MELISSA memasang satu kain hitam di matanya . Selepas sahaja solat Isyak tadi , mereka semua dikumpulkan di dataran . Kini , mereka semua bermain satu permainan . Di mana semua ahli kumpulan akan diikat matanya dan hanya mendengar arahan daripada ahli kumpulan lain untuk berjalan ke arah mana .
Melissa memegang bahu kawan perempuan dalam kumpulannya agar tidak terpisah jarak antara mereka . Apabila jurucakap itu suruh melompat mereka akan melompat seorang demi seorang . Kalau tak silap permainan ini untuk menguji kepekaan dan keberanian di dalam diri sendiri .
Satu tangan menarik tangan Melisa untuk mengikutinya . Dia hanya akur . Mungkin akak yang bertugas di situ ingin menunjukkan jalan kepadanya .
Tapi semakin lama semakin Melissa pelik apabila dia sudah tidak mendengar suara-suara pelajar lain . Kini hanya ada bunyi serangga . Dia hendak membuka ikatan matanya namun tangan itu mengenggam kedua belah tangannya dan dipaksa untuk mengikuti langkahnya .
"Eh akak nak bawa saya ke mana ni ?"
Soalan daripada Melissa hanya dibiarkan sepi . Tidak lama kemudian , langkah Melissa berhenti apabila tangan itu berhenti menariknya .
"Akak ?" panggil Melissa dengan mata yang masih lagi tertutup .
"Tadi kau tanya aku , kita nak pergi mana kan ? Kau akan...." suara itu seperti sedang bergerak mengelilingi tubuh Melissa dan akhir sekali berhenti di belakangnya .
"Pergi mampus !" serentak dengan itu , tubuh Melissa ditolak kuat sehingga dia terjatuh daripada cerun . Tergolek-golek tubuh Melissa dan kepalanya terhantuk pada akar kayu membuatkan dirinya pengsan tidak sedarkan diri .
"Aku dah cakap jangan main-main dengan aku , Melissa . Tapi kau degil ."
🎀🎀🎀
"SEMUA PELAJAR DIMINTA BERKUMPUL DI DATARAN SEMULA ." arah Encik Jo dengan sedikit kuat . Sudah dekat pukul 10 malam , ini masa untuk mereka semua tidur .
"Masa untuk kita bermain sudah tamat . Jadi sebelum itu , saya nak minta ketua kumpulan untuk berdiri dan kira ahli pasukan kamu . Takut ada yang tak cukup ." setiap ketua ahli kumpulan bangun dan mula mengira ahli pasukan mereka .
"Kumpulan 1 ?" Encik Jo bertanya pada Ahmad selaku ketua kumpulan 1 .
"Cukup bang !" selesai berkata Ahmad terus duduk kembali .
"Kumpulan 2 ?" Encik Jo mengalihkan pandangannya ke arah Rafael .
"Cukup !" Rafael membuat isyarat 'thumb up' .
"Kumpulan 3 ?"
"Cukup !" laung Luke sedikit kuat sebagai ketua kumpulan .
"Dan akhir sekali , kumpulan 4 ?" Encik Jo mengangkat keningnya .
Zaril selaku ketua kumpulan 4 nampak seperti sedang gelisah akan sesuatu .
"Ada seorang hilang bang ." jawab Zaril . Gugup .
"Siapa ?"
"Aurora Melissa ."
Tersentak Ardiaz mendengar sebaris nama yang meniti di bibir Zaril .
"Macam mana dia boleh hilang ?" Encik Jo terus mendekati Zaril yang sedang berdiri tegak .
"Saya tak tahu , bang . Tadi sebelum kitaorang main game , dia ada belakang Lisa tapi bila dah habis kitaorang pun tak nampak dia ." jelas Zaril daripada mendengar penjelasan Lisa tadi .
YOU ARE READING
MYSTERIOUS HUSBAND
RomanceTengku Ardiaz Kaizer × Aurora Melissa =========== 🌹🌹 ============= Pertemuan pertama mereka di sekolah menengah membuat hati si jejaka dingin terpaut pada si gadis itu tanpa sedar . Namun disebabkan masa hadapan mereka terpisah . Mereka berdua ak...