𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟑𝟏

153 11 0
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     SERAM sejuk aura yang dapat Farhana rasakan dikala dia berdiri bersebelah dengan Iris yang menikam tepat matanya ke arah Yassin.

Wajah jejaka itu pun sudah kelihatan ketara cuaknya saat sang isteri melihat dia bersama dengan bekas orang yang dicintainya. Atau tepatnya bekas kekasih.

Tangan Farhana perlahan menyentuh bahu sahabatnya itu dengan lembut sebelum berkata.

"Ray... Sabar Ray... Diorang tak duduk berdua dalam ni." nasihat si sahabat.

Kemudian Iris menghelakan nafasnya perlahan. Dia tersedar bahawa dirinya bertindak tidak matang kerana hal sepele ini.

Padahal hubungan Yassin dan juga Syaza hanyalah sebatas rakan sekerja. Jadi wajarlah jikalau mereka bersama.

Tetapi hatinya diserang rasa cemburu. Dan dalam masa yang sama, kejadian cemburu butanya pada Mikhael dulu terulang kembali diaman hal itu yang menyebabkan hubungan yang terjalin putus.

"Aku okey." sahutnya berseta dengan senyuman tipis kemudian mengambil tempat duduk.

Syaza yang peka dengan sekelilingnya terasa kekok. Dia tidak patut sedekat ini dengan suami orang. Apatah lagi sang isteri ada disini.

Ya, Syaza memang sudah tahu dari awal hubungan antara Yassin dan juga Iris kerana jejaka itu sudahpun menjelaskan status dan juga siapa sang isteri.

Tapi di dalam masa yang sama juga, lelaki itu memohon agar merahsiakan perkara ini daripada sesiapa.

"Erk... FIr, saya pergi dulu ya?" pamitnya kemudian mendapat anggukkan daripada Yassin.

Maka kelas pun dimulai. Sedikitpun Iris tidak mahu memandang terus ke mata Yassin dek kerana sisa sakit hati yang masih ada. Lelaki itupun sepertinya terlihat kurang fokus dalam mengajar.

"Iris." panggil Yassin membuatkan Iris menoleh ke arahnya.

"Ya, sir?" jawabnya dengan mendatar.

"Lepas kelas jumpa saya sekejap saya ada benda nak sentuh pasal kerja khusus awak. Dan Haziq awak beritahu pada cikgu seterusnya nanti dan maklumkan keberadaan Iris dimana." ujarnya lalu terus mendapat anggukkan dari keduanya.

Iris melepaskan keluhan. Jika diikutkan hati, dia tidak mahu berbicara dahulu dengan lelaki itu. Tetapi apa boleh buat? Dia ada di kelas selaku murid dan lelaki itu gurunya sekarang.

Jadi sudah tentulah dia harus mendengar arahan gurunya itu.

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

    "ABANG kenapa nak jumpa Iris ni? Orang ada kelas lah." soalnya dengan suara yang mendatar.

"Sini dekat sikit." arah Yassin supaya gadis itu berdiri lebih dekat dengannya.

Iris tidak membantah. Sebaliknya dia hanya mengikut arahan daripadanya lelaki itu. Dia berdiri tepat di hadapan jejaka itu.

"Kenapa muka ni masam hm?" soalnya lelaki itu dengan lembut. Pandangan matanya juga redup. Tangan pula dibawa untuk menangkup pipi sang isteri.

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now