night talk

0 0 0
                                    




Melihat Jihoon yang hanya memandu dalam diam saja mampu membuatkan darahnya berhenti mengalir dengan perasaan takut ia mulai teresak dalam diam.

Bukan tanpa alasan, ia hanya mengingat kembali apa yang baru saja dikatakan oleh sang mantan dan perkataan itu memang sama terulang di mana-mana pun ia berada.

Semestinya ayahnya dulu juga memang tidak akan segan-segan selalu mengatakan hal itu padanya dan sekarang lelaki tua itu kini sedang memburu dirinya untuk melanjutkan perjodohan bisness nya dengan seorang lelaki tua yang dianggap sebagai sahabatnya di atas hubungan kerjasama mereka.

Untung saja ada Jihoon di hari ia melarikan diri, jika saja lelaki itu tidak ada disana atau tidak mahu menghulurkan tangannya kemungkinan kini ia sudah tinggal di bawah kuasa si suami tuanya.

Sekarang ia meninggalkan kemurkaan besar ke atas lelaki tua itu kerana perkahwinan mereka yang harus terbatal dan menanggung malu.

"dah, jangan nangis!" tidak sedar rupanya air matanya jatuh lagi ketika Jihoon memandang ke arahnya masih dengan wajah dinginnya.

"aku tak buat benda-benda macam tu Ji!! Sumpah aku tak pernah buat. Dia, dia fitnah aku" isak tangis itu semakin terdengar pilu ketika menyuarakan kegelisahannya.

Takut jika Jihoon akan membuang dirinya di tepi jalan dan meninggalkannya sendirian. Jika tiada Jihoon, dia tidak tahu lagi harus pergi ke mana lagi.
Tiada tempat untuknya menaung.

"cukup jangan nangis lagi! Makan dulu" sungguh dalam keadaan begini saja perlakuan Jihoon sangat manis padanya.

"aku tak nak, anak orang mati disebabkan aku tak bagi makan lagi, lagi pun kau nampak bodoh kalau nangis" ok tarik balik puji pujiannya, sikap jihoon yang ini sangat mengguji emosi.

Melihat Izly yang masih tidak merespon apa-apa membuatkan dirinya harus mengambil nafas besar dengan penuh sabar jari-jemarinya mengusap pipi gadis itu untuk menghapus air matanya.

"aku percaya, kau memang takkan buat benda-benda macam tu, kecuali masuk kereta orang tanpa izin"

"Ji..!!" melihat Izly yang berseru kesal berhasil membuatkan lelaki itu tertawa apabila melihat wajah gadis itu yang berubah cemberut.

"just kidding"

Tetapi gelak tawa di wajah lelaki seketika terhenti apabila melihat Izly yang tidak bergerak mahupun mengedipkan matanya memandang ke arahnya dalam pandangan memuja.

Hal itu sempat membuatnya tertanya-tanya.

"kau gelak Ji, wahh manisnya. Cuba gelak sekali lagi!" Izly yang tiba-tiba berucap begitu membuatkan Jihoon pula yang terdiam dan berdehem berusaha membaiki pita suaranya.

"dah.. makan dulu, kita cari tempat untuk rehat lepas ni"
Kembali pada mood seriusnya membuatkan Izly menyentak kesal dan terus melahap makanannya yang sudah di asingkan sebelumnya.

"ceh! tak sporting langsung"

Rupanya dalam diam lelaki itu melirik dengan ekor matanya untuk mengintip gadis yang sedang sibuk dengan makanan itu sedang mengembungkan pipinya bulat kerana banyak terisi makanan di dalamnya.

Kelakuan kecil seperti ini kemudiannya mampu menerbitkan senyum tipis di bibir lelaki itu tanpa diketahui oleh sang empunya.





Mereka baru saja selesai check-in di sebuah hotel beberapa minit lalu. Tetapi yang paling membuatkan keduanya tidak betah adalah bilik yang ditempah sudah penuh untuk bahagian single dan family.

Yang tersisa hanyalah satu bilik sahaja iaitu bilik yang sedang di promosi untuk pasangan yang ingin berbulan madu.

Membuatkan keduanya sempat akwark setengah mati kerana ruangan itu telah di set up dengan pelbagai perhiasan. Bermula dari pintu masuk yang sudah di tabur butiran bunga-bunga rose.

ROMY or ME- Park JihoonWhere stories live. Discover now