BAB 1

264 10 0
                                    

"GOOD evening. May I help you, miss?" sapa receptionist yang berada di kaunter dengan ramah sekali.

"Hi. I'm Arin Sofea from Skyline Constructions. I have an appointment at 2PM," jawab Sofea sambil melihat jam tangan. 1.45 petang.

Wanita tadi mengangguk dan mula mengetik papan kekunci, kemudian membuat panggilan.

Sambil menunggu, Sofea melihat sekeliling lobi. Terdapat air pancur dan ruangan itu turut dihiasi beberapa lukisan mewah yang digantung pada dinding. Tidak dapat disangkal lagi yang kliennya kali ini mempunyai cita rasa berkelas tinggi.

"Cik Arin Sofea, pegawai kami akan eskot cik naik ke atas," kata wanita tersebut.

Sofea melihat dua orang lelaki yang sudah berdiri di hadapannya. Dia mengerutkan dahi. Mengapa mereka perlu menghantarnya ke atas sedangkan dia tidak akan sesat?

"Jangan risau, semua ni cuma prosedur," tambah wanita itu sambil tersenyum.

Sofea membalas dan menuju ke lif kurung. Sekuriti yang berada di hadapannya menyentuh kad berwarna hitam pada pintu lif. Sampai sahaja di atas, sekali lagi dia menyentuh kad pada beberapa pintu dan akhirnya Sofea tiba di satu ruangan yang luas.

"Cik Arin Sofea?" sapa seorang wanita berbaju coklat.

"Ya," jawab Sofea pendek.

"Cik Arin boleh duduk dulu. Cik Natalia tengah miting sekarang," katanya sambil meletak segelas air di atas meja kopi di hadapan Sofea.

"Terima kasih." Sofea mengangguk seraya duduk di kerusi.


SETELAH satu jam setengah berbincang bersama Natalia, Sofea merasakan kerjanya akan menjadi lebih rumit selepas ini.

"Thank you for coming, Miss Sofea. I hope this project will be finished on time." Natalia menghulurkan tangan.

"We will do our best and thank you for choosing our company, Miss Natalia." Sofea mengemas fail dan bersiap sedia untuk keluar.

"Ni kad saya. Kalau Cik Sofea berminat nak gunakan khidmat kami, boleh bagi tahu saya." Natalia menghulur sekeping kad.

Sofea mengerutkan dahi sambil meneliti kad tersebut. "Rasanya tak kut."

Sofea memaksa bibirnya menghadiahkan senyuman. Tas tangan disangkut ke bahu dan fail-fail dikepit, mahu keluar. Namun, sekali lagi namanya dipanggil.

"Bukan semua orang boleh gunakan khidmat kami dan kalau Cik Sofea berminat, saya akan letak nama Cik Sofea dalam list VIP kami," kata Natalia lagi, sambil tersenyum manis.

Sofea membalas senyuman itu sebelum menutup pintu kaca, dia berjalan keluar sambil menggeleng beberapa kali. Gila ke?

Sampai sahaja di dalam kereta, kad yang diterima tadi dicampak masuk ke dalam tas tangan. Dia menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan bangunan RH Agency.

Sewaktu berada di lampu merah, Sofea terdengar deringan telefon bimbitnya. Butang pembesar suara ditekan.

"Kau kat mana? Aku dah oder ni," soal Farah.

"Lagi 10 minit aku sampai." Sofea melihat jam di pergelangan tangan.

"Okey."

Talian dimatikan.

TERLANJUR MILIKMUWhere stories live. Discover now