BAB 5

97 1 0
                                    

"CIK SOFEA, ni ada orang hantar tadi." Mira menghulur sejambak bunga ros berwarna merah.

"I punya?" Sofea mengerutkan dahi.

"Ya, Cik Sofea punya." Mira mengangguk.

Sofea menyambut bunga tersebut dan diletak di atas meja. "Okey, terima kasih."

Mata Sofea tertancap pada kad kecil yang terselit pada bunga. Dia membaca apa yang tertulis sebelum mengerutkan dahi.

Life is so unpredictable. - A

A? Ayden? Kad kecil itu dicampak ke dalam tong sampah di bawah meja. Jambangan bunga dibawa keluar. Dia menuju ke meja di hadapan biliknya.

"Untuk saya? Bukan bunga ni orang hantar untuk Cik Sofea ke?"

"Nak buang rasa sayang pula. I alah dengan bunga. You ambillah," bohong Sofea.

"Terima kasih, Cik Sofea."

Sofea masuk semula ke biliknya, diikuti oleh Zayyan.

"Sikit je lagi. Lepas dah siap nanti, I bagi you," kata Sofea, kembali duduk di kerusi kerjanya.

Zayyan turut melabuhkan punggung di hadapan Sofea. "It's okay, Sofea. Take your time."

"Projek dekat Subang you pegang dulu, boleh? Sebab minggu depan I cuti. Bila I masuk kerja, you boleh bagi balik." Sofea fokus pada skrin komputer ribanya.

"Boleh, tapi you kena pergi miting esok sebab bos nak you yang pergi." Zayyan memandang Sofea yang masih fokus.

"Boleh. Hari ni I masuk lambat sikit sebab lepas lunch nanti, I ada hal sikit. Apa-apa, call je I." Jari yang sibuk menaip terhenti dan pandangan dialihkan kepada Zayyan.

Zayyan mengangguk faham.


SELESAI mengunci kereta, kakinya memasuki lobi.

"Arin Sofea, appointment at 2.00 p.m."

Jari wanita itu menekan papan kekunci sebelum menyerahkan kad akses berwarna hitam kepadanya. Sofea berterima kasih seraya tersenyum. Dia memasuki perut lif dan menekan punat.

Sewaktu pintu lif terbuka, seseorang sudah siap menunggu dan dia dibawa ke sebuah bilik yang kelihatan eksklusif. Dia dihidangkan segelas air oren. Tas tangan diletakkan ke sisi. Seorang wanita masuk dan menghulurkan beberapa keping kertas bersama sebatang pen.

"Cik Sofea kena isi borang ni dulu," kata wanita itu sebelum beredar, meninggalkan Sofea seorang diri.

Dia mengisi borang dengan berhati-hati. Terdapat bermacam-macam jenis soalan sehinggakan Sofea mengambil masa yang agak lama untuk menjawab.

"Selamat datang, Cik Sofea," sapa Natalia yang berdiri di muka pintu.

Sofea tersenyum.

Natalia duduk di hadapan Sofea dan mengambil helaian kertas yang diisi Sofea tadi. Dia membaca setiap helaian sebelum meletaknya kembali di atas meja.

"Terima kasih sebab sudi guna khidmat kami," kata Natalia lagi.

Dia membuka kembali lembaran kertas dan disua kepada Sofea semula.

"Cik Sofea kena isi bahagian ni juga," kata Natalia, merujuk pada bahagian ciri-ciri yang diidamkan Sofea.

Sofea menolak kertas itu kembali kepada Natalia. Natalia mengerutkan dahi.

"I dah ada pilihan," kata Sofea tanpa berselindung.

"Maaf, Cik Sofea. Tapi, ni tak ada dalam kontrak kita." Natalia mula risau kerana kebiasaannya, klien akan menyenaraikan ciri-ciri pasangan yang diimpikan dan pihaknya akan mencari pasangan yang menepati ciri-ciri tersebut.

"Jangan risau, I bayar." Sofea tersenyum tipis.

"Boleh saya tahu siapa?" Natalia tertanya-tanya.

Sofea menunjuk ke sebuah majalah perniagaan yang tersusun di atas meja.

Terbuntang mata Natalia melihatnya. "Tengku Adam Harriz?"

Sofea mengangguk.

"Perkara ni bukan mudah macam yang Cik Sofea bayangkan," kata Natalia, jujur.

"I tak nak tahu. Tu kerja you. Kalau senang, I takkan guna khidmat you," balas Sofea, kedengaran angkuh.

Kalau senang untuk dapatkan jejaka bernama Adam Harriz, sudah tentu Sofea tidak akan berada di sini sekarang.

"I dah ambil cuti. Minggu depan kita mula." Sofea mengeluarkan arahan.

Natalia yang mendengarnya, terkejut. Dia perlukan masa untuk meneliti sasarannya sebelum merancang sesuatu.

"Kami kena ikut prosedur, Cik Sofea." Natalia memandang Sofea.

"I tak nak ambil tahu semua tu," kata Sofea, tegas.

Dia bangun dan mencapai tas tangan yang berada di sisi.

"Nanti you e-melkan bil. Terima kasih, Cik Natalia," tambah Sofea sebelum berpamitan.

Natalia memandang sepi susuk tubuh Sofea yang mulai hilang daripada pandangan.


SOFEA yang baru tiba di pejabat terus menyusun beberapa fail yang berada di atas meja dan dibawa ke bilik mesyuarat. Mesyuarat yang sepatutnya diadakan esok hari tiba-tiba saja dipindah ke hari ini.

Sofea duduk di samping Zayyan, diikuti staf yang lain. Dia melihat jam tangan.

"You pergi mana tadi?" Zayyan memandang Sofea.

"I pergi cari jodoh kejap," bisik Sofea perlahan.

"I ada," balas Zayyan, turut berbisik.

Sofea tertawa kecil sebelum terdengar suara seseorang berdehem. Dia mengangkat wajah. Air mukanya terus berubah. Dia terus memalingkan wajah, memandang ke arah lain.

"Kenalkan, ni Encik Ayden. Klien kita untuk projek di Subang nanti." Majikan Sofea yang berada di kerusi utama memperkenalkan lelaki itu dan beberapa orang di belakangnya.

"Nice to meet you, Encik Ayden. I'm Zayyan." Zayyan menghulurkan tangan.

Ayden menyambut huluran itu sambil mengangguk. Tangannya disua pula kepada Sofea yang diam membisu dari tadi.

"I've met a few people before this, but I would like to get to know the people I will be working with... more closely." Mata Ayden masih melekat kepada Sofea.

"Arin Sofea, but you can call me Miss Sofea. Such an honour to work with someone like you," balas Sofea dengan mimik wajah plastik.

Dia berjabat tangan dengan Ayden. Ayden menggenggam erat tangan Sofea sehinggakan Sofea mengerutkan dahi. Zayyan yang melihatnya terus berdehem. Tertanya-tanya jika mereka saling mengenali.

Ayden tersedar, terus melepaskan tangan Sofea dan menarik sebuah kerusi. Dia duduk berhadapan dengan Sofea. Matanya langsung tidak berganjak daripada Sofea.

Sofea yang perasan pada padangan Ayden langsung tidak menghiraukannya. Siapa sangka, Ayden adalah klien untuk projek seterusnya. Dia boleh saja menolak atau menyerahkan projek itu kepada orang lain, tapi buat masa ini tidak boleh kerana Zayyan sudah memegang beberapa projek, termasuk RH Agency.

Dia pasti Ayden akan menggunakan bermacam-macam jenis agenda untuk mengenakannya nanti. Tak cukup perasaan aku, sekarang kau nak musnahkan kerjaya aku pula? omel Sofea dalam hati.

TERLANJUR MILIKMUWhere stories live. Discover now