"hey! Kita nak buat apa dekat sini?" tanyanya jelas merasa hairan kerana mereka berhenti tepat di depan mall mewah.
Pusat beli belah utama itu telah dipenuhi oleh orang ramai kerana sedang diadakan satu festival besar-besaran di dalamnya.
"hey man.. Kau tak dengar ke aku tengah tanya ni?"
"shuuu.. Diam boleh tak?! Suara kau memang tak boleh kecil sikit ke? Memang dah sebijik macam siren polis!, memekak telinga aje"
Marah lelaki itu ikut bengang dengan suara Izly yang sudah membising dengan segala macam pertanyaannya.
Kini lelaki itu tengah sibuk bersiap untuk menyediakan beberapa barang dan peralatan yang akan ia bawa masuk dan gunakan ke dalam nanti.
Izly memeluk tubuh dirinya sendiri dengan bibir muncung ke depan tak puas hati dengan respon si tuan kereta dan kemudian beralih memberikan beberapa pertanyaan kepada Romy akan soalannya yang tidak di jawap tadi, rasanya sangat malas untuk bertanya pada sang tuan yang memang selalu tidak ramah itu. Zero star untuknya.
"psst! Mamat tu nak pergi mana?" tanyanya berbisik pada Romy walaupun suaranya dapat di dengar dengan jelas oleh Jihoon.
"masa untuk membeli belah, Izly!" terang singkat Romy padanya tetapi gadis itu masih juga mengerutkan keningnya hairan.
Situasi macam ini pun sempat nak membeli belah pulak!? Tanyanya mulai terfikir-fikir. Apakah rancangan lelaki itu kali ini?.
"ikut aku!" ajakkan itu berhasil mengejutkan Izly dari fikirannya dan tanpa menunggu lama ia pun ikut melangkah keluar dari kereta dan mengekori di belakang Jihoon yang kini sudah berjalan terlebih dahulu di depannya.
Mereka sampai di tangga lif untuk menuju ke tingkat atas dan sehingga berhenti tepat di satu kedai butik yang sudah terbuka.
Kehairanan Izly terjawab apabila ia di kejutkan dengan dua helai baju yang di lempar ke wajahnya begitu saja. Izly yang tak ready hampir saja terjatuh akibat banyak helai baju yang menghantamnya.
Hah? Izly masih tetap dilanda kehairanan membuatkan Jihoon memandang dirinya dengan kawalan emosi yang berubah sebaik sahaja melihat otak jem perempuan itu.
"tukar baju buruk engkau tu, buat sakit mata aje tengok"
"huh!" wajah yang tadi penuh kehairanan tiba-tiba berubah dengan jelingan tajam dengan menahan geram spontan satu tangannya yang bebas merampas lagi dua helai baju di tangan lelaki itu kasar.
"cakap je apa yang kau nak, aku tak kesah. tapi ingat nanti jangan tiba-tiba suka kalau aku dah cantik, dah hot bukan macam kau harap muka je elok tapi hati busuk!" berakhir kaki Jihoon yang berbalut kasut sukan kini di dipijak menggunakan heel tajam yang masih melakat di kakinya dan meninggalkan lelaki itu begitu sahaja.
Jihoon yang tak ready dengan serangan itu mulai perlahan terduduk di kerusi yang ada di sana mulai sibuk mengusap-usap kakinya menahan marah dan jeritan penuh kesakitan tidak ingin menjadi pusat perhatian orang ramai nantinya. Perlu act cool untuk menutup kelemahannya.
"heh! tak sangka betina kecik macam tu kuat jugak, aww sakit!" setelahnya ia hanya tergelak kagum kerana untuk pertama kalinya ia melihat seorang gadis yang seberani itu melawannya selama ia hidup.
Bunyi tut! Beberapa kali berbunyi di jam tangan miliknya dan itu berhasil mengalihkan pandanganya untuk melihat tanda amaran itu.
Satu sentuhan tombol saja bemda itu dapat tersambung seperti bracelet membuat panggilan suara pada Romy yang masih di luar kerana diberikan tugas untuk menjaga di laluan keluar, masuk mall.
YOU ARE READING
ROMY or ME- Park Jihoon
FanfictionKiminata Izly, seorang gadis yang sedang berusaha mencari kebebasan, sementara park Jihoon, dengan hati yang penuh dendam, meniti perjalanan mengejar dendam. Start: 16 julai 2024