BAB 8 🌷

48 4 1
                                    

               "KAU TAK HABIS LAGI KE ? KAKI AKU DAH NAIK LENGUH KAU TAHU TAK ?" rungut Melissa geram . Sejak tadi mereka berdua keluar masuk keluar masuk kedai tapi tiada apa yang dibeli oleh Fiqa kerana tidak menepati citarasanya .

Fiqa tersengih . "Relaxlah Mel . Aku tak beli apa-apa pun lagi ."

"Cerewet nak mati perempuan ni . Punyalah banyak kedai kita masuk tadi . Satu apa pun kau tak beli ." ujar Fiqa .

"Pandailah kau . Dah lah aku lapar . Jom pergi makan ." ajak Melissa . Tangannya menarik tangan Fiqa supaya mengikutinya .

"Jom . Aku tahu kedai mana sedap dekat sini ." beritahu Fiqa . Dia sudah selalu ke sini dengan daddynya dari dulu .

Tengah jalan-jalan entah salah dimana , tiba-tiba bahu Melissa dilanggar dengan kuat sehingga gadis itu hilang mempertimbangkan diri .

Nyaris sahaja tubuhnya hendak terhenyak di atas lantai tapi disebabkan lengannya dipegang dengan kemas . Dia dapat mengimbangi dirinya kembali dengan berpaut pada tangan itu lalu dia berdiri tegak . Tangannya mengemaskan diri .

"Hishh ! Jalan tengok mana ni . Tak nampak ke manusia punya besar dekat depan ni ." rungut Melissa dengan geram . Sudahlah dia tengah lapar ada pula yang buat hal . Kalau dia bertukar menjadi naga jangan tanya kenapa .

"Garangnya ." komen orang yang melanggar Melissa tadi .

"Ada mata gunalah elok-elok . Ini tak jalan menonong je kerja ." ujar Melissa tidak puas hati .

"Melissa ?" Melissa mengangkat wajahnya .

DANG !

Apa malang sangat nasibnya hari ini sampai boleh terserempak dengan 5 jejaka ini . Dia segan lagi-lagi dengan Ardiaz . Jadi yang melanggarnya tadi adalah Ardiaz ? Huwaaaa .

"Cantiknya Mel ." puji Qayden . Serentak dengan itu , Adriaz memijak kakinya .

"Aduh Diaz . Sakitlah bodoh !" terlompat-lompat Qayden menahan sakitnya .

"Kauorang nak pergi mana ni ?" soal Luke .

Fiqa hanya mendiamkan dirinya di sebelah Melissa . Dalam diam , dia memandang Luke yang segak memakai kemeja santai warna senada dengannya . Adakah ini jodoh ? Dia tersenyum memikirkan itu .

"Nak pergi makan ." jawab Melissa . Dia sedaya upaya mengelak diri daripada bertentang mata dengan Ardiaz yang merenungnya dalam .

"Patutlah kau emo semacam . Lapar rupanya ." usik Rafael dengan senyuman . Biasalah spesies perempuan memang akan berubah apabila perut kosong . Setuju tak tu ?

"Haa kebetulan pula kitaorang pun nak pergi makan . Apa kata kalau kita makan sekali nak tak ?" cadang Micheal disambut setuju oleh Luke dan Rafael .

Melissa gelisah . Kalau mereka ikut maknanya Ardiaz ikut sekalilah kan ? Aduh masaklah aku macam ni .

"Sure ! Boleh juga tu ." Fiqa berkata .

Melissa berpaling ke arah Fiqa . "Mentang-mentang ada crush bukan main cepat kau setuju eh ." bisik Melissa .

Merah muka Fiqa apabila Melissa berkata begitu . Mana ada dia cuma nak ramai-ramai bukan lagi meriah ?

"Kalau macam tu , moh ler kita ." ajak Qayden . Fiqa berjalan terlebih dahulu memandang Melissa seperti tidak mahu bergerak .

Tiba-tiba Luke pula berdiri di sebelahnya . Aduh mulalah hati tidak tenang .

"Du siehst wunderschön aus . ( You look beautiful ) ." Luke berkata selamba tapi Fiqa tidak mengerti . Apa dia cakap tu , Raju ?

"Awak cakap dengan saya ke ?" Fiqa bertanya .

"Taklah . Dengan hantu dekat sebelah kau ." Luke sengih .

Ardiaz memperlahankan langkahnya dan mendekati Melissa dia belakang . Orang lain sudah bergerak tapi dia masih tidak beranjak .

Tangan Ardiaz menarik baju di bahagian lengan Melissa .

"Apa tarik-tarik baju orang ni ?" Melissa menepis tangan Ardia yang memegang lengan bajunya dengan beg tangan .

"Lembab . Kau berangan apa ?" Ardiaz bertanya dingin .

"Suka hati sayalah ." Melissa mengalihkan pandangannya ke depan dan berjalan mendekati mereka . Ardiaz pula setia berjalan di sisinya .

"Kenapa kau mengelak bila bertembung daripada aku ?" soalan daripada Ardiaz membuatkan Melissa hampir tercekik . Alamak dia perasan ke ?

"M-mana ada saya mengelak ." nafi Melissa sambil mengelengkan kepalanya .

"Aku ada mata , Aurora . Aku tahu bila kau mengelak daripada aku . Why hm ?" Ardiaz memandang wajah Melissa yang sudah merah seperti tomato .

"Kau malu dengan aku ke ?"

Melissa mengangguk kepalanya .

Ardiaz senyum nipis sambil mengelengkan kepalanya sedikit  .

"By the way , you look perfect in this outfit . Beautiful ." ujar Ardiaz dengan nada yang lembut .

Melissa sudah tidak tentu arah . Dia terus berlari anak ke arah Fiqa yang sedang berjalan dengan Luke . Dia berjalan antara mereka berdua .

"Muka kau dah kenapa merah semacam ? Terlebih blusher ke ?" tegur Fiqa .

"Haah . Merah betul muka kau ." sokong Luke . Dia menoleh ke arah belakang lalu tersenyum manis . Patutlah Melissa lari . Rupanya ada raksasa liar dekat belakang .

Ardiaz hanya buat tidak tahu sahaja . Dia menyeluk tangannya ke dalam poket dan berjalan dengan selamba .

 MYSTERIOUS HUSBAND Where stories live. Discover now