🧡🧡
10 TAHUN YANG LALU
brukkkk
Khaotung yang mahu cepat kerana sudah lambat untuk masuk ke kelas terpaksa berhenti kerana dia tidak sengaja melanggar seseorang. Tanpa melihat si gerangan yang dilanggar, Khaotung terus memungut beberapa buah buku yang bertaburan di lantai, lalu dia menghulur pada lelaki didepannya.
"Maaf, saya dah lambat masuk kelas. Maaf sekali lagi." Usai berkata sedemikian, Khaotung terus berlalu pergi meninggalkan si lelaki dengan jacket denim tersebut, tanpa mendengar balasannya.
--
"Arrgghhh, Mixxiw kau tak kesian dekat aku ke? Aku dah sebulan jadi penganggur." Mix yang sedang sibuk membalas chat seseorang menoleh kearah Khaotung yang berada didepannya, lalu mengguling matanya malas. "Kau tengah tunggu panggilan kan? Apa yang nak aku kesiankan? Kau tunggu jelah, sehari dua lagi dapatlah surat posting tu!"
Khaotung kembali bersandar pada kerusinya, Mix didepannya dipandang sinis. Kalaulah dia ni tidak kenal rapat dengan Mix, sudah pasti Khaotung tidak akan percaya bahawa Mix ini, sebenarnya seorang doktor kanak-kanak. Perangai Mix yang agak diluar alam tersebut sangat amat membimbangkan, macamana lah si lelaki Sahaphap ni boleh jadi doktor pediatrik, pun dia tidak pasti.
"Kau pandang aku macamtu mesti kau tengah judge aku kan?" Sergah Mix pada Khaotung, dimana membuatkan si lelaki tersebut hanya terkekeh kecil. "Dunk chat dalam group minta belikan dia makanan." Ujar Mix kembali.
Khaotung yang mendengarkan hal tersebut, terus sahaja melihat telefon bimbitnya yang diletakkan ketepi setelah dia mengunggah sebuah gambar dilaman X, beberapa minit yang lalu. "Kenapa haram?" Wajah Mix dipandang penuh dengan ingin tahu.
Mix tergelak kuat mendengar pertanyaan Khaotung tersebut. "Ala nanti kau dah kerja, kau fahamlah." Khaotung mendengus geram, apa salahnya Mix beritahu sahaja kenapa. Tidak perlulah Khaotung menunggu lebih lama lagi, hanya kerana mahu tahu kenapa haram, sebut 'sepi' di dalam wad emergency.
--
Dunk kembali memasukkan telefon bimbitnya ke dalam jas putih doktornya. Laporan didepan mata kembali dibaca. Tetiba Dunk berhenti, lalu matanya memerhati sekeliling kawasan emergency yang tidak sesibuk biasanya, pertanyaan Book didalam group perbualan terlintas.
"Moga memang hari ni tak sibuk." Bisiknya perlahan, mengundang pandangan bertanya dari nurse yang sedang duduk melakukan kerjanya didepan Dunk. "Doktor terkumat-kamit apa tu?" Dunk memandang kearah nurse bernama Lia tersebut lalu menggeleng kecil sambil tersengih. "Tak ada apa, cuma teringat ayat doktor Kasidet je."
Lia yang paham tergelak perlahan. "Jangan sebut doktor, nanti kita yang penat." Dunk tergelak kecil mendengar jawapan si nurse tersebut, lalu anggukan kecil diberi. "Awak dah makan?" Lia angguk kepala beberapa kali, menjawab pertanyaan doktor umum tersebut. "Jarang-jarang saya dapat makan on time macamni doktor. Lebih baik doktor pun pergi makan sekarang, kita tak tahu apa yang tengah menunggu kita dekat depan."
"Betullah tu, saya nak makan tapi tengah tunggu phi saya datang hantarkan makanan, malas pulak saya nak turun ke cafe. Nak lagi memang tengah lunch hour ni, mesti sesak."Lia angguk kepala tanda setuju dengan Dunk. "Macamtu, selamat makan tengah hari doktor. Kalau ada apa-apa nanti saya call la ya." Lia dan Dunk tergelak bersama, setelah mendengar Lia berkata sebegitu.
--
Mix melepaskan seatbelt'nya lalu menoleh kearah Khaotung yang berada di kerusi penumpang. "Nak ikut masuk tak? Manalah tahu, nanti dapat kerja dekat sini." Khaotung memandang Mix sekilas lalu menggeleng perlahan, tanda tidak mahu. "Smoking area dekat mana ek?" Mix yang baru sahaja buka pintu kembali menoleh kearah Khaotung.
KAMU SEDANG MEMBACA
PULSE OF LIFE || FIRSTKHAO ✔️
Hayran KurguSetelah belasan tahun berlalu, akhirnya dia kembali bertemu dengan pemilik hatinya yang hilang separuhnya. Namun akankah perjalanan cinta mereka ini seindah takdir kerjaya mereka? Akankah jalan cinta mereka semulus air sungai yang mengalir? ⚠️⚠️ ⚠️...