𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟑𝟎

180 11 0
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     DAHI Iris bekerut seribu menghadap skrin laptop miliknya. Entah sudah masuk jam keberapa dia berkutat dengan laptopnya itu.

Dia hanya berhenti jam makan sahaja memandangkan dia akan sibuk dengan latihan MSSD semula yang bermula esok. Jadi dia tidak mahu menangguh kerjanya lagi.

Berat tanggungjawab bagi seorang atlet sekaligus calon SPM ini. Belum lagi termasuk jawatan lain seperti wakil kelas dan pengawas.

Yassin masuk ke dalam bilik kerjanya sambil membawa dua cangkir kopi yang baru sahaja dia buat. Senyuman tidak lekang memandang isterinya yang sibuk itu.

Dia mengambil tempat di hadapan Iris dan menyuakan kopi buatannya itu.

"Rest dulu mata tu. Dah berjam-jam menghadap laptop. Nanti rosak mata yang cantik tu." ucapnya dengan nada lembut.

Terus Iris berhenti. Dia regangkan ototnya yang pegal dan bersandar di kerusi. Cawan kopi yang ada di atas meja diambil lalu airnya disisip.

Sedap!

"Esok sambung buat kerja tu. Lagipun banyak lagi masa kan?" arahnya. Iris mengeleng dan menelan kopinya yang ada di mulut sebelum bersuara.

"Jadual padat." katanya lalu meletakkan kembali kopi di atas meja.

"Padat? Iris buat apa sampai padat?" soalnya dengan dahi yang sedikit berkerut.

Iris tidak membalasnya, sebaliknya dia menujukkan jadual yang telah dia buat untuk bulan ini.

"Iris latihan taekwando sampai pukul 11 malam?"

Iris angguk.

"Setiap hari?"

Sekali lagi mengangguk.

Melihat hanya anggukkan tanpa suara daripada Iris, membuatkan Yassin berdecak dan menegakkan duduknya dari sandaran kerusi.

"Iris bisu ke? Dah tak reti respon pakai suara?" bidasnya.

Iris angkat bahu sesaat. Yassin menggelengkan kepala.

"Keras kepala sungguh! Ego." umpatnya dalam hati.

Iris menahan senyumannya supaya tidak terlepas.

"Tahu pun rasa sakit hati kan? Habis yang abang buat dekat Iris berbulan-bulan dulu? Iris tak sakit hati? Tak kecil hati?" katanya dalam hati.

"Iris nak tidur. Esok kena bangun awal. Assalamualaikum." pamitnya kemudian bingkas bangun. Cawan kopi terus dbawa dan dicuci sebelum naik semula ke atas menuju bilik.

Yassin tinggal seorang diri. Sekali lagi kepalanya dia geleng.

"Waalaikumusalam." sahutnya.

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     SUBUH menjelang, Iris mencelikkan matanya tatkala alarm di iPhone miliknya berbunyi.

Baru sahaja dia mahu bangun dan mandi, dapat dia rasakan pergerakannya terbatas oleh kerana seseorang.

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now