BAB 3 🌷

52 2 0
                                    

KRINGGGGG !

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat . Melissa dan Fiqa mengemas meja mereka dan memasukkan buku ke dalam beg sekolah . Guru pada masa akhir ialah Matematik jadi mestilah banyak menggunakan kertas bukan ?

"Mel kita solat Zuhur dulu nak tak ? Lagipun dah masuk waktu kan ." ajak Fiqa .

"Hurm boleh juga . Aku boleh rest terus dekat rumah nanti ." ujar Melissa .

"Jomlah sekarang ." Melissa mengangguk .

Mereka berdua menggalas beg dan terus jalan ke arah surau yang tidak jauh dari kelas .

"Eh tadi kau pergi mana ? Puas aku cari last-last aku tengok kau dekat kelas ." rungut Melissa tidak puas hati .

Fiqa tersengih .

"Tadi aku tengok ada Ardiaz dekat sebelah kau pastu dengan kawan-kawan dia lagi sebab tu aku terus balik kelas ." terang Fiqa sambil menggaru kepalanya . Rasa serbasalah pun ada dengan Melissa ini .

"Yang kau tak datang aku dulu kenapa ?" tanya Melissa .

Fiqa tetiba jadi tersipu malu .

Melissa merenung pelik kawannya .

"Aku seganlah nak datang dekat kau sebab ada crush aku dekat situ" Fiqa bermain dengan jarinya sendiri .

"Eh eh dia ni . Siapa crush kau ? Ardiaz ke ?"

Laju sahaja Fiqa mengelengkan kepalanya .

"Tak nak lah aku dengan Ardiaz . Uuuuu silap hari bulan mau aku kena tengking dengan dia . Dia tu dah lah emo semacam . Ghisau nyah . Lagipun aku ni syok dekat Luke tu ." Fiqa tersengih sampai ke telinga mengingati wajah Luke yang kacuk Spain . Aihhh duhai hatiiii ......

"Macam tu pulak ." cebik Melissa .

BAM !

"Auchhh" Melissa memegang dahinya yang terhantuk di dada seseorang .

"Kau letak mata kau dekat mana ?" Melissa mengerutkan dahinya . Aku rasa aku jalan elok je tadi , dia yang muncul entah dari mana .

"Aku tanya kau ni ." Ardiaz memetik jarinya di hadapan Melissa .

"Eh awaklah letak mata dekat mana . Dah lah muncul macam hantu tiba-tiba je ada dekat sini ." sembur Melissa tidak puas hati .

Ardiaz senyum sinis .

"Kau memang suka bertembung dengan aku kan ." Ardiaz menundukkan sedikit badannya menyamai ketinggian Melissa yang separa dadanya sahaja .

Serentak dengan itu Melissa berundur ke belakang menjarakkan sedikit .

"Are you okey , Mel ?" soal Micheal di belakang Ardiaz . Bukan dia sorang malah Luke , Raf dan Qayden .

"Okey cuma kawan awak semua ni perasan terlebih . Dah lah saya nak pergi solat . Tepi ." Melissa pantas memegang pergelangan tangan Fiqa untuk mengikuti langkahnya .

Bukan dia tidak perasan wajah Fiqa yang sudah memerah melihat wajah tampan Luke . Ececece ....

"Comel juga dia kalau marah kan" puji Qayden dengan ikhlas .

"Kan lagi sesuai kalau dia dengan aku" Raf menayangkan muka berlagak .

"Perasan" kata yang lain serentak .

Ardiaz pula sudah jalan mendahului mereka semua . Malas mendengar angan-angan mereka . Elehh padahal cemburuuuuu ...

"Woii tunggulah . Laju-laju nak pergi mana kau ni" Qayden , Raf , Luke dan Micheal terus mengejar Ardiaz yang sudah jauh di hadapan .

🎀🎀🎀

         MELISSA menyepak batu-batu kecil yang ada di jalan . Fikirannya sudah melayang ke mana memikirkan bagaimana dia hendak menolong mamanya dari segi ekonomi . Untuk memulakan hidup di negeri orang tidaklah semudah disangkakan . Banyak modal yang perlu dikeluarkan .

VROOOMM !

VROOOMM !

Bunyi deruman motosikal tidak dapat menarik perhatian Melissa. Gadis itu terus jalan tanpa mempedulikan siapa gerangan itu .

VROOOOOOOMMM !

Melissa mengerutkan dahinya apabila mendengar sekali lagi deruman motosikal tapi kali ini lebih kuat . Dia berpaling ke tepi dan terkedu dia melihat Ardiaz yang baru sahaja menanggalkan helmet .

"Kau dah pekak ke ?" Ardiaz menayangkan wajah tidak puas hati .

"Eh eh eh kita pula kena . Yang awak tu datang sini kenapa ?" soal Melissa .

"Haaa ! Awak nak jumpa saya kan !" Melissa menayangkan wajah nakal sambil jari telunjuk naik menunjuk wajah Ardiaz yang sudah merah di bahagian hidung dan telinga.

"Perasan ." Adriaz mengeluarkan seutas rantai dari poketnya . Cantik sangat dengan loket kecil berbentuk hati berwarna putih .

"Kau terjatuhkan tadi masa langgar aku tadi ." Adriaz menghulurkan rantai itu ke Melissa .

Tapi Melissa tidak menyambutnya . Mukanya berkerut .

"Saya mana ada pakai rantai ." seingat dia mana ada perhiasan ada pada dia .

"Eish kau ambil je boleh tak ? Banyak soallah kau ni ." dengus Adriaz geram sambil menarik tangan kanan Melissa berlapik dengan kain dan meletakkan rantai itu di atas telapak tangan .

"Tap-"

"Ambil sebelum aku sendiri pakaikan dekat kau ." Adriaz segera memakai helmetnya kembali dan menghidupkan motosikalnya .

Selepas Adriaz berlalu pergi . Melissa melihat kembali kepada rantai ini .

"Cantiknya rantai ni . Tapi kalau aku ambil kira salah ke ?" Melissa berfikir sejenak sambil meletakkan jarinya di dagu .

"Tak salah kut . Dia yang bagi ." Melissa berkata seorang diri .

 MYSTERIOUS HUSBAND Where stories live. Discover now