🧡 🧡 🧡
10 July 2014
Bangkok UniversitiFirst yang sedang beratur menunggu giliran untuk mendaftar, menyemak setiap helaian borang-borang yang berada di dalam failnya, untuk sekian kalinya. Bak kata mamanya, periksa banyak kali tidak mengapa daripada dimarahi kerana ada kesilapan.
Tepat pada borang kelima yang berada didalam fail tersebut, First meringis perlahan, ternyata ada yang dia terlepas pandang, nasib baik dia lihat sekarang jika tidak, pasti dia akan dibebel oleh penyelia nanti. First meraba-raba saku baju kemejanya mencari sebatang pen namun tiada, turut meraih saku beg juga seluar slack'nya namun kehadiran pen tidak dapat dikesan.
"Alahai, masa terdesak macamni lah semua benda nak hilang, mana pulak perginya pen ni." Sungut First geram, masih memungah begnya mencari pen. Mungkin kerana suaranya yang agak kuat, lelaki yang sedang berdiri didepan First menoleh ke belakang memandang kearah First. First yang perasan meringis perlahan lalu meminta maaf kerana kekacauan yang dia timbulkan.
"Nah, pakailah pen saya ni, daripada awak kena marah nanti." Si lelaki tersebut menghulur sebatang pen hitam kepadanya, tidak lupa sebuah senyuman manis diberi. First yang tidak menunggu lama terus mengambil pen tersebut lalu mengisi bahagian-bahagian maklumat yang dia terlepas pandang.
Usai dia dah yakin segala maklumat sudah lengkap tanpa ada sebarang yang tertinggal, First kembali ke tempat dia beratur tadi. Namun si pemilik pen sudah tiada di sana, mungkin dia sudah selesai dengan urusannya. First memandang kearah pen yang berada ditangannya, ada tulisan kecil terukir di badan pen tersebut.
"Thanawat." Baca First perlahan, lalu dia tersenyum. Pen tersebut dia simpan didalam pocket kemejanya, dengan harapan akan ada keajaiban yang berlaku, membuatkan dia bertemu kembali dengan si pemilik pen, selama minggu orientasi nanti.
--
Mix menghulur sebatang pen kepada kawan karibnya, apabila si lelaki Thanawat tersebut meminta sebatang pen padanya. "Mana pergi pen kau?" Tanya Mix apabila pennya disambut baik oleh Khaotung. "Tadi masa daftar ada pelajar tu dia tak bawak pen, kesian aku bagilah pinjam. Tapi tak sempat nak ambil balik sebab dah giliran aku." Jawabnya.
Mix geleng kepala, nasib baik dia bawak pen lebih. Pelajar semester baru sekarang dikumpulkan didalam auditorium, mereka ada taklimat sebelum dilepaskan mengikut kelompok masing-masing yang akan diberi oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator nanti.
"Hai, boleh saya duduk sini?" Mix dan Khaotung yang tengah tergelak kerana ada benda lucu yang terjadi, serentak memandang kearah seseorang yang sedang menyapa mereka.
"Eh, boleh boleh duduklah, kerusi tu memang kosong pun." Mix mengambil begnya dan milik Khaotung yang tadi mereka letakkan dikerusi tersebut. "Nama saya Boom Tharatorn, boleh panggil Boom, dari fakulti seni bina."
Mix menyambut huluran tangan si lelaki tersebut dengan senyuman menghiasi wajah. "Saya Mix Sahaphap, panggil Mix je, ni pulak Khaotung Thanawat panggil Khao, kami berdua dari fakulti kedoktoran." Khaotung tersenyum kearah Boom tidak lupa turut sama menyambut huluran tangan Boom.
"Awak sorang je ke, Boom?" Khaotung memandang kearah Boom. Si lelaki Tharatorn tersebut menggeleng kepala. "Saya dengan kawan baik saya, tapi mana entah dia hilang. Sudah jumpa kawan baru saya dia tinggalkan. Biarlah dia padan muka." Ujar Boom dengan nada sinis.
Mendengarkan hal tersebut, Khaotung dan Mix tergelak kecil. "Tak apa awak boleh duduk dengan kami, kami pun berdua je." Boom angguk kepala laju, teruja. Akhirnya, dia dapat juga kawan di hari pertama masuk universiti. Bukan satu malahan dua orang sekaligus, akan dia pamerkan pada First Kanaphan nanti.
KAMU SEDANG MEMBACA
PULSE OF LIFE || FIRSTKHAO ✔️
Fiksi PenggemarSetelah belasan tahun berlalu, akhirnya dia kembali bertemu dengan pemilik hatinya yang hilang separuhnya. Namun akankah perjalanan cinta mereka ini seindah takdir kerjaya mereka? Akankah jalan cinta mereka semulus air sungai yang mengalir? ⚠️⚠️ ⚠️...