𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟑𝟔

231 11 3
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     BEBERAPA berapa bulan selepas MSSD dan MSSM kini percubaan SPM pula menjadi target Iris.

Jam menunjukkan hampir tiga pagi tetapi gadis itu sibuk mengulangkaji mata pelajaran fizik memandang cikgunya berhasrat untuk melakukan percubaan eksperimen esok hari.

"Iris," seru Yassin tatkala kepala gadis itu sudah sedari tadi terlentok. Terus tegak badan gadis itu.

"Kalau ngantuk jangan paksa diri. Ni tengah ngantuk mana otak nak tangkap apa yang Iris belajar?" omelnya sambil mengemas hightlight pen milik Iris.

"Tapi esok fizik, bang. Cikgu itu garang tau! Iris kena hafal step eksperimen dan pastikan menjadi."

Yassin menghelakan nafasnya dan menggeleng.

"Iris nak bangun sendiri atau abang dukung bawa pergi bilik? Nanti lain yang jadi. Pilih, dalam kiraan tiga." ancamnya membuatkan Iris serta-merta kalut.

"Satu!" kiraan pertama bermula. Bersamaan dengan itu Iris bergerak sepantas kilat.

"Du-"

"Kejap abang kejap! Iris nak susun buku-buku ni!" tahannya dengan menutup mulut Yassin menggunakan tangan daripada menyebut nombor atau mengeluarkan sebarang suara.

"Masin Iris, tangan Iris itu." sempat dia memberikan komen. Berniat hanya bergurau ingin mengenakan gadis itu.

"Ih! Abang diam."

"Tig-"

"Okey done!" cepat dia memotong. Kedua belah tangan pula diangkat ke atas dan memandang suaminya.

"Fuh... Selamat." Iris bernafas lega.

Kerana setidak-tidaknya dia terselamat malam ini daripada kandang biawak jadian ini, Yassin.

"Dah, masuk bilik." perintahnya dengan tegas. Maka dengan segera Iris bertindak.

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     "YA Allah... Iris Rayhana! Bangun nanti lambat kita subuh." gesa Yassin tatkala isterinya itu masih berbalut di dalam selimut.

Padah beria sangat tidur lewat maka itulah yang terjadi.

"Abang... Ngantuk..." rengeknya.

Yassin menggelengkan kepalanya gaya mak-mak. Kemudian selimut yang terbalut pada isterinya terus ditarik.

Terus silau mata Iris dek selimut yang menutup satu badannya ditarik. Sudahlah lampu betul-betul terpacak di atas kepala.

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now