BAB 6 🌷

46 3 0
                                    

             MELISSA sedari tadi fokus apa yang berada di depannya iaitu latihan Matematik . Kebiasaannya dia kalau dia tak pergi ke kantin , dia akan mencari suatu tempat yang tidak ramai orang untuk mengulangkaji . Rajin bukan ? Ya dia harus berkorban kerana Puan Melia sudah bersusah payah masukkannya ke sekolah ini .

Ardiaz menyandarkan diri di dinding sekolah sambil merenung tindak-tanduk Melissa .

"Woi !" sergah Luke dari belakang . Tangannya juga menepuk bahu Ardiaz menyentakkan lelaki itu .

"Amboi bukan main tenung si Melissa tu . Suka tu cakap jela ." Rafael pula muncul di belakang mereka berdua . Diikuti dengan Qayden dan juga Micheal .

"Jangan mengarut . Aku tak suka dia pun ." nafi Ardiaz dengan memandang ke arah lain .

"Then kenapa kau dekat sini ?" tahya Qayden dengan nada mengusik sambil mengangkat sebelah keningnya berkali-kali sekaligus membuatkan lidah Ardiaz menjadi kelu .

'Shit Ardiaz !' sumpah Ardiaz di dalam hati .

"Orang kalau dah suka tenung daripada jauh pun tak apalah ." Micheal pula mengambil tugas untuk mengusik Ardiaz . Bibirnya tidak lekang dengan senyuman mengusik . Bukan selalu dapat kenakan mamat beku ni .

"Aku saja-saja duduk dekat sebab nak ambil angin ." Ardiaz mencipta alasan yang kedengaran sangat bodoh di situ tapi tak mengapa untuk Ardiaz semua boleh .

"Haah ambil angin sambil tenung pujaan hati ." balas Luke dengan tawanya . Kawan-kawannya yang lain sudah tergelak . Itu sudah membuatkan wajah cerah Ardiaz menjadi merah .

Gelak tawa mereka mati apabila mendengar Putri menjerkah Melissa yang sedang duduk di bangku itu . Gadis itu langsung tidak menghiraukan Putri dan kawan-kawannya . Dia kekal tunduk dan membuat kerjanya .

Tergerak rahang Ardiaz apabila melihat Putri menunjal kepala Melissa . Entah mengapa dia pula berasa panas dengan tindakan Putri walhal sebelum ini Putri sudah membuli ramai pelajar lain dan dia tidak pernah kisah .

Melissa hanya kekal tenang walaupun hatinya sudah terbakar . Kalau diikutkan dia hendak membalas tindakan Putri tapi dia tak nak buat masalah dekat sekolah ini dan masuk ke dalam bilik disiplin . 'Sabar Mel .' kata Melissa di dalam berulang kali .

"Woi kau pekak ke ? Dasar perempuan miskin !" Putri mencampak buku nota Melissa ke tanah .

Melissa merengus geram dan bangkit dari duduknya untuk mengambil buku notanya . Nasibnya malang apabila Putri bertindak melempang pipinya dengan kuat . Berdesing telinganya apabila mengenai tamparan sulung daripada Putri .

"Aku paling pantang bila orang langgar hak aku ! Aku bagi amaran terakhir dekat kau perempuan . Sekali lagi kau dekat dengan Ardiaz , aku akan buat lagi teruk daripada ni ."

"KAU DENGAR TAK ?!" jerkah Putri . Tangannya diangkat tinggi untuk melempang pipi Melissa lagi . Melissa tidak sempat untuk mengelak hanya menutup matanya .

"AARGHH !" jeritan kuat menyapa telinga tapi bukan dia yang menjerit . Matanya dibuka dan terbuntang apabila melihat tangan Putri dicengkam kuat oleh ...

ARDIAZ !

Wajahnya merah sehingga terkeluar urat di sekeliling wajahnya menandakan lelaki itu sedang marah .

"Don't you dare to touch her ." mata Ardiaz merenung tajam ke arah Putri membuatkan gadis itu kecut perut . Dia melepaskan tangan Putri dengan kasar sebelum menarik lengan Melissa untuk berdiri di belakangnya .

"Aku tak pernah jadi hak kau . Tolong sedar diri . Kalau aku tengok kau buli dia lagi atau sesiapapun . Aku akan buat lagi teruk daripada tu dekat kau . You know who I am and don't try me ." Ardiaz memberi amaran dengan tegas .
  
"Berambus !" jerkah Ardiaz dengan kuat sehingga terhinggut bahu Melissa .

Dengan laju Putri dan rakan-rakannya melarikan diri . Sempat Putri memberikan jelingan tajam ke arah Melisa di belakang Ardiaz .

"Here your book , Mel ." Qayden mengutip buku nota Melissa yang dicampak ke tanah lalu dihulurkan kepada gadis itu .

Melissa mengucapkan terima kasih sebelum mengambilnya . Pandangannya kini tertumpu pada Ardiaz yang masih marah . Bagaimana dia tahu ? Cukup dia melihat dadanya yang berombak laju dan juga wajahnya merah .

"Aw-"

"Kenapa kau ni lembab sangat ?" sembur Ardiaz dengan wajah tegang .

Melissa tidak menjawab malah menundukkan wajahya . Enggan memandang Ardiaz yang sudah seperti singa kelaparan .

"Tengok aku ." arah Ardiaz dengan tegas .

"Aurora Melissa . Look at me now !" perlahan-lahan Melissa mengangkat wajahnya memandang Ardiaz .

"Kenapa tak balas balik ?" tanya Ardiaz masih dalam nada yang tegas .

Melissa hanya mendiamkan diri lalu menundukkan wajahnya . Hatinya berdebar-debar ketika ini seperti hendak pengsan pun ada .

Ardiaz mendengus kasar . " Aku nak kau protect diri . Lawan balik . Kau nak takut apa ? Aku benci tengok kau dibuli ." ayat terakhir dia memperlahankan suaranya .

"Dia ada duit . Dia boleh buat apa je ." Melissa berkata . Dia kata begitu kerana dia pernah nerada di dalam situasi begini . Dia difitnah yang dia menampar gadis itu tapi sebaliknya dialah mangsa yang sebenar . Semua saksi kena makan suap jadi dia tiada peluang untuk membela diri . Disebabkan itu dia hampir-hampir dibuang sekolah .

"Memang dia ada duit tapi kita ada ni ..." Ardiaz menunjuk ke arah kepalanya sendiri .

"Bila kita ada benda ni , kita tak perlukan duit untuk bela diri . Cukup dengan keberanian kau sendiri . So tak ada alasan dah untuk kau tak bela diri sendiri kan ? Protect yourself ." sambungnya lagi .

Ardiaz menundukkan sedikit badannya menyamai ketinggian Melissa hanya paras dadanya .

"Ich werde dich auf jede erdenkliche Weise beschützen, meine Aurora  . ( I'll protect you whatever way , my aurora . )" ujar Ardiaz dengan lembut .

Melissa mengerutkan dahinya apabila mendengar Ardiaz berkata dalam bahasa asing . Dia tengah mengutuk aku ke ?

"Awak cakap apa ? Saya tak faham"

Ardiaz memberikan senyuman nipis . "Nothing ." Sebelum dia berlalu dia mengusap lembut kepala Melissa yang dilapik dengan tudung .

Manakala 4 jejaka yang sedari tadi menonton sengketa mereka melopongkan mulut masing-masing . Tak percaya akan apa yang dilihat .

"Kauorang nampak tak apa aku nampak ?" soal Luke . Takut-takut dia terlihat benda lain .

"Aku rasa Diaz kena sampuklah ." ujar Rafael pula .

"Tersampuk dengan panahan cinta Aurora Melissa ." tambah Qayden dengan senyuman mengusik .

"Diamlah !" kata Melissa sedikit kuat . Pipinya terasa kebas . Arghh kenapa dengan aku ni ?

"Diam-diam berpandangan . Mata bertentang mata..." Luke menyanyikan sebaris lirik daripada lagu Mas Idayu .

"Malu-malu tapi mahu . Kau buat begitu..." sambung Rafael dengan gelak tawanya .

Mendengarkan itu , wajah Melissa berubah menjadi merah . Tiba-tiba panaslah dekat sini . Cepat-cepat dia mengemas barangnya dan beredar daripada situ . Dia mengelak dari bertembung menentang mata dengan 4 jejaka itu yang tersengih-sengih macam kera dapat duit raya . Ehh ...

"Malu-malu pula dia ." Micheal mengusik . Melissa melajukan lagi jalannya .

4 jejaka itu tergelak sakan .

"Eh jom cari Diaz pula . Aku nak bahan dia . " kata Luke .

"JOM !" 

 MYSTERIOUS HUSBAND Where stories live. Discover now