𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟑𝟕

292 22 4
                                    

"𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐"
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

"𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆"
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


IRIS memandang susuk Yassin dan juga Syaza yang sedang berbincang serius di sudut koridor yang berdekatan dengan bilik kaunseling.

Manakala gadis itu pula berada di blok bersebelahan dengan blok bilik kaunseling di tingkat atas.

"Syaza. Bukan saya tak nak bagi awak jumpa dia tapi this is not the time!" ujar Yassin dengan serius.

"Not the time apa Firhan?! Saya ada hak." balas Syaza pula. Jelas nadanya marah dan geram.

Yassin terdiam.

"Awak pilih. You tell me the truth now or saya akan bagitahu Iris semua tentang kita dan apa yang terjadi tiga tahun lepas?" ancamnya.

"Saya yakin awak tak cerita semua lagi dekat dia." tambahnya lagi ingin memberi tekanan pada Yassin.

Lelaki itu meraup rambutnya kebelakang dengan kasar. Keluhan juga dilepaskan.

"Fine! I'll tell you."

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

RAUT wajah muram Iris dipandang oleh Farhana dengan pelik tatkala gadis itu tidak merespon ceritanya.

"Ray," panggil Farhana lalu terus buram lamunan gadis itu.

"Kau kenapa ni?" soal Farhana dengan prihatin.

"Huh? Tak ada apa cuma aku terfikir." luahnya hanya sebatas itu.

Farhana menegakkan tubuhnya menghadap Iris.

"Bagitahu aku, apa yang kau fikirkan." arahnya.

Iris mengeluh perlahan sebelum dia memulakan sesi luahannya.

"Lelaki suka berahsia ke?" soalnya dengan pantas sambil memegang kedua belah bahu sahabatnya itu.

Farhana mengetuk dagunya sambil berfikir.

"Tentang itu.... Hm.. Aku rasa iya,"

"Sebabnya berdasarkan apa yang aku perhatikan, lelaki ini kurang sikit nak bercerita pasal isi hati dia orang. Ada juga yang tak tahu nak bercerita macam mana." jawabnya.

"Berdasarkan pernyataan Far, agak-agak abang dalam kategori yang mana eh?" monolog Iris di dalam hati.

Selepas dia terlihat dua susuk di sudut koridor pagi tadi, otak dan juga hatinya tidak pernah berhenti sekalipun melakukan kerja mereka.

Fikiran yang tiada henti dan juga rasa tertanya-tanya dan risau yang kerap menyelubungi.

Bagi Iris, sudah tentu perkara yang dibincangkan oleh kedua orang itu tadi adalah sesuatu yang penting jika dilihat dari riak muka masing-masing.

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now