𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟑𝟒

199 7 9
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     IRIS mengeluarkan kertas dan juga pen dari begnya. Kemudian ditulisnya sesuatu sebelum dia turun dari tempat duduk kerana acaranya akan bermula sebentar sahaja lagi.

Kertas digumpal kemudian dibaling tepat pada kepala si suami. Naik berkerut dahi si Yassin. Dia menoleh kebelakang dan terus melihat pandangan tajam daripada Iris.

Dia menunduk untuk mengambil kertas manakala Iris terus pergi ke lorong di mana dia akan membuat saringan larian untuk 400 meter sebentar nanti.

Otot diregangkan. Mata pula tidak lepas memandang si suami yang sedang membaca kertas yang ditulisnya tadi.

Abang fokus dekat orang lain selain Iris, bukan garisan penamat Iris kejar. Tapi ABANG Iris kejar.

Yassin menahan tawanya selepas membaca kertas tersebut. Tambah lagi tuan punya tulisan sedang memandangnya tajam.

"Comel aje dia kuat cemburu." getus Yassin dalam hati.

Haih... Nasib dekat luar. Kalau tidak aku gomol-gomol pipi dia tu!

Mendengar para pemain mula diperkenalkan, Iris fokus semula ke depan demi masuk ke acara final. Dia tekad ingin menyapu semua pingat acara larian pecut ini.

Alang-alang juga semangatnya membara kerana cemburu. Jadi dia ingin melepaskan emosinya. Sementara itu, jam di tangan ditetapkan supaya dia boleh tahu catatan masanya untuk layak ke MSSM.

"Di lorong keempat, Iris Rayhana dari SMK Akedemik Bangsa." nama Iris diperkenalkan. Bangga Yassin dibuatnya.

"Haih... Nasiblah tiada orang tahu aku kahwin, kalau tidak dah lama aku sorak nama dia. Tapi sekarang aku kena cover cool aku." ujar Yassin di dalam hati.

Menyempat laki ni nak covel cool!

Mula!

Larian bagi tempat pertama dimiliki oleh SMK Gilang Bangsa sebelum dipecut laju oleh Iris Rayhana hingga ke garisan penamat. Catatan masa dihentikan.

Sampai garisan penamat, Iris terduduk dek kepenatan yang dialami selepas sepenuh tenaga berlari demi merangkul gelaran.

Terasa tapak kaki seseorang menghampirinya. Iris mendongak dan benar saja si suami yang sedang menyalurkan air mineral yang dilihat.

"Goodjob sayang." katanya hanya didengari oleh mereka berdua.

Iris tersenyum lebar lalu kemudian dia bangun dan menuju ke sisi track larian.

"Tapi abang, catatan masa Iris tahun ni naik 2 saat dari tahun lepas." luahnya.

Yassin menggelengkan kepala.

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now