BLURB

89 0 0
                                    

Tajuk: TERLANJUR MILIKMU
Penulis: AREUMI
Harga: RM34 / RM37


Rasa sakit hati yang masih bersarang dalam hati dan dek desakan demi desakan daripada si ibu, Sofea mula mengatur strategi. Dia mendekati Tengku Adam, seorang jejaka yang berpengaruh. Dengan bantuan daripada sebuah agensi jodoh, pelbagai rancangan diatur untuk menarik perhatian Tengku Adam.

"Ni bukan kali pertama kita jumpa. Kafe, padang polo dan sekarang galeri. Ni ke yang orang panggil jodoh?" - Tengku Adam

Pertemuan yang dicipta oleh Sofea menyebabkan hubungannya dengan Tengku Adam semakin rapat.

"Sebab tu I cakap, kita saling melengkapi. You tak tahu, I boleh ajar." - Tengku Adam
"You sarapan gula ke tadi?" - Sofea

Apabila semuanya berjalan seperti yang dimahukan, Sofea menarik nafas lega. Bekas teman lelaki dan ibunya sudah berhenti bertanyakan soal jodoh. Oleh kerana tidak mahu terjatuh hati dengan layanan VIP daripada Tengku Adam, Sofea buka langkah untuk tinggalkan Tengku Adam. Tapi, lain pula yang berlaku.

Permainan Sofea rupanya sudah lama dihidup Tengku Adam!

"Kalau you nak saman I, teruskan. Tapi, I tak ada masa nak teruskan game ni. I bosan." - Sofea
"Tak seronoklah macam ni. Macam mana dengan keluarga you? Dia orang tahu tak you dah habis berpuluh ribu untuk I?" - Tengku Adam
"Jangan libatkan keluarga I!" - Sofea
"I'll grant your wish. Let's get married, Arin Sofea." - Tengku Adam

Pelan yang disangkakan begitu sempurna, mula tunggang-langgang. Kehidupan Sofea yang aman, kini jadi huru-hara disebabkan satu insiden dan akhirnya, mereka pun bergelar suami isteri.​



Untuk melanggan & pertanyaan:
shopee.com.my/kedaibukudn
http://www.wasap.my/+60132588069

TERLANJUR MILIKMUWhere stories live. Discover now