🧡 🧡 🧡
Fail ditangannya diselak beberapa kali, ini merupakan pesakit luar yang terakhir untuk hari ini. First menarik nafas perlahan, setelah hampir 5 jam lamanya, akhirnya dia dapat juga berehat tidak lama lagi. Sedikit beruntung hari ini, dia tiada jadual apa-apa selain penemuan dengan pesakit luar sekarang ini.
First memberi isyarat kepada nurse yang berdamping dengannya untuk hari ini, memanggil pesakit yang terakhir. Tidak lama kemudian, masuk seorang wanita paruh baya dengan senyuman manis terpampar diwajahnya yang sudah pun dimamah usia, namun masih tetap cantik.
First turut sama membalas kembali senyuman ramah tersebut, lalu meminta wanita itu duduk di kerusi didepannya. "Selamat pagi puan, hari ini puan sihat?" Hanya sekadar basa-basi biasa sebelum, First masuk ke topik utama.
"Selamat pagi juga doktor, hari ini saya rasa sangat sihat." First tergelak mendengar tutur kata wanita tersebut, dimana turut sama disambut tawa renyah wanita itu. "Puan datang sorang sahaja?" First kembali memandang Pn. Ratnaniya didepannya itu.
"Ya, sepatutnya dengan anak saya, tapi tadi dia call katanya dia ada emergency case tak boleh nak datang jumpa doktor sama-sama." First angguk kepala tanda faham. "Ok kalau macamtu, saya terus ke intinya sahajalah ya? Selebihnya nanti saya akan bincang sendiri dengan anak puan."
Puan Ratnaniya pandang doktor tampan tersebut dengan kening berkerut. "Doktor kenal anak saya ke?" First yang tadi sedang memerhati monitor didepannya toleh memandang wanita tersebut lalu tergelak kecil. "Doktor Thanawat kan? Kalau betul, ya saya kenal." Wanita itu kembali tergelak kecil.
"Ouh kawan Khao rupanya. Ya dia anak saya. Nama doktor siapa?" First tersenyum. "First, First Kanaphan." Wanita tersebut angguk-angguk kepala tanda faham lalu kembali tersenyum, kini senyum kian lebar sambil memandang First dengan mata berpinar.
"Jadi, saya dah tengok hasil ujian yang dah puan ambik minggu lepas. Jujur saya kata peratus kesepadanan tulang sumsum puan dan juga Thanawat sebenarnya tidak lebih dari 10%." First berhenti sejenak lalu memandang kearah wanita didepannya itu. "Jadi saya tidak boleh derma untuk Khao ke?" First menarik nafas perlahan. "Boleh, tapi tahap keberhasilannya pula hanyalah 30% dan kemungkinan Thanawat kembali menghidap luekimia pada masa akan datang tinggi peratusnya, ini dari apa yang doktor bahagian hematologi katakan."
"30% pun tinggi bukan? Jadi saya tetap mahu jadi penderma untuk Khao." First angguk kepala. "Saya tidak boleh buat keputusan sekarang, sebab ini jawapan dari pihak puan dan bukan dari pihak Thanawat, jadi saya akan cuba berbincang dengan Thanawat tentang hal ini, jika dia sudah buat keputusan maka nanti saya akan hubungi puan untuk prosedur seterusnya."
Puan Ratnaniya angguk kepala tanda faham, usai berbincang wanita tersebut terus bangun dari duduknya, meminta diri.
First terus bersandar di kerusinya lelah, nurse Liu yang masih berada didalam bilik tersebut memandang First dengan pandangan kasihan. "Doktor nak kopi?" Tawarnya pada doktor muda tersebut. First tersenyum lalu menggeleng kepala perlahan, dia boleh beli sendiri nanti katanya.
--
Khaotung keluar dari dewan bedah tersebut sambil tangannya ligat bermain dengan telefon bimbit, sedang memeriksa jika ada panggilan atau pesanan dari sang ibundanya. "Selamat tengahari doktor." Khaotung terhenti bila ada yang menyapanya, lalu tersenyum bila melihat Fourth berdiri sambil tersenyum lebar padanya.
"Selamat tengahari juga, kamu dari mana? Ada pembedahan?" Khaotung menyimpan kembali telefonnya ke dalam saku seluar. Fourth yang ditanya begitu angguk kepala laju. "Doktor Earth minta saya assist dia." Jawabnya si lelaki Nattawat itu penuh keterujaan.
Khaotung yang melihat hal tersebut tersenyum, tidak lupa memberi kata-kata semangat pada doktor felow itu.
--
![](https://img.wattpad.com/cover/369689205-288-k394746.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
PULSE OF LIFE || FIRSTKHAO ✔️
FanfictionSetelah belasan tahun berlalu, akhirnya dia kembali bertemu dengan pemilik hatinya yang hilang separuhnya. Namun akankah perjalanan cinta mereka ini seindah takdir kerjaya mereka? Akankah jalan cinta mereka semulus air sungai yang mengalir? ⚠️⚠️ ⚠️...