🧡 🧡 🧡
Baju yang terlipat cantik di atas katil diambil lalu digenggam erat. Dia tidak sangka hari ini tiba jua, Khaotung masih belum memantapkan diri dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi nantinya. Namun, jika menangguhkannya lebih lama lagi, lebih merbahaya.
Keluhan berat terlepas dari bilah bibirnya, senyuman kurang ikhlas terukir diwajahnya yang kelihatan pucat. Apa boleh buat, nama juga takdir terima sahajalah dan jalani dengan seikhlas hati, fikirnya. Khaotung kembali mengambil baju yang tadi dia letak semula diatas katil, lebih baik dia tukar ke baju hospital tersebut.
--
First menolak pintu didepannya tanpa mengutuk terlebih dahulu, hal tersebut membuatkan dia kembali dihadapkan dengan situasi yang sama pernah dia hadap dua minggu yang lalu, dimana Khaotung sedang bertukar pakaian.
"First." Desis Khaotung perlahan, sambil tangannya lincah membutang baju hospitalnya. First meringis perlahan, dengan bibir mengucapkan kata maaf tanpa suara. Usai bertukar pakaian Khaotung kembali menaiki katil, lalu memandang kearah First yang masih berdiri berdekatan dengan pintu masuk bilik wadnya.
"Kenapa?" First yang dikejutkan oleh suara Khaotung, melangkah mendekati katil pemuda Thanawat tersebut, ditangannya ada sebuah sampul surat putih dengan lambang hospital Bangkok dimuka depannya.
"Borang kebenaran." First menghulurkan sampul surat tersebut pada Khaotung, agar si pakar saraf tersebut boleh menandatanganinya. Khaotung menyambut huluran First dengan senyuman nipis. "Ni nak kena bacakah?" Wajah First yang berdiri disamping katilnya dipandang.
First angkat bahu. "Suka hati." Jawabnya lalu tersenyum. Khaotung tergelak perlahan, lalu meminta pen daripada pakar tulang tersebut. Usai menandatangani borang kebenaran itu, Khaotung kembali memulangkannya kepada First bersama pen juga. Lalu, kepalanya menoleh kearah luar tingkap, dimana cuaca terlihat mendung.
First meletakkan sampul surat tersebut di almari kecil disisi katil Khaotung, kerusi yang berada disana ditarik lalu dia duduki membiarkan Khaotung memerhati langit yang mendung. Mereka berdua sama-sama terdiam, sibuk dengan fikiran masing-masing. Entah apa yang mereka berdua fikirkan, tapi yang jelas perkara yang sedang mereka berdua fikirkan, berbeza matlamat dan tujuannya.
"First." First tersentak bila namanya dipanggil, dia mendongak memandang Khaotung yang sedang duduk bersandar di katilnya, masih memandang keluar tingkap, rintik-rintik hujan perlahan turun membasahi bumi Bangkok, pagi ini. Tidak menjawab, First setia menunggu lanjutan dari pemuda Thanawat tersebut.
"Macamana kalau, pembedahan ni gagal?" Kening First berkerut mendengar pertanyaan tersebut. "Maksud?" Khaotung bergerak membetulkan kedudukannya, tanpa menoleh sedikit pun kearah First yang masih setia memandangi dirinya. "You heard me so well." Jawabnya.
First mengeluh, tangan Khaotung yang terletak elok disisi badannya digapai oleh First, tiada penolakan dari si pakar saraf, membuatkan First menggenggam lembut tangan tersebut. "Khao, mana semangat awak yang berkobar-kobar tu? Mana keyakinan awak yang katanya 30% itu pun tinggi kebarangkalian nya?"
Khaotung menoleh kearah First. "Entahlah, hati saya janggal, rasanya ada yang salah." Ujarnya lirih. First mengusap lembut buku-buku jari Khaotung. "Awak percayakan saya dengan doktor Tawan kan?" Doktor Tawan merupakan pakar hematologi yang akan turut serta dalam pembedahan Khaotung dan mamanya nanti.
Anggukan ragu Khaotung beri, melihat hal tersebut First memberi senyuman lembut padanya. "Percayalah, semuanya akan baik-baik sahaja. Awak akan bangun dengan keadaan yang jauh lebih baik nanti, ok? Dah jangan fikirkan sangat awak kena rehat."
First bangun dari duduknya, membetulkan kedudukan Khaotung agar si lelaki Thanawat tersebut berbaring dalam keadaan selesa, tidak lupa dia menyelimuti Khaotung separas dada. Usai memastikan Khaotung dalam keadaan selesa, First mengusap kepala Khaotung lembut.
KAMU SEDANG MEMBACA
PULSE OF LIFE || FIRSTKHAO ✔️
FanfictionSetelah belasan tahun berlalu, akhirnya dia kembali bertemu dengan pemilik hatinya yang hilang separuhnya. Namun akankah perjalanan cinta mereka ini seindah takdir kerjaya mereka? Akankah jalan cinta mereka semulus air sungai yang mengalir? ⚠️⚠️ ⚠️...