BAB 11 🌷

50 2 0
                                    

                 "ASSALAMUALAIKUM SEMUA . TERIMA KASIH KERANA SUDI DATANG KE TAPAK PERKHEMAHAN DELIMA . SAYA HARAP ADIK-ADIK SEMUA AKAN BERPUAS HATI DENGAN PROGRAM YANG KAMI AKAN ANJURKAN . SEKIRANYA ANDA SEMUA MENGALAMI KESULITAN , KAMU SEMUA BOLEH BERTANYA ATAU MEMINTA TOLONG PADA ABANG-ABANG DAN KAKAK-KAKAK YANG BERTUGAS DI SINI ." ucap Encik Jo selaku pemilik tapak perkhemahan ini . Kebanyakkan pelajar-pelajar dari Elith Highschool hadir dalam perkhemahan ini . Jadi suasana menjadi agak meriah dan menyeronokkan .

Melissa dan Fiqa tekun mendengar percakapan Encik Jo yang berada di atas pentas . Manakala 5 jejaka hot turut mengikuti perkhemahan ini . Jarang-jarang mereka untuk menyertai program sekolah .

"Disebabkan ramai pelajar dari Elith Highschool hadir jadi untuk menyenangkan tugasan . Saya akan agihkan pelajar-pelajar untuk beberapa kumpulan ." sambung Encik Jo .

"Ini yang aku malas ni . Tak best kau tahu kalau tak dapat group sekali dengan kau ." rungut Fiqa . Dia sebenarnya ramai je kawan cuma dia lebih selesa dan menjadi diri sendiri bila dengan Melissa .

"Relax arghh ... Aku pun nak group sekali dengan kau ." balas Melissa bersama senyuman nipis .

"Hey girls ." sapa Rafael daripasa mereka berdua . Bukan hanya dia sahaja tapi 4 jejaka lain pun ada duduk di belakang Melissa dan Fiqa .

"Hye ." balas Melissa dan Fiqa serentak .

"Kan best kalau kita semua satu kumpulan ." ujar Micheal dengam bibir dicebik .

"Kenapa pula ?" Fiqa mengangkat keningnya .

"Boleh merapatkan hubungan silaturahim gitue . Mana tahu rapat-rapat terus kahwin ." gurau Micheal .

Ada yang panas tapi bukan api .

🎀🎀🎀

          MELISSA mematahkan ranting kayu pada beberapa bahagian untuk memudahkan dia membawa ke tapak perkhemahan . Sudah dijangka dia dan Fiqa tidak dapat duduk dapam satu kumpulan . Agak sedih tapi tak mengapa mereka hanya berada di kumpulan apabila melakukan aktiviti bersama kumpulan . Selepas itu , dia dan Fiqa masih boleh duduk bersama . Kini , dia dan rakan-rakan sepasukannya sedang mencari kayu untuk membuat kayu api dan juga dipacak pada khemah nanti .

Terasa ada seseorang ada di belakang membuatkan Melissa berpaling ke belakang . Mulalah hati dia tidak tentu hala melihat gerangan ini .

"Ke...Kenapaa awak dekat sini ?" Melissa mengigit bibirnya . Menahan gugup .

"Aku cari kayu api ." balas Ardiaz dengan nada yang datar .

Melissa termalu sendiri . 'Engkau ni Mel .. Dah nampak kat tangan dia ada kayu , mestilah cari kayu takkan nak ngurat kau pula .'

Tidak jauh daripada mereka , ada seseorang yang memandang dengan perasaan yang dipenuhi benci dan dendam . Hati Putri terasa terbakar melihat kemesraan Ardiaz dan juga Melissa padahal bila lelaki itu dengannya sepatah pun tidak keluar daripada mulut lelaki itu .

Putri terus menghayunkan langkahnya mendekati Melissan dan menolak tubuh itu ke tepi supaya dia boleh berdiri di depan Ardiaz .

Hampir sahaja Melissa hendak tersungkur nasib sahaja dia sempat menahan beban dirinya dengan kaki . 'Eyy makcik ni ada yang aku humban kang .' jeling Melissa sebelum berlalu pergi .

"Eh Diaz . Before this , I tak tahu pun yang you suka ikut program macam ni ." Tangan Putri membetulkan sedikit tocang rambut supaya tidak kelihatan begitu selekeh .

Ardiaz masih lagi mendiamkan diri seperti tiada siapa yang bercakap dengannya .

Selesai sahaja Ardiaz mengutip kayu , dia terus berlalu pergi meninggalkan Putri bersendirian . Terasa rimas pula apabila gadis bertanya padanya macam-macam . Kalau Melissa macam tu kan bagus .

Putri menghentak kakinya berkali . Geram dengan tingkah Ardiaz yang suka palau apabila dia bercakap . Kalau dengan Melissa bukan main lagi tenung muka gadis itu seperti hendak makan . Tapi kalau dengan dia ? Pandang sipi-sipi pun tak nak .

"Kau tunggu , Mel . Aku akan pastikan kau menyesal !"

 MYSTERIOUS HUSBAND Where stories live. Discover now