Bab 10

10 0 1
                                    

AKU lap peluh yang meleleh di tepi dahi. Lepas jogging ingatkan boleh sambung tidur membuta semula. Aleh-aleh, Umar dan pak cik kesayangannya sibuk suruh aku ikut gembur tanah.

Dia ingat aku ni pandai ke buat semua tu?

Pegang cangkul pun tak pernah.

"Bukan macam tu aunty Lisha. Aunty kena korek lagi dalam. Macam mana nak tanam pokok kalau aunty korek kecil macam tu je."

Tengok tu, baru buat sikit nak komplen-komplen.

"Umar marah aunty ke?" Mencerlung tajam aku memandangnya.

Laju dia geleng kepala.

"Tak... tak... Umar tak marah aunty. Umar cuma beritahu aje. Kan uncle Uthman?"

"Kenapa uncle rasa Umar marah aunty Lisha?" usik Uthman.

"Uncle!" Terjerit kecil Umar dibuatnya. Aku tahan dari ketawa. Tak sangka pula pak cik garang ni pandai mengusik orang.

Bila mata kami berdua berlaga, terus aku buat-buat korek lagi. Tak nak lah kasi kantoi yang aku curi-curi tengok muka dia.

"Pernah gembur tanah tak?" Tiba-tiba dia bertanya. Aku geleng kepala. "Saya nak sentuh tanah pun kena fikir banyak kali. Kadang-kadang tu tangan saya naik ruam. Gatal-gatal." jujurku.

Wajahnya jelas terkejut.

"Dah tahu gatal kenapa masih nak pegang tanah juga? Pergi basuh tangan sana!"

Lah!

Tadi dia juga yang ajak aku ke sini. Banyak kali aku bantah, dia tetap tak lepaskan aku balik.

"Pak cik juga yang ajak saya ke sini. Sekarang ni pak cik nak saya basuh tangan pula. Tak boleh! Buruk siku namanya."

Alergik aku bukan teruk sangat pun. Kalau mandi bersih-bersih, insya-Allah akan baik.

"Aku..." Tiba-tiba dia jadi gagap.

"Apa dia pak cik?"

"Aku..."

"Ya?" Aku cuba sabar menanti ayat Uthman seterusnya.

"Aku..." Dia jadi serba tak kena. "Aku takut kau akan jadi macam hari tu." Perlahan dia bersuara.

Tapi masih dapat aku dengar bicaranya. Lidahku kelu seketika. Bibir hampir nak tersenyum lebar tapi aku cuba buat-buat bersahaja. Uthman risau ke?

"Aku bukan risau cuma takut."

Ceh!

Baru nak kembang hidung.

Aku buat muka menyampah.

"Buat apa nak takut? Pak cik bukan sesiapa pun dengan saya. Setakat jiran sebelah rumah aje... chill. Saya belum mati lagi."

Dan-dan dia baling botol terkena kaki.

Wuish, nampak sangat dia tengah marah.

"Jangan degil." katanya dengan keras sebelum dia memanggil anak buahnya.

"Umar, pergi isi air dalam botol ni."

"Baik uncle!" Laju Umar berlari menuju ke arah paip di tepi pondok.

"Pak cik nak buat apa dengan air tu?"

"Nak siram kau. Banyak sangat mulut."

Aku mencebik.

"Jangan sampai saya bawa tongkat pak cik lari. Karang tak pasal-pasal pak cik tak boleh pergi kerja." Ugutku dengan muka serius.

Dia gelak. Tapi dengan pandangan mata aku, dia gelak sinis. Mengejek aku nampaknya!

JODOH JIRAN SEBELAHWhere stories live. Discover now