MELISSA menarik nafas dalam-dalam sebelum dia menghembus kuat bagi menenangkan perasaan gemuruh yang semakin meninggi . Hari ini merupakan hidup yang baru dalam dirinya . Sekolah baharu . Kawan baru . Cikgu baru . Gadis cilik itu merenung bangunan sekolah yang boleh dikatakan agak besar dan cantik . Lagipula dia rasa amat bertuah kerna dapat masuk ke dalam sekolah ini atas alasan biasiswa . Jauh dari tempat lamanya .
"Sayang ." Puan Melia menyentuh lembut bahu anak gadisnya yang sedang asyik mengelamun .
"Termenung apa lagi ? Pergilah masuk ." ujar Puan Melia sambil tersenyum manis .
"Mel takutlah mama ." luah Melissa sambil bermain dengan jari . Menahan debaran di dalam dada .
"Insyallah tak ada apa yang buruk terjadi . Ingat tujuan Mel datang ke sini untuk menuntut ilmu kan ?" Puan Melia memberikan sedikit semangat kepada Melissa yang masih teragak-agak untuk masuk ke perkarangan sekolah .
"Kita dah jauh dari semua orang yang pandang rendah pada kita , Mel . Kita mulakan hidup baru dekat sini . Hanya kita berdua ." Puan Melia mengosok bahu anak perempuannya . Kesian anak gadisnya kerana dari kecil sudah dibenci orang atas fitnah orang lain lontarkan kepada mereka .
"Sudahlah mama nak kena pergi cari kerja ni . Belajar elok-elok sayang ." Puan Melia memandang Melissa dengan senyuman manis .
"Hati-hati mama . Mel doakan mama dapat kerja dengan mudah . Nanti balik mama tak payah ambil Mel ya ? Mel boleh jalan kaki balik rumah lagipun dekat je ni ." pesan Melissa . Bukan apa dia tidak mahu menyusahkan Puan Melia yang terpaksa ulang-alik mengambilnya di sekolah .
"Okey sayang . Mama pergi dulu . Mama love you ." Puan Melia mengucup dahi Melissa .
Melissa terus meraih tangan Puan Melia untuk bersalam . Setelah itu , pipi dan dahi Puan Melia dicium dengan penuh kasih sayang .
Puan Melia melambaikan tangannya sambil masuk ke dalam kereta .
Melissa hanya memerhati kereta Puan Melia yang sudah jauh .
Melissa menghembuskan nafasnya sekali lagi sebelum melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah .
🎀🎀🎀
"ASSSALAMUALAIKUM MURID-MURID . DI SINI SAYA NAK MEMPERKENALKAN MURID BAHARU YANG BARU MASUK PAGI TADI ." Cikgu Helzy selaku guru yang bertanggujawab menguruskan pelajar baharu . Semua murid 5 Iris yang memandang ke papan putih tadi terus tertumpu ke arah Melissa .
"Mel kamu boleh perkenalkan diri kamu ." Cikgu Helzy senyum nipis .
"Saya Aurora Melissa dan boleh panggil saya Mel . Saya berasal dari Kedah . Saya baru pindah ke sini semalam . Saya harap kehadiran saya disini diterima baik oleh semua orang ." Melissa senyum manis meskipun dia berasa gugup .
"Kamu boleh duduk di tempat kosong itu ." Cikgu Helzy menunjukkan tempat yang kosong .
"Terima kasih cikgu ." Melissa bersalaman dengan Cikgu Helzy sebelum dia duduk di kerusi meja yang kosong .
"Hyeee nama aku Fiqa ." Fiqa yang duduk di sebelah aku mula memperkenalkan diri .
"Aku Mell ." Melissa senyum manis .
"Jarang-jarang ada orang dapat masuk masa Tingkatan 5 ni ." ujar Fiqa sekadar berbasa-basi .
"Aku dapat biasiswa dari tahun lepas lagi cuma aku tak pergi . Tahun ni aku cuba buat rayuan dan aku dapat sebab tu aku pindah ke sini ." terang Melissa .
"Mesti kau ni pandai gila kan . Yelah siapa yang dapat biasiswa sekolah ni biasanya pelajar straight A . Lainlah macam aku ni masuk pun sebab ayah aku ada cable ." cebik Fiqa .
"Tak adalah aku biasa-biasa sahaja . Aku boleh ajarkan kau kalau kau nak ." tawa Melissa .
"Betul ke ?" teruja Fiqa . Bolehlah dia kejar ranking sekolah .
"Yer nanti kita cakap balik pasal ni ." kata Melissa .
Syukur dia bila ada orang yang sudi untuk berkawan dengannya . Tidak seperti kehidupan dia yang dulu keseorangan dan ramai yang mengejeknya .
Percakapan Melissa dan Fiqa terhenti apabila guru matapelajaran Matematik sudah masuk .
YOU ARE READING
MYSTERIOUS HUSBAND
RomanceTengku Ardiaz Kaizer × Aurora Melissa =========== 🌹🌹 ============= Pertemuan pertama mereka di sekolah menengah membuat hati si jejaka dingin terpaut pada si gadis itu tanpa sedar . Namun disebabkan masa hadapan mereka terpisah . Mereka berdua ak...