Bab 5

34 2 3
                                    

TERKIAL-KIAL aku mencucuk bebola daging menggunakan garpu dengan tangan kiri.

Malam ni, Uthman a.k.a pak cik jiran sebelah masak untuk makan malam disebabkan ulah aku sendiri. Dan aku tak sangka Uthman pandai masak. Apa yang Bik Tah cakap itu semuanya benar-benar belaka.

Masakan lelaki itu, umpp!

Sedap gila.

Aku yang perempuan ni pun tak semahir dia. Dan aku memang tak suka memasak. Ada satu hari tu, aku masak untuk makan malam. Habis hangus ikan goreng aku dibuatnya. Dan sejak itu aku dah jarang masak.

Insaf!

Mama pun dah larang aku. Nak masak mesti ada dia di sebelah. Dia takut dapur cantiknya meletop.

“Boleh tak tu, Lisha?” soal mama dengan wajah sedikit risau.

Mungkin risau bebola daging terpelanting agaknya.

“Lisha cuba.” Aku cuba cucuk lagi.

Pap!

Kan aku dah agak.

Tak semena-mena bebola daging itu termasuk dalam pinggan Uthman.

“Lisha, kalau tak boleh guna garpu… kamu gunalah sudu. Tengok tu, dah termasuk dalam pinggan Uthman.”

Aku letak garpu atas meja dengan wajah masam.

“Mama makanlah bebola tu. Lisha dah kenyang.”

Tiba-tiba mood jadi swig. Serba tak kena malam ni.

Atau sebenarnya kewujudan Uthman yang membuatkan aku tak tentu arah. Pandangannya yang agak menggerunkan tapi tak adalah menakutkan.

Cuma matanya aje dari tadi tak boleh duduk diam. Sekejap-sekejap tengok tangan aku.

“Tangan Lisha tak baik lagi ke lebamnya, mama Maryam?” soal Uthman dengan wajah serius.

Mama pandang Uthman.

“Dah semakin elok. Lebam pun tak nampak sangat. Esok lusa makin eloklah kut. Uthman tak payah risau sangat ya. Bukan salah Uthman pun. Lisha tu memang degil. Budak tak reti nak duduk diam.”

Bulat mata aku memandang mama dengan wajah tak percaya.
Mama mengutuk anak perempuannya depan-depan dengan muka tak bersalah.

Auch!

Sakit hatiku!

“Kenapa pula pak cik tak payah risau? Dia yang ketuk tangan Lisha tau mama. Habis bengkak jadinya. Tiga hari susah nak makan sendiri. Setakat gambar jatuh aje pun nak melenting.” Aku luah rasa tak puas hati.

Uthman memandang aku dengan sedikit terkedu.

“Lisha,” mama pandang aku dengan sedikit gelisah.

“Kenapa?”

“Err…”

“Mama Maryam, lusa Uthman ada buat kenduri doa selamat sempena masuk rumah baru. Mummy pun ada. Jemput datang ke rumah lepas asar. Lisha nak ikut sekali pun boleh.”  Laju Uthman memotong ayat mama.

Aku tak tahu kenapa bila Uthman sebut Lisha, buluku jadi meremang.

Selalu dia kau-aku aje.

Depan mama, buatlah baik.

“Insya Allah, mama datang. Mummy pun ada bagitahu juga tadi. Lisha mestilah ikut. Tak ikut, mama ikat kaki dia nanti.”

Aku buat muka.

Tak puas hati bila mama terlalu mesra dengan Uthman.

Anak dia depan mata. Tapi dia layan Uthman macam anak dia juga.

JODOH JIRAN SEBELAHWhere stories live. Discover now