BAB 14 |D×D

768 30 2
                                    

"Assalamualaikum, Rean kau memang nak sidai aku ke?" Darriel memekik di luar banglo Darrean. Dyraa ketuk pintu. Pintu dibuka oleh Daisy.

"Daisy, beruk gemuk tu mana?"

"Kau panggil aku apa Megat?"

Suara Darrean mengejutkan Dyraa dan Darriel. Darriel terus masuk ke dalam banglo itu.

"Kau ni kalau aku lekuk kepala apa tak dapat. Masuk rumah tanpa izin tuan rumah," Darrean duduk di sofa. Darriel yang sedang duduk di sofa bangun untuk melihat apa yang kakak iparnya masak.

"Daisy, awak masak apa?" Darriel mencuri timun yang sudah dipotong.

"Saya masak nasi lemak je. Kalau nak makan tolong panggil Abang Rean sekejap," Daisy sambung membancuh air.

"Rean, bini kau ajak makan," Darrean terus berdiri menuju ke dapur. Kerusi ditarik dan Darrean terus melabuhkan dirinya ke kerusi.

"Belle nak air apa?" Dyraa tersedar dari temenung.

"Belle nak air chocolate. Hot please," tergelak mereka. Ini sudah menjadi kebiasaan Dyraa. Kalau air coco mesti kena panas.

__________________________

"Kau orang memang tak nak balik rumah Babah ke?" Darrean bertanya. Dyraa memandang Darriel yang sedang leka bermain game.

"Woi babun. Kau pekak ke?" Darriel masih lagi tidak dengar apa yang Darrean cakap.

"Abang Megat jom lah balik. Nanti Babah dengan Mama marah. Belle nak balik," Darriel menoleh. Baru dengar kalau adik kesayangannya bercakap.

"Baby nak balik? Sabar sekejap," Bantal dibalik. Dyraa paling tak suka kalau orang panggil dirinya baby.

Darriel terus mengambil kunci kereta untuk balik. Mereka bersalaman dan terus pergi.

"Aku nak naik atas. Kau nak ikut?"

"Nak!"

Daisy panjat belakang Darrean. Leher Darrean hampir tercekik. Sampai  sahaja di tingkat atas Daisy turun dari belakang Darrean.

"Sayang duduk sini," Darrean menepuk-nepuk pehanya bertandakan suruh duduk di peha.

"Aisy nak iPad abang boleh?"

"ambiklah."

"Thanks,"

Daisy mengambil iPad Darrean. Dia melihat isi di dalam iPad itu. Youtube je yang menarik.

Daisy menekan app youtube. Daisy mencari video mukbang. Darrean yang sedang berfikir sedikit terganggu apabila terdengar bunyi orang mengunyah.

Darrean mencuri melihat apa yang Daisy sedang menonton. Darrean tergelak. Daisy yang sedang menoton menoleh keatas melihat suaminya sedang gelak.

"Apa yang lawak sangat abang?" Darrean makin kuat tergelak.

"Kau tengok video tak berfaedah ni?"

"Ada faedah la. Boleh buat kita kenyang. Abang apa tahu," Darrean menilik muka isterinya.

"Aku tak pernah tahu pula ada orang buat video macam ni," Daisy mengerut kening. Tak akan Darrean tak tahu langsung?

"Malam ni kita dinner luar. Aisy nak tak?"

"Boleh je," Daisy tersenyum.

_____________________________

"Aisy lambat lagi ke kau nak bersiap?"
Darrean menjerit di luar bilik.

"Daisy cepat sikit," Daisy membuka daun pintu. Darrean terus menarik tangan Daisy untuk keluar dari bilik.

Daun pintu kereta dibuka oleh Darrean. Daisy masuk ke dalam perut kereta. Darrean masuk kedalam perut kereta. Kereta mewah itu terus meluncur keluar dari kawasan banglo mereka.

Sampai sahaja di restaurant Daisy dan Darrean terus keluar dari kereta. Mereka berjalan sambil memimpin tangan. Tahu la dah kahwin!

"Sit, Aisy."

Daisy  dan Darrean melabuhkan punggung di kerusi. Daisy melihat menu.

"Spaghetti cabonara," Waiter itu menulis pesanan yang di pesan.

"Spaghetti aglio olio please," Waiter itu menulis pesanan Darrean. Setelah habis memesan, Darrean melihat isterinya yang sedang bermain dengan cincin nikahnya.

"Aisy, kenapa kau senyap je?" Daisy mengangkat mukanya. Daisy menggeleng kepala.

"Aisy, Rail cakap kau kerja dekat kindergarten sebab Daddy suruh. Betul ke?" Darrean mula bertanya untuk memecahkan kesunyiaan.

"Haah, tapi Aisy memang dah lama nak kerja dekat situ. Tapi tak bagitahu Daddy sebab Aisy masih belajar," Terang Daisy.

Daisy memang berniat untuk berkerja di situ kerana dia suka kanak-kanak. Kerja di situ tak adalah stress. Tapi terpaksa berhenti.

"here your meal sir. Enjoy your meal," waiter itu terus pergi setelah menghantar makanan.

_______________________________

"Aisy dah habis makan? Abang nak balik ni," Daisy mengangguk. Darrean dan Daisy bangun dan keluar dari restaurant itu.

Masuk kereta mereka hanya membisukan diri. Darrean selalu terfikir jikalau dia lari waktu hari pernikahan dia dan Daisy. Mestindia menyesal sekarang.

Daisy sedang diulit mimpi. Darrean membawa kereta dengan tenang. Darrean perasan dengan perubahan Daisy.

Daisy kerap menonton video mukbang. Bukan dia tak bagi Daisy makan. Badan Daisy makan membulat.

Sampai di banglo, Darrean malas mengejut isterinya. Jadi dia mendukung Daisy.

Daisy sedikit terkejut. Daisy memeluk erat leher Darrean kerana sedikit gayat. Darrean meletakkan tubuh Daisy di atas katil.

"Goodnight baby," Darrean mengucup dahi Daisy sebelum Darrean keluar bilik. Daisy sambung tidur.

_________________________________

Darrean keluar tanpa memberi tahu Daisy. Sekejap je dia keluar. Darrean menuju ke arah farmasi.

"Miss can i get pregnancy test?" Darrean bertanya kepada cashier farmasi itu.

"Encik mengandung ke?"

"Bukan dia yang mengandung bodoh. Bini dia," seorang lagi cashier menegur kawannya. Darrean sudah menganggkat kening.

"ini encik, semua sekali RM 10.40. Kalau isteri encik mengandung, congrats saya ucapkan."

Darrean keluar dari kedai itu. Pelik manusia zaman sekarang.

__________________________________

(7:189) It is He – Allah -Who created you from a single being, and out of it He made its mate,that he may find comfort in her. And when he covers her, she bears a light burden and goes aboutwith it. Then, when she grows heavy, they pray to their Lord: 'If You bestow upon us a healthychild, we will surely give thanks.'

His Daisy | CompleteWhere stories live. Discover now