Silent Scream - Warkah Epilog

89 9 0
                                    

Aku semakin kosong. Aku buntu mencari penawar luka hati dan jiwa. Aku semakin tenggelam dalam kerja-kerjaku. Dan kosong itu masih tidak berisi. Apa yang harus aku buat?

Ah, aku tahu.
______________________________

Kepada ibu, bapa dan Ellissa...

Maafkan diriku seandainya keputusanku melulu buta. Terlalu mengikut perasaan. Tapi puas aku mencari penawar untuk mengisi kekosongan jiwaku yang seperti patung ini. Selepas Lilith terkorban, aku hilang arah. Tambahan lagi dengan usia kandungannya yang hampir mencecah 6 bulan. Aku semakin merana. Jiwaku semakin parah walaupun sudah 3 bulan lebih Lilith meninggal. Aku masih dapat melihat senyumannya. Mendengar jelas gelak tawanya dan suara nyanyiannya sewaktu mendodoikan anak-anak yatim yang masih setahun jagung.
Aku rindukan Lilith.

Ibuku... Bapaku... Aku berterima kasih kerana membenarkan aku bernafas di dunia ini. Aku memahami bahawasanya pangkat, harta dan nama begitu penting dalam golongan bangsawan kita. Kalian berjaya membentuk aku menjadi bangsawan sempurna. Tak ubah seperti gepetto. Syabas aku ucapkan. Selayaknya kalian menjadi ibu bapaku. Satu-satunya saat aku bersyukur adalah kalian menjadi punca aku dan Lilith bertemu. Kami bertengkar kerana satu peristiwa kemalangan kecil yang tidak disengajakan dan aku ialah bangsawan sempurna. Ingin aku bertanya, hanya sekadar menguji... Adakah kalian sedar aku sebenarnya digelar bangsawan marionette dan cendana ais oleh golongan bangsawan yang kalian banggakan? Kalian digelar gepetto? Sedar bahawa mereka sebenarnya berpura-pura menjadi sahabat tetapi sebenarnya menjadi api dalam sekam? Maruah keluarga kita menjadikan buah taruhan dalam permainan rahsia mereka dan bahan ketawa?

Elissa. Kau gadis yang baik. Jujur aku katakan seandainya aku tidak bertemu Lilith terlebih dahulu, aku akan menerima berita pertunangan kita dengan hati terbuka. Tetapi aku milik Lilith. Hidup dan mati. Disaat kau tahu akan kematian isteri kesayanganku, kau tidak melatah. Malahan cuba bertenang dan mengawal keadaan. Kau cuba menaikkan semangatku tetapi semangat aku telah mati bersama-sama Lilith. Elissa, maafkan aku sekiranya aku melukai hati perawanmu. Mungkin kau ikhlas mencintaiku dan menyayangi aku namun maafkan aku kerana terpaksa menolak perasaanmu. Aku lebih mencintai Lilith dan menyayangi bakal anakku, Rose. Ellissa, dengan ini aku memutuskan tali pertunangan kita. Kau gadis yang baik. Tidak wajar aku mengherat kau ke dalam masalah-masalah yang pasti akan timbul nanti. Kebebasanmu akan tersekat sekiranya kita masih bertunang. Kau layak mendapat pasangan yang lebih baik dari aku.

Sebelum aku mengakhiri warkah ini, aku ingin meminta satu pertolongan kecil darimu Elissa. Tolong semadikan aku bersebelahan kubur Lilith. Aku tak sanggup berpisah dengan dia walaupun kematian menjemput dia dahulu. Sehingga ajal memisahkan kita menjadi lafaz kami. Tapi ajal tak mampu pisahkan kami dengan lama. Aku akan menyusul Lilith.

Selamat tinggal.

Macchio Raoul Durandal.

Silent Scream - Warkah EpilogWhere stories live. Discover now