SEDAR tak sedar dah hampir sebulan dia menetap di bandar Kuala Lumpur . Sejak Ardiaz menyelamatkan dia dari dibuli oleh Putri , dia enggan bertemu dengan lelaki itu . Dia menjadi malu . Lagi-lagi apabila bertentang mata dengan mata indah lelaki itu . Tolong enggak kuat dong !
Hari ini adalah hari minggu jadi dia sedang bersiap-siap untuk keluar . Ini semua berpunca daripada Fiqa kerana memaksa untuk menemannya . Dia kata tak seronok kalau tak teman nak pergi shopping . Dia sedar taraf dia dan Fiqa tersangatlah berbeza tapi gadis itu memarahinya kerana membandingkan taraf mereka . Tak suka apabila Melissa mempersoalkan taraf mereka . Bagi Fiqa miskin atau kaya boleh sahaja bergaul .
Melissa menyudahi menghiasi wajahnya dengan mencalitkan lipmatte yang berwarna nude brown . Dia hanya memerlukan eyeliner , mascara , blusher dan lipmatte untuk menghiasi wajahnya . Dia tak pandai pakai foundation takut jadi badut je nanti . Pakaiannya pula santai sahaja dia memakai blouse berwarna cream , seluar straight cut berwarna putih dan juga shawl putih dililit kemas dengan gaya flowy . Tidak ketinggalan juga dengan beg tangan dan heels sederhana tinggi . Stoking dan handsock tidak dilupakan .
Setelah puas menilik dirinya , dia keluar dari bilik dan mencari keberadaan Puan Melia di mana .
Puan Melia pula sedang merehatkan diri di ruang tamu sambil melihat televisyen setelah dia mengemas rumah . Nasib ada Melissa membantunya jadi ringan sedikit tugas dia .
"Mama ." Melissa melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Melia .
"Cantiknya anak mama seorang ni ." puji Puan Melia dengan senyuman manis .
"Macam mama lah ." canda Melissa .
Puan Melia gelak perlahan .
"Ni Mel nak keluar ni jaga diri . Jaga kelakuan dekat tempat awam ." pesan Puan Melia . Dia melihat wajah Melissa ada sedikit iras dengan arwah suaminya . Tapi Allah SWT lebih menyayangi suaminya . Dia redha walaupun cara kematian suaminya dia tidak boleh terima .
"Mama dengar tak apa Mel cakap ni ?" Melissa mengoncangkan sedikit lengan Puan Melia yang sedikit leka .
"Ha ? Apa dia Mel cakap ?" Puan Melia bertanya .
"Mama ni . Suka sangat leka fikirkan apa pun tak tahulah dia ."
"Mel cakap mama tak payahlah tunggu Mel balik . Mel janji sebelum maghrib Mel akan ada dekat rumah ." beritahu Melissa.
Puan Melia hanya mengangguk kepalanya .
PIN !
PIN !
"Haa tu Fiqa dah sampai dah . Mel pergi dulu tau . Mama jaga diri . Jangan angkat benda berat-berat . Tunggu Mel balik tau ." pesan Melissa pada Puan Melia . Bukan apa Puan Melia ini sudah terbiasa buat kerja berat-berat . Nanti mulalah sakit badan .
Melissa menyalami dan mencium wajah Puan Melia .
"Mama nak pesan apa-apa tak ?" soal Melissa sambil mengemaskan diri di cermin yang tersedia di ruang tamu .
"Tak naklah . Mel dah ada duit belanja ?"
Melissa mengangguk kepalanya .
"Cukup tak ? Kalau tak cukup mama nak tambah ." tawar Puan Melia .
"No need mama . Mel ada simpan sikit . Okey Mel pergi dulu tau . Assalamualaikum ." Melissa menutup pintu utama rumahnya .
"ELOK-ELOK MEL !" laung Puan Melia dari dalam rumah .
"YA MAMA !" laung Melissa balik yang sedang memakai heels . Setelah selesai dia membuka pagar dan membuka pintu kereta BMW milik Fiqa . Dia ada lesen jadi tidak perlu dirisaukan . Untunglah lahir awal tahun .
"Pergh cantik nok kawan aku seorang ni ." sengih Fiqa . Dia pun apa kurangnya . Blouse berwarna purple pastel dan seluar straight cut berwarna putih . Tudung bawal putih dililit kemas pada kepalanya . Heels putih menjadi pilihannya .
"Cakap dengan cermin ke ?" Melissa mengangkat keningnya .
Fiqa gelak perlahan . "Let's go ! Please wear your seltbealt , beb ."
"Aip aip captain ."
YOU ARE READING
MYSTERIOUS HUSBAND
Storie d'amoreTengku Ardiaz Kaizer × Aurora Melissa =========== 🌹🌹 ============= Pertemuan pertama mereka di sekolah menengah membuat hati si jejaka dingin terpaut pada si gadis itu tanpa sedar . Namun disebabkan masa hadapan mereka terpisah . Mereka berdua ak...