JARI Melissa memutarkan sebatang pen dengan laju sambil otaknya ligat memikirkan jawapan bagi soalan tersebut . Jujur dia katakan dia sememangnya lemah dalam matapelajaran Matematik tapi kalau subjek Sejarah dia maju . Berkat cikgu di sekolah lamanya bertungkus lumus membantunya dalam subjek tersebut . Dari gred D berubah menjadi A+ itu adalah flex dia bangga . Tapi dia tak boleh yakin sangat kerna dia belum menduduki peperiksaan yang sebenar .
Tangan naik menggaru kepala yang terasa gatal . Pening dia memahami soalan yang putar belit ini . Kenapalah dia tak beritahu sahaja kehendak soalannya yang sebenar ? Waduh waduh sulit sekali ya kamu ...
Sedang ralit dia membuat latikan Matematik itu , iPhone Xs Max Gold pemberian Puan Melia pada hari jadinya yang ke 15 kerana dia dapat keputusan yang cemerlang dalam PT3 itu berbunyi . Tangannya mengapai telefon bimbitnya itu lalu melihat di screen .
'Unknown Number' Melissa mengerutkan dahinya . Siapakah yini ?
Jarinya menekan punat hijau untuk mengangkat panggilan itu .
"Assalamualaikum ." Melissa memberi salam terlebih dahulu . Tapi dia tidak mendengar sebarang bunyi pun .
"Hello ?" kata Melissa lagi .
"Hello ! Heyy kalau awak call lepastu diam . Better jangan calllah !" ujar Melissa dengan serius . Kali ini dia hanya mendengar deruan nafas seseorang . Dia tidak dapat memastikan itu adalah seorang lelaki ataupun perempuan .
"Urghhh annoying betullah scammer ni ." Melissa mendengus geram sebelum mematikan panggilan itu . Iphone miliknya diletakkan kembali di tempat asalnya sebelum dia menyambung membuat tugasannya yang terbengkalai .
🎀🎀🎀
"SELAMAT PAGI MEL !" ucap Fiqa yang muncul di belakang Melissa dengan senyuman manisnya .
"Ini kawan kamu ke Mel ?" Puan Melia bertanya . Matanya teralih pada Fiqa yang berdiri di sebelah Melissa . Manis sahaja orangnya . Kulit putih tapi tidak pucat seperti mayat . Tubuhnya pula kurus dan sederhana tinggi . Alis tebal berwarna coklat pekat terukir cantik , hidung mancung , iris mata berwarna coklat dan tidak ketinggalan dengan bibir merah delima . Cantik dan tampak manjs sahaja .
Melissa hanya mengangguk . "Haah . Nama dia Fiqa , mama ." Melissa mengenalkan Fiqa kepada Puan Melia .
"Assalamualaikum aunty ." Fiqa menghulurkan tangannya kepada Puan Melia .
"Waalaikumsalam Fiqa ." Puan Melia menyambut huluran Fiqa dan gadis itu mencium tangannya .
"Patutlah Mel cantik . Tengok mak dia pun uii awet muda ." puji Fiqa yang tidak rasa kekok . Dia adalah seorang yang peramah jadi tidak menjadi masalah untuknya bersuai kenal dengan orang yang baru dia kenal .
Puan Melia hanya ketawa . "Ada-ada je kamu ni ."
"Jangan puji sangat mama aku , Fiqa . Nanti dia kembang semangkuk ." Melissa menayangkan giginya yang cantik tersusun .
"Sudah pergi masuk sekolah . Nanti kauorang kena denda pula ." Puan Melia berkata . Dalam hatinya mengucapkan syukur apabila tiada lagi orang mencemuh anaknya .
"Mama jangan diri tau . Then jangan lupa makan pula ." pesan Melissa sambil menyalami tangan Puan Melia .
"Ye ye mama tahulah . Ingat mama ni budak kecil ke ?" Puan Melia tersenyum . Pantang sungguh Melissa apabila mendapat tahu dia tidak makan . Kesihatannya juga dijaga rapi oleh anak perempuan kesayangannya .
"Alright . Mel pergi dulu . Mama doakan Mel tau tau . Love you ." ujar Melissa sebelum mencium kedua pipi dan juga dahi Puan Melia . Sudah menjadi kebiasaannya untuk cium wajah maknya sebelum ke sekolah . Ambil berkat orang kata .
"Mama sentiasa doakan Mel . Love you too , sayang ." Puan Melia mengusap sedikit kepala Melissa yang dilitupi dengan tudung sekolah berwarna putih sebelum dia membacakan sepotong ayat suci .
"Bye bye assalamualaikum ." ucap Melissa sebelum masuk ke perkarangan sekolah bersama Fiqa di sisi .
Puan Melia menjawab salam itu dengan perlahan . Dia memerhati anak perempuannya berjalan sehingga hilang daripada pandangan matanya . Setelah itu dia menaiki kereta dan terus berlalu pergi .
🎀🎀🎀
"THAT'S ALL FOR MY PRESENTATION . THANK YOU FOR HEARING AND GAVE ME YOUR ATTENTION ." Melissa menundukkan sedikit badannya apabila rakan-rakan di dalam kelas memberikan tepukan kepadanya .
"Excellent , Mel . I'm so impressed with you performance ." puji Cikgu Via , guru matapelajaran Fizik . Langsung tak ada gentar apabila bercakap depan orang ramai malah dirinya juga bertambah yakin .
"Thank you , Cikgu Via ." Melissa tersenyum sambil menyusun kertas yang dia buat untuk pembentangan tadi .
"Awak boleh balik ke tempat awak sekarang ." arah Cikgu Via kepada Melissa . Dengan senang hati , Melissa berlalu ke tempat duduknya di mana bersebelahan dengan Fiqa .
"Padu beb . Bangga aku dapat kawan macam kau ." puji Fiqa dalam nada berbisik .
Melissa mengelengkan kepalanya perlahan . "Tak adalah . Aku biasa-biasa jer ." ujar Melissa dengan rendah diri .
"Okey class . Give me attention please . Next week , we'll have a sport day . So I need you guys come to my extra class on Saturday because we have a lot chapter we not learning again . Sorry but no excuse because your Trial have become sooner . Prepare yourself and stay focus on your studies ." mendengar sahaja kata-kata Cikgu Via , ada murid yang mengeluh dan ada juga yang merungut . Melissa dan Fiqa hanya mendiamkan diri . Dia tahu cabaran semasa berada di Tingkatan 5 agak mencabar namun begitu dia terima sahaja . Ini adalah perjuangan terakhirnya di alam sekolah jadi apa salahnya dia berkorban sedikit ?
"Janganlah mengeluh . Kauorang sedar tak yang kauorang akan ambil SPM . Sijil Pelajaran Malaysia . Satu sijil yang boleh menentukan masa depan awak semua . Saya tahu ada murid yang boleh sambung belajar walaupun result kauorang mengecewakan sebab kauorang kaya-raya . Tapi kesianlah sikit dekat mak bapak kauorang yang beri harapan tinggi dekat kauorang semua untuk dapatkan keputusan yang cemerlang ." Cikgu Via mula memberi kata-kata motivasi pada anak-naak muridnya . Mereka ini bukan tak pandai cuma malas nak belajar . Haihh apalah nak jadi ni ...
Semua murid akur dengan ucapan Cikgu Via .
Loceng sekolah berbunyi dengan kuat menandakan sudah masuk waktu rehat . Selesai memberi salam dan Cikgu Via terlebih dahulu keluar daripada kelas . Murid-murid terus berlalu ke kantin .
YOU ARE READING
MYSTERIOUS HUSBAND
RomanceTengku Ardiaz Kaizer × Aurora Melissa =========== 🌹🌹 ============= Pertemuan pertama mereka di sekolah menengah membuat hati si jejaka dingin terpaut pada si gadis itu tanpa sedar . Namun disebabkan masa hadapan mereka terpisah . Mereka berdua ak...