🧡 🧡 🧡
First kembali meletakkan laporan kesihatan pesakit yang dia tangani di atas kaunter didalam wad kecemasan tersebut, matanya memandang ke arah Earth yang baru sahaja keluar dari salah satu katil yang tertutup tirai biru sekelilingnya. Keningnya terangkat memandang si pakar saraf itu, Earth yang dilemparkan dengan pandangan begitu, geleng kepala perlahan.
First senyum nipis, bahu doktor saraf tersebut ditepuk perlahan. "Phi dah lakukan yang terbaik." Ucapnya perlahan, memberi sedikit kekuataan pada doktor yang lebih tua 4 tahun darinya itu. Earth sekadar membalas dengan senyuman seadanya, selain menyelamatkan nyawa, selalu harus bersedia dengan kehilangan nyawa juga sama penatnya untuk para doktor sepertinya harus hadapi.
"Coffee? Bills on me?" First menawarkan pada Earth, dimana dibalas anggukan oleh pakar saraf tersebut, memang waktu begini hanya secawan kopi sahaja yang mampu membuatkan dia kembali waras.
"Khaotung macamana?" Earth menoleh ke arah First yang bertanya. Earth melirik sekilas ke arah jam yang melingkari tangannya. "Dia dah discharged dua hari lepas, rasanya dia dapat mc seminggu." Anggukan diberi oleh pakar tulang tersebut. Earth memandang First.
"Kau tak ada melawat dia?" Mendengar pertanyaan tersebut First geleng kepala. "Tak sempat, sehari lepas dia kena tahan wad tu aku ada seminar dekat Medpark 4 hari, 2 hari lepas pula aku ada 2 jadual pembedahan 1 emergency case, P'Force kan tak ada." Earth angguk kepala tanda faham, ya alasan yang munasabah.
Lagipun, selain kekurangan pakar saraf di hospital ini, pakar tulang juga sama, hanya ada 3 pakar tulang sahaja di hospital ini, Force yang sudah 3 tahun pengalaman, First yang baru masuk setahun dan satu-satunya pakar tulang perempuan, Namtan yang sudah 2 tahun menyandang sebagai pakar tulang.
"Dia ok ke?" First dan Earth beratur menunggu giliran untuk mereka memesan. "Ok. Katanya dia terlampau penat tu yang tumbang tu." Jawab Earth seadanya, itu pun dia jawab atas apa yang Book dan Dunk bagitahunya.
--
Phuwin memicit pangkal hidungnya perlahan, kepalanya terasa sakit. Patutkah dia jumpa pakar saraf untuk check up? Manalah tahu tiba-tiba dia ada tumor, kerana kepalanya yang sering sakit. Pintu biliknya terbuka, terlihat Dunk masuk dengan senyuman menghiasi wajah si lelaki Natachai tersebut. Phuwin kembali membetulkan duduknya yang tadi menyandar lesu.
"Ni, bekal dari p'Khao. Dia masak sendiri tau, jadi kau kena habiskan." Phuwin melihat bento yang baru sahaja Dunk letakkan didepannya dengan pandangan berpinar, macam tahu sahaja yang perutnya memang sedang lapar, Phuwin tidak sempat sarapan pagi tadi.
"Atas alasan apa?" Phuwin buka satu persatu penutup bento tersebut. "Tanda terima kasih sebab rawat dia dan permintaan maaf juga, sebab selalu buat kau pening selama rawat dia." Phuwin mengeluh perlahan."Cuba kau bawak jawapan yang lebih menarik. Contohnya, dia setuju untuk buat pemindahan tulang sumsum ke." Jawab Phuwin sambil lewa, sesungguhnya ayat itu yang sangat amat dia perlukan sekarang, agar Khaotung boleh menjalani kehidupannya seperti sedia kala kembali.
Dunk gigit bibir perlahan. "Huum, ya." Phuwin angkat kening memandang Dunk. "Apa yang ya?" Dunk mengeluh. "P'Khao setuju, jadi jawapannya ialah ya. Nanti dia dah masuk kerja dia jumpa kau untuk bincangkan hal selanjutnya."
Damn. Fikir Phuwin. Jika boleh Phuwin mahu menjerit sambil melompat, akhirnya. Setelah hampir sebulan lamanya, dia berfikir bagaimana mahu buatkan pakar saraf tersebut setuju untuk menjalani pemindahan tulang sumsum tersebut, dengan melibatkan keluarganya. Ouh ya, keluarga.
"Macamana dia boleh setuju?" Phuwin pandang Dunk yang sedang minum air didepannya. "Mama p'Khao bebel dekat dia 2 jam tanpa henti dan akhirnya, dia pun mengalah. Mungkin mama dia yang akan jadi penderma, tapi kena tengok result juga la kan?" Phuwin angkat kening.
![](https://img.wattpad.com/cover/369689205-288-k394746.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
PULSE OF LIFE || FIRSTKHAO ✔️
FanfictionSetelah belasan tahun berlalu, akhirnya dia kembali bertemu dengan pemilik hatinya yang hilang separuhnya. Namun akankah perjalanan cinta mereka ini seindah takdir kerjaya mereka? Akankah jalan cinta mereka semulus air sungai yang mengalir? ⚠️⚠️ ⚠️...