𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟗

171 11 3
                                    

"𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐"
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

"𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆"
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


IRIS memejamkan matanya dikala Yassin semakin mendekatkan jarak antara muka mereka.

Terasa deruan nafas hangat jejaka itu menyapu kulit mukanya. Jantung Iris terasa sangat berdebar.

Manakala Yassin pula tersenyum melihat reaksi Iris. Dia kemudiannya menjauhkan jarak mereka.

"Iris fikir apa tu?" soalnya saja seiringan dengan tawa yang hampir terlepas.

Terus Iris membuka matanya dan merapikan duduknya. Kekok!

"Hah? Tak ada apa." bohong.

Yassin tersenyum miring. Sudah bagaikan orang kena sampuk kerana terlalu banyak senyum harini. Sangat tidak biasa dalam diri seorang Yassin Firhan.

"Ni, muka abang tu bila nak elok?" Iris cuba untuk menukar topik supaya dia tidak salah tingkah lagi.

"Lagi sejam dua eloklah." sahutnya. Dia bergerak ke atas katil dan menepuk bantal. Hal itu membuatkan Iris pelik dengan tingkah Yassin.

Yassin yang peka pun mula bersuara.

"Memang kita tak deal untuk tidur dekat sini malam ni. Tapi sekarang dah lewat. Kepala abang pun pening sikit." jelasnya membuatkan Iris angguk kepala.

Setelah dia sedar dengan apa yang barusan Yassin katakan, cepat-cepat Iris merapati Yassin.

"Kepala abang pening?" risau nada suaranya.

Yassin hanya sekadar mengangguk kecil.

"Kejap Iris pergi minta dekat Mak Anum ubat." pamitnya lalu bingkas bangun.

Tetapi tangan Yassin lebih laju dan cepat menarik Iris hingga gadis itu tertindih dirinya.

Tapak tangan ditekap di dada bidang Yassin buat Iris gunakan untuk menahan dirinya.

"Tak payah." kata Yassin sambil memejamkan mata. Kerana matanya sudah memberat tanda bahwa dia akan tertidur.

Tubuh Iris yang lebih kecil dari dirinya Yassin tarik ke sisi dan bawa ke dalam pelukan hangatnya.

Upama bantal peluk seorang Iris Rayhana dalam pelukan jejaka itu.

"Abang?" Iris bersuara setelah beberapa minit dalam keheningan. Dia ingin memastikan bahawa Yassin benar-benar tertidur.

"Hm." sahut Yassin lembut.

"Tak ada apalah. Abang tidurlah."

Kemudian tiada sahutan daripada Yassin. Barangkali dia sudahpun tidur.

Iris membetulkan posisinya. Dia berbaring di dalam pelukan Yassin dan merenung wajah suaminya yang tertidur.

Ada kerutan pada dahi jejaka itu. Perlahan jari Iris menyentuh kerutan pada dahi suaminya itu. Dahinya kembali normal.

"Kesian abang, termakan bawang pun sampai nak terdemam." katanya dalam hati. Entah mahu rasa kesian ataupun lawak ketika ini.

Puas merenung wajah tenang lelaki itu setelah sekian lama tidak melakukan ritualnya itu Iris turut ikut tidur bersama.

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now