𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟑𝟗

453 10 2
                                    

"𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐"
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

"𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆"
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


YASSIN mengucup dahi isterinya dengan penuh kasih sayang sebelum gadis itu beredar pergi keluar daripada kereta.

Jejaka itu mengeluh.

"Macam itu aje reaksi dia selepas tahu apa yang jadi antara aku, Syaza dan Syazana? Dia tiada perasaan ke?" Yassin mempersoalkan reaksi Iris.

Kerana kebiasaannya, masalah kecil berkaitan dengan Syaza, pasti gadis itu akan cemburu.

Tanpa menunggu lama, Yassin segera memarkirkan HRV miliknya di tempat parkir khas guru.

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

IRIS berjalan melalui koridor dengan pandangan yang kosong. Apa yang dibicarakan oleh Farhana juga dia tidak hiraukan.

Fikirannya fokus pada cerita Yassin pagi tadi. Entah, kenapa dia tiba-tiba tertanya mengapa Yassin tidak menegakkan kebenaran dan dia terus bersetuju untuk menikah dengan Syazana.

Nak kata penentangan orang tua, perkahwinan mereka juga dirahsiakan sehingga kini.

"Iris Rayhana!" seru Farhana lalu serta-merta membuat fikiran Iris membuyar.

"Apa?" soal Iris dengan riaknya masih lagi binggung.

"Kau ni kan, suka buat aku pot pet seorang diri serupa orang gila." rajuk gadis itu dengan keningnya juga sudah berkerut seribu.

"Alah, mu ni nak merajuk pulak. Aku tengah fikir pasal amali kimia kita tadi." bohongnya kerana tidak mahu Farhana tahu.

"Ish, yelah. Aku pun berdebar buat eksperimen tadi, nasib tak gugur jantung aku." Farhana bersetuju.

Iris mengusap dadanya lega lalu mereka meneruskan perjalanan mereka menuju ke kelas.

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

SENYUMAN Iris tampak lebar tatkala melihat wajah tampan suaminya yang juga tersenyum ke arahnya sekilas.

Cair hati dibuat seorang Yassin.

"Tengah fokus mengajar murid dekat kelas pun ada masa perasan kita intai dia. Ih! Handsomenya suami aku!"

"Untung aku dapat peluk cium dia dekat rumah. Tak macam orang lain, mampu menengok aje. Tapi mestilah mampu menengok, Sir Firhan yang hot tu kan milik Iris Rayhana aje. Hihi!" celotehnya seorang diri di dalam hati.

[𝐂]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now