𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟑𝟖

144 16 3
                                    

"𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐"
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

"𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆"
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


IRIS mengerutkan dahinya tatkala terasa seperti ada yang membelai rambutnya. Perlahan dia mulai tersedar dan membuka mata indahnya itu.

Siapa lagi jikalau bukan susuk Yassin yang membelai rambutnya itu?

"Morning princ-"

"Shut! I'm not your princess!" cegah Iris daripada Yassin menyebut perkataan itu.

Alis lelaki itu naik sebelah.

"Oh, then? My queen?"

Iris menolak selimut yang menyelimutinya. Kemudian dia bangun dan bersandar pada katil.

"Sejak bila abang jadi cringe ni?" soalnya tanpa basa-basi.

Padahal semalam bukan main sampai campak orang ke atas katil.

"Sejak Iris dah ambil hati abanglah." jawabnya selamba.

Iris tayang poker face hingga membuatkan Yassin menahan gelaknya.

"Sudahlah, jom bangun solat." ajak Yassin. Sebelah tangannya dihulur tanda menyuruh isterinya itu menyambut.

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

SAMBIL berdiri di atas kerusi kecil, Iris memasang tali leher suaminya itu. Manakala Yassin pula dari tadi tidak lepas memandang wajah isterinya.

Jadi binggung lelaki itu memikirkan bagaimana harus dia memberitahu Iris tentang cerita keseluruhan dia dan juga Syaza.

"Oh! Abang," panggil Iris seakan dia sudah teringat akan sesuatu.

"Abang kata ada benda abang nak bincang dengan Iris semalam."

"Em, abang rasa kita dah lewat-"

"Abang... Jangan nak tukar topik!" Iris berkata sambil menahan tubuh Yassin yang ingin bergerak pergi.

Yassin mengeluh perlahan.

"Abang fikir nak memohon pindah mengajar dekat sekolah lain." luahnya dengan serius.

Tetapi Iris tampaknya tidak percaya dengan apa yang barusan Yassin katakan. Gadis itu menjadi diam kemudiannya dia menekur ke lantai sambil berfikir sejenak.

"Kenapa abang nak pindah mengajar sekolah lain? Mesti ada sebabnya kan?" soalnya.

Tanpa sempat lelaki itu mengeluarkan sebarang patah perkataan mahu menjawab persoalan itu, Iris sudah memotong dengan laju.

"Ke... Sebab Teacher Syaza? Huh?" Iris curiga hingga membuatkan jejaka itu sekali lagi terdiam.

Dapat dirasakan kesabaran Iris semakin menipis tatkala dia bercekak pinggang dengan kerutan dahinya dan bersedia ingin melemparkan soalan.

"Apa sebenarnya lagi kisah antara abang dengan Teacher Syaza itu? Sampai menganggu fikiran dan pekerjaan abang?"

"Abang, kalau abang terus simpan benda ni dalam hati. Macam mana Iris nak tolong abang untuk selesaikan masalah ni? Nak tunggu abang selesaikan?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now