1 ❤️

5 0 0
                                    

Di sudut kafe universiti yang biasanya riuh dengan gelak ketawa pelajar, Yeonjun duduk bersama beberapa kawan baiknya. Mereka sedang berbual-bual santai, bergurau dan berkongsi cerita tentang kehidupan kampus yang tidak pernah sunyi.

"Eh, korang tahu tak? Minggu lepas aku nampak Beomgyu dekat perpustakaan. Budak tu nampak pendiam, kan? Tapi comel juga," kata Taehyun sambil tersenyum nakal.

Yeonjun yang sedang menghirup kopinya, mengangkat kening. "Beomgyu? Budak yang pendiam tu?He is not my ideal type la," jawab Yeonjun dengan santai. Dia melirik pada kawan-kawannya yang lain, cuba menghidupkan perbualan dengan jenaka.

"Betul ke? Aku rasa dia okey je. Muka dia ada manis-manis gitu," tambah Kai, sambil tersenyum sambil merenung jauh.

Namun, Yeonjun hanya mengangkat bahu. "Dia nampak macam jenis yang membosankan. Aku suka orang yang ada semangat sikit, yang boleh cabar aku."

Perbualan mereka berterusan, dan tak ada seorang pun yang menyedari bahawa di sebalik dinding kaca yang memisahkan bahagian dalam kafe dengan taman di luar, Beomgyu sedang berdiri kaku. Dia kebetulan lalu di situ, tetapi apabila terdengar namanya disebut, dia berhenti. Hatinya tiba-tiba menjadi berat, seperti ada sesuatu yang menekan dada. Beomgyu tak sangka Yeonjun akan bercakap seperti itu tentangnya. Walaupun dia selalu diam, Beomgyu sudah lama menyimpan perasaan terhadap Yeonjun, tetapi kini kata-kata itu seperti pisau yang menikam perasaannya.

Beomgyu segera berundur, memastikan langkahnya tidak menarik perhatian sesiapa. Dia tahu dia perlu menjauhkan diri, perlu melupakan perasaannya. Baginya, tidak ada gunanya berharap pada seseorang yang langsung tidak menghargainya.

Sementara itu, Yeonjun dan rakan-rakannya terus berbual tanpa mengetahui kesan dari kata-kata yang terucap tadi. Bagi Yeonjun, perbualan itu hanyalah satu lelucon, sesuatu yang tidak begitu penting. Dia tidak sedar bahawa perbualan biasa itu telah meruntuhkan hati seseorang yang selama ini diam-diam menyukainya.

Namun, tanpa Yeonjun sedari, kata-katanya akan mengubah segalanya. Perasaan yang dia sendiri tidak pernah terfikir akan mula tumbuh dalam hatinya—dan ia akan menjadi lebih kompleks daripada yang dia bayangkan.

Beyond First Impression || YeongyuWhere stories live. Discover now