9 - MUNGKIN SEBENARNYA....

40 3 1
                                    

🧡 🧡 🧡

Telefon bimbit yang terletak elok di atas meja di pandang sekilas, mesej yang masuk secara berturutan tersebut diabaikan, tidak perlu melihat siapa pengirimnya pun Khaotung sudah boleh agak siapa yang sedang memberi pesanan itu.

Berjarak satu meter dari mejanya, ada Earth yang sama sibuk sepertinya sedang menyemak laporan doktor felow dibawah kendalinya. Earth yang tadinya fokus dengan komputer di depannya, kalih memandang kearah telefon bimbitnya yang berbunyi, tanda ada panggilan masuk.

"Hello, ya kenapa?"

"...."

"Khaotung?" Khaotung yang mendengar namanya disebut oleh doktor Earth menoleh kearah Earth dengan kening terangkat.

"Ada dalam ni, tengah buat kerja. Kenapa?"

"...."

"Hah, ok nanti saya sampaikan." Earth mengakhiri perbualan tersebut lalu memandang kearah Khaotung yang masih memandang dirinya, lalu tergelak perlahan. "Mix cakap kalau dah tanak telefon bimbit tu, buang je dalam lombong."

Khaotung meringis perlahan, sampai begitu ya Mix nak Khaotung melihat mesej miliknya dengan segera, sanggup telefon lelaki Pirapat tersebut. "Hah, maaf doktor. Mix ni memang sukalah macamni." Bebel Khaotung perlahan, namun tetap dapat didengari oleh Earth.

"Dia suruh awak datang bilik dia, ada hal penting katanya." Khaotung angguk kepala perlahan, lalu lagi sekali minta maaf pada doktor senior tersebut kerana Mix mengacau kerjanya hanya kerana Khaotung tidak melihat pesanannya yang dihantar oleh lelaki Sahaphap itu.

"Kalau awak betul rasa bersalah, maybe a cup of coffee, sound good?" Earth memandang kearah Khaotung yang sudah bangun dari duduknya, mendengar hal tersebut Khaotung tergelak perlahan. "Sure, Americano two shot?"

Earth angkat bahu. "Anything is good for me." Lagi-lagi Khaotung tertawa perlahan lalu anggukan kecil diberi. "Well, tapi mungkin pesanan doktor ni lambat sikit sampai, mind to wait?" Earth lagi sekali mengangkat bahu. "Sure." Melihat hal tersebut, Khaotung senyum lalu minta diri dari senior nya tersebut.

--

Sepanjang perjalanan Khaotung ke bilik Mix, si lelaki Thanawat tersebut tidak habis membebel perlahan, memaki Mix dengan penuh sumpah seranah. Boleh sahaja Mix buat panggilan padanya, kenapa perlu kacau Doktor Pirapat pula? Tidak memasal sahaja, ingatkan Khaotung untuk memberi satu atau dua pukulan pada Mix, bila bertemu nanti.

Sampai sahaja didepan bilik Mix, Khaotung terus menolak kuat pintu bilik tersebut tidak lupa nama Mix dipanggil penuh geram dan kuat, seakan terlupa yang Mix menduduki bilik tersebut berdua, bukan keseorangan. Bunyi pecahan kaca dan rintihan seseorang membuatkan Khaotung teringat ada orang lain juga yang duduk di dalam bilik tersebut.

Ringisan yang masih kedengaran menyedarkan Khaotung dari rasa terkejutnya dari bunyi pecahan kaca tersebut. "First?" Khaotung berjalan cepat menghampiri ke arah Doktor Kanaphan yang sudah mencangkung sambil memegang tangan kanannya.

Khaotung ikut mencangkung sambil menarik tangan Kanaphan yang sudah sedikit melepuh kerana terkena air panas. "Oh god." Khaotung melihat kearah cawan yang sudah tidak terbentuk dan juga water heater yang masih mengeluarkan kepulan wap, menandakan air tersebut baru sahaja usai dimasak.

Khaotung yang mahu membersihkan pecahan kaca tersebut dicegah oleh First, katanya tidak mengapa biar dia sahaja, namun dibantah oleh Khaotung. "Aduhh." Khaotung kembali memandang kearah tangan kiri First yang berdarah pula, lalu dia menghela nafas perlahan. "Awak pergilah duduk sana biar saya yang bersihkan." Khaotung bangun lalu menarik First agar ikut bangun dari terus mencangkung.

PULSE OF LIFE || FIRSTKHAO ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang