengaruhi... jika tuan putri mahu memanipulasinya."
Xiu Yan tersenyum tipis. "Menarik" jadi, dia mudah dipengaruhi?"
Pelayan itu mengangguk. "Ya, tuan putri. Tetapi berhati-hatilah. Walaupun dia tidak sebijak putra mahkota Yu Li Tian, dia tetap anak kaisar. Banyak mata akan memerhati setiap pergerakan tuan putri jika mendekatinya."
Xiu Yan tidak menjawab. Sebaliknya, dia menyandarkan tubuhnya ke belakang, merenung maklumat di hadapannya. Dia sudah mula melihat peluang di antara garis-garis kuasa ini.
"Aku akan ingat apa yang kau katakan," kata Xiu Yan akhirnya.
"Dan aku akan gunakan maklumat ini untuk keuntungan aku. Kau boleh pergi sekarang."Pelayan itu segera membongkok dan melangkah keluar, meninggalkan Xiu Yan sendirian.
Setelah pintu ditutup, Xiu Yan memandang peta dan helaian kertas itu skali lagi. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi, tetapi di dalam hatinya, strategi mula terbentuk.
Yu Wangye, kau akan jadi langkah pertama aku. Dan selepas itu, seluruh istana ini akan berada di bawah kawalan aku". Katanya perlahan sambil tersenyum dingin.
Malam itu, Xiu Yan menghabiskan waktunya menyusun rancangan. Dengan maklumat yang baru diperolehi, dia tahu bahawa permainan catur di istana ini baru sahaja bermula, dan dia tidak berniat untuk kalah.
![](https://img.wattpad.com/cover/372502792-288-k413087.jpg)
YOU ARE READING
MY DESTINY
FantasyXiu Yan, seorang gadis dari zaman modern yang sukses, dikenal sebagai pengusaha kejam tanpa ampun kerana tidak segan menghancurkan siapapun yang menghalangi jalannya. Dalam dunia bisnis,ia dijuluki sebagai "ratu besi" kerana tindakannya yang tegas d...