18 - A SECRET

25 6 0
                                    

🧡 🧡 🧡

Keadaan di meja makan tersebut, terasa canggung walaupun ada empat kepala di sana. First dan Mix yang tidak jadi mahu makan hotpot membuat keputusan untuk makan disebuah restoran steak yang baru sahaja buka tidak jauh dari hospital tempat mereka berkerja.
Tapi siapa sangka, mereka bertemu dengan Khaotung dan Earth yang sedang makan disana dan hasilnya, disinilah Mix dan First duduk semeja dengan Earth dan Khaotung atas pelawaan Earth sendiri.

"Lepasni korang berdua nak pergi mana?" Earth bersuara, mengeluarkan mereka berempat dari suasana canggung tersebut. "Balik, kiteorang berdua ingat nak dinner je tak ada fikir nak pergi mana-mana." Jawab Mix seadanya.

Earth yang mendengarkan hal tersebut angguk kepala tanda faham. Suasana kembali diam, mereka berempat kembali fokus dengan makanan didepan mereka, nak lagi Khaotung dan Earth yang sedang dikejar masa.

First yang duduk berdepan dengan Khaotung melirik pemuda tersebut sekilas, lalu memandang kearah Earth yang sedang meletakkan sesuatu di pinggan Khaotung. Mix yang berada disebelahnya turut sama memerhati kedua doktor didepannya, lalu hembusan nafas perlahan dihela.

"Korang berdua nampak macam ada sesuatu." Lama berdiam, Mix membuka suara dengan nada nakal, memandang Khaotung dan Earth dengan senyuman nakal menghiasi wajahnya tampannya.

Earth angkat kepala memandang Mix yang berada didepannya, lalu tergelak perlahan. "Semogalah ya." Ujarnya dengan nada gurau. Mix tarik senyum sinis sambil memandang Khaotung nakal. Lain pula dengan reaksi First yang duduk disebelahnya, pemuda Kanaphan tersebut nampak tidak selesa.

Khaotung berdehem perlahan. "Tak ada apalah. Aku dengan doktor Earth kawan sekerja je, macam kita semua. No more no less." Jawab Khaotung tegas, tidak mahu menimbulkan salah paham yang lebih parah lagi. Tanpa sedar First tersenyum nipis mendengar kata-kata Khaotung tersebut.

Mix jeling kearah Earth, usai Khaotung berkata begitu, air muka pakar saraf tersebut terlihat biasa sahaja, tidak ada garut kecewa atau apa. Mix mula meneka-neka apa mungkin dia sahaja yang terlalu jauh berfikir?

--

Earth bangun dari duduknya, jam dilirik sekilas hampir pukul 8.30 pagi. Meja disebelahnya yang kosong dilirik sekilas, entah ke mana menghilangnya si lelaki Thanawat tersebut tidak pula Earth ingin ambil tahu. Barangan di atas meja dia susun rapi, hari ini dia off day.

Kaki panjangnya dibawa melangkah ke arah pintu, isi kepalanya sekarang hanya terfikir katil yang empuk untuk dia rehatkan badannya yang terasa penat. Namun, belum sempat pemuda Pirapat itu menolak pintu, pintu sudah terbuka dari luar. Khaotung si pelaku, tersentak melihat Earth berdiri disebalik pintu.

"Ouh, doktor nak balik?" Khaotung masuk ke dalam setelah Earth sedikit beralih memberi ruang pada Khaotung. Mendengar pertanyaan tersebut, Earth angguk kepala beberapa kali. "Kalau ada apa-apa awak call jelah saya ya, manalah tahu ada emergency ke. Awak tak cutikan?"

Khaotung yang tengah meletakkan sesuatu diatas meja angguk kepala perlahan. "Harapnya tiada apa-apalah hari ini." Ujarnya perlahan. Earth berdehem perlahan. "Macamtu saya minta diri dulu, selamat bekerja doktor Thanawat." Kekehan kecil terdengar diakhir ayat, dimana dibalas dengan dengusan halus dari Khaotung.

--

First memandang pintu didepannya lalu beralih kearah tangannya yang sedang memegang sebuah paperbag, keluhan kecil terdengar dari bilah bibirnya. Kakinya melangkah ke belakang beberapa langkah, patutkah dia kembali ke bilik atau tetap masuk ke dalam bilik didepannya ini, untuk menemui seseorang?

PULSE OF LIFE || FIRSTKHAO ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang